Tuesday, March 2, 2010

Dipanggil Yang Maha Esa

Dunia..Bumi..Semua arif dalam dunia ini bermacam-macam makhluk wjud.Bukan sahaja manusia, golongan bunia, jin, syaitan semuanya wujud dalam dunia ini.Itu adalah ketetapan yang telah Allah ciptakan sejak zaman Nabi Adam lagi.Kita semua wajib percaya kepada benda itu. Syurga, Neraka,Alam Kubur, Akhirat, Padang Masyar, semuanya sudah tercipta.Semuanya menanti tiupan bermulanya kiamat. Itu adalah kepastian. Aku teringat cerita kawan aku baru-baru ini yang menceritakan mengenai ada budak kolejnya yang dirasuk.Itu adalah secebis cerita antara dua dunia bertembung.

Manusia diutuskan oleh Allah untuk menjadi Khalifah atas bumi ini namun kenapa seringkali kita terbaca atau terlihat, kejahatan manusia terhadap manusia lain, alam dan makhluk lain? Balasan Allah juga adalah satu kepastian. Bagi seorang Muslim, tiada yang lebih indah daripada mati syahid iaitu mati dalam jihad ke jalan Allah. Bagi yang tidak berpeluang untuk mati syahid, pastinya semua mengharapkan agar dapat mati dalam keimanan. Disaat roh ditarik malaikat maut, disaat jasad ditimbus liang lahat sedalam enam kaki,semuanya akan berakhir untuk kehidupan atas dunia ini. Bermulalah episode baru dalam alam barzakh, alam pengantara antara dunia sementara dan dunia yang kekal abadi.
Aku seringkali bertanyakan diri aku, sudah cukupkah amalan aku? Adakah aku berhak untuk masuk syurga idaman semua orang ? Adakah cukup usaha yang aku lakukan untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT? Soalan-soalan ini pasti seringkali muncul dalam hidup kita. Namun manusia sering lupa, aku juga tidak terlepas.Sering leka dan alpa dengan tarikan dan godaan dunia ini. Lalai dalam mengerjakan tanggungjawab. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka namun manusia sering lemas dalam pujuk rayu syaitan, tenggelam dalam kepura-puraan isi dunia ini. Dan aku tahu, mati itu pasti ? kita wajib memikirkannya agar kita tidak sesat dalam perjalanan dunia ini, agar kita dapat mempersiapkan diri menghadapi hari pembalasan.

Aku baca dari surat khabar, kematian, pembunuhan, bala bencana hampir setiap hari terpampang.Namun kenapa masih ramai manusia di luar sana yang alpa, yang masih mabuk dibuai mainan isi dunia.Apa yang mereka fikirkan ? Apa yang difikirkan oleh pembunuh kanak-kanak ? Apa yang dibicarakan oleh penagih-penagih dadah? Apa yang diperkatakan oleh pencuri-pencuri? Apa yang dilakukan oleh golongan atasan yang menyalahguna amanah yang dipertanggungjawabkan keatas mereka? Mungkin bagi mereka, hidup ini sementara, jadi isilah kehidupan dengan pelbagai keseronokan sebelum roh dipisahkan daripada badan. Bagi golongan alim ulama pula, mereka sentiasa berpandukan kepada hakikat yang nyawa manusia terletak di tangan Allah, kita mungkin akan mati sekejap lagi, sebentar lagi, hari esok, sejam lagi, satu saat lagi.Tiada siapa yang dapat lari daripada hakikat ketentuan tersebut. Ada satu kata pujangga dahulu kala, berjalanlah diatas dunia ini seolah-olah kamu akan hidup untuk selama-lamanya, dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok.Yang pastinya mati itu satu kemestian. Satu pusingan kehidupan. Manusia perlu mati.Lumrah.Ada yang mati, ada yang dilahirkan.

Semoga kita semua dapat sama-sama berfikir mengenai iman dan amal kita. Tiada orang maksum diatas muka bumi ini sekarang.Hak dan tanggungjawab kita adalah menyedarkan satu sama lain. Masing-masing bertindak mengikut kata hati masing-masing. Dan jika diselami pokok pangkalnya, setiap tindak tanduk kita adalah datangnya daripada Allah semuanya.Dia Yang Maha Esa, Maha Berkuasa menentukan segalanya.Kita adalah hamba yang hina. Berselawatlah keatas junjungan Nabi Muhammad SAW dan sentiasalah berzikir kepada Allah SWT diatas segala limpah kurnianya kepada kita. Manusia tiada hak untuk mengadili sesama makhluk. Hanya Allah yang berkuasa. Allah Maha Pengampun.Allah Maha Pengasih.

6 comments:

  1. same-samelah kita bmunajat kpd-NYA...

    ReplyDelete
  2. nk join jgk *bmunajat*, saye insaf.....=)

    ReplyDelete
  3. mati mmg pasti....
    tp hati xblh didustai...
    beramal la sebelum terlewat...
    mohonlah petunjuk dari-Nya...
    semoga kita beroleh sedikit ketenangan jiwa...

    ReplyDelete
  4. taq - same2 lah kita semua

    zu - sentiasa menginsafi

    farah - bersama-sama menuju ke sana

    fadilah - tenang itu dicari

    mimi - bagus2..huhuh

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share