Friday, March 12, 2010

Amarah dan tanggungjawab


Apa yang membuatkan seseorang itu menjadi marah?
Banyak benda yang boleh menaikkan nafsu marah seseorang.Terlalu abstrak dan subjektif. Dari sekecil-kecil benda atau isu kepada isu-isu yang pastinya semua orang mendengarnya mudah naik marah.Ada orang marah sebab masa, sebab kawan, sebab teman, sebab tempat, sebab keadaan, sebab cuaca, sebab salah faham. Sejarah dah membuktikan bila seseorang marah, dia mudah hilang kawalan terhadap badan dan mindanya. Ada sesetengah kes, bila marah menguasai diri, kawan menjadi lawan, keluarga berpecah berai, negara porak peranda. Islam mengajar kita supaya sentiasa mengawal nafsu marah dengan berzikir dan bersabar. Gunakan minda yang rasional sebelum melakukan tindakan atau mengeluarkan kata-kata yang kita tidak boleh tarik balik. Susah untuk kita mengawal marah, tapi kita boleh mengesan punca-punca marah lebih awal dan banteras sebelum merebak. Nafsu marah ini sebenarnya seperti api dan syaitan sentiasa mencari peluang menuang minyak dalam api yang marak ini.
Aku juga pernah marah. Tapi mungkin semakin meningkat umur ini, aku dapat rasakan aku dah semakin matang dalam mengawal marah. Bagi aku, pandangan aku, ego dan marah amat berkait rapat dengan lelaki. Tapi, yang membuktikan bahawa seseorang itu betul-betul hebat atau membuktikan lelaki adalah hebat adalah bagaimana dia mengawal ego dan marahnya agar kena pada tempat dan keadaan. Amat bodoh bagi lelaki yang terlalu ego dan terlalu mengikut marahnya dan dikemudian hari menyesal dan cuba memperbetulkan balik kesilapannya daripada marah tadi. Ada sesetengah benda tidak dapat diselesaikan dengan marah. Aku telah banyak belajar, tiada apa yang baik dapat timbul daripada marah. Hanya yang ada adalah kekesalan dan kerugian. Aku pernah marah sebab Inter Milan. Aku mengeluarkan kata-kata kesat. Pada penghujungnya, Inter Milan tetap juga begitu.Tidak langsung terusik dengan kata-kata aku. Yang bodoh adalah aku sendiri sebab terlalu ikutkan nafsu marah.Itu adalah sebagai contoh, apa yang aku ingin tekankan disini adalah, tiada yang baik akan muncul jika kita ikut nafsu amarah kita. Yang ada hanyalah kerugian dan kebodohan terserlah.
Berkaitan dengan tanggungjawab pula, aku kadang-kadang pelik dan bingung dengan pelajar UPM ini. Semuanya bergelar mahasiswa tapi kenapa mentaliti mereka seperti budak sekolah rendah yang perlu diajar dan disuruh satu persatu. Aku buat kerja semuanya kerana tanggungjawab. Aku tidak pernah niat untuk riak diri mahupun membuktikan bahawa aku adalah seorang yang hebat dan mencari publisiti. Aku tidak perlukan semua itu. Aku dah jauh berjalan. Aku dah rasai semuanya. Tapi yang menjadi kemusykilan adalah kenapa orang yang bergelar pelajar UPM ini tidak mahu menggunakan akal yang diberikan mereka untuk masuk ke sebuah university yang terkemuka di Malaysia dengan bijaksana. Aku tidak katakana aku pandai. Malah mungkin mereka lebih pandai daripada aku. Sudah lah tidak tahu tapi malu pulak untuk bertanya. Dan bila aku ajukan soalan, mereka pula mengajukan soalan itu kembali kepada aku. Perlukah aku melayan mereka seperti budak-budak kecil, ajar satu persatu-satu, suruh selangkah demi selangkah?
Aku layan semua seperti orang dewasa yang berakal matang. Tidak perlu rasanya untuk aku bertegas dan menggunakan bahasa badan yang kurang elok kerana aku hormat semua orang tapi apa yang aku dapat. Lelah dan penat bercampur marah. Sudahlah tidak berterima kasih. Aku tidak mahukan sebarang penghargaan, sekadar ucapan terima kasih sudah mencukupi. Aku buat semua kerja kerana tanggungjawab aku dan aku lakukan dengan kehendak diri aku sendiri. Yang aku pinta adalah sekadar penghargaan dan rasa tanggungjawab dan hormat. Bila orang hormat aku, aku akan hormat balik malah aku akan cuba jaga lebih baik. Aku tidak mahu terikut dengan ego dan marah aku. Sebabnya aku takut dengan marah aku sendiri. Marah adalah kunci kepada benci.Benci adalah nadi kepada dendam. Dan aku telah belajar untuk tidak menoleh kebelakang. Aku dah lihat semuanya. Aku tidak takut untuk mengambil tindakan yang bagi sesetengah orang tidak elok dan rasional tapi bila orang dapat rasai apa yang aku rasa, maka semua akan bersetuju dengan apa yang aku lakukan.
Kawan atau lawan? Bagi aku sama saja. Aku tidak takut untuk menjadi seorang kawan kepada lawan jika kawan itu lebih banyak menyusahkan aku sahaja. Seorang kawan pergi adalah tidak merugikan aku kerana penduduk Malaysia berjumlah jutaan sekarang ini. Aku rela membiarkan seorang kawan pergi jika itu dapat menyenangkan hati aku. Aku juga tidak takut jika aku gagal sesuatu subjek jika aku tidak buat kerja dengan sempurna kerana aku dah rasai semuanya. Aku rela. Jika aku jatuh, aku jatuh dengan hormat dan cara aku sendiri. Kebergantungan. Mungkin itu perkataan yang sesuai  untuk aku gambarkan bagi pelajar UPM ini. Mungkin usia mereka masih muda, mungkin pengalaman masih belum banyak. Setakat ini aku masih boleh bertahan tapi aku juga manusia. Akan ada waktu dan ketikanya, aku juga akan tunduk kepada ego dan marah aku. Aku harapkan aku tidak akan tunduk tapi aku tidak berani jamin itu semua kerana aku hanyalah seorang manusia hina. Manusia yang hidup sama seperti orang lain. Masalah yang sama, penyelesaian yang sama. Aku tidak malu untuk bertanya dan ditegur jika aku membuat kesalahan. Aku dambakan kritikan kerana aku tahu aku banyak kelemahan.
Sekian.Aku berdoa agar semua bahagia. Semoga masa dapat mengajar kita semua erti kehidupan dan bermasyarakat. Aku sudahi dengan Assalamualaikum.

1 comment:

  1. salam........jom join Baju Favourite Contest...hadiah baju ooo...:)

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share