Wednesday, March 24, 2010

Sarang labah-labah


Sarang labah-labah..Semua pasti mengenali sarang labah-labah. Di dalam bilik, dalam almari, dalam kasut, bawah katil dan atas siling. Kadang kita terfikir kan, bagaimana labah-labah dapat menyiapkan sarangnya dengan begitu cepat sekali. Kadang-kadang sesetengah orang amat membenci sarang labah-labah ini kerana bagi mereka jika sarang itu muncul, itu menunjukkan bahawa mereka tidak pandai menjaga rumah ataupun sudah agak lama tiada penghuni dalam bilik itu ataupun mereka sememangnya kurang rajin menjaga katil atau siling.Kenapa sarang ini muncul? Untuk memahami sebenarnya tidaklah susah, tidak memerlukan orang yang mendapat A dalam sains pun, sekadar perkara asas mengenai kehidupan. Kita perlu makan untuk hidup bukannya hidup untuk makan kan? Jadi perkara yang sama berlaku kepada labah-labah tadi, labah-labah membuat sarang untuk memerangkap serangga kecil seperti nyamuk dan lalat yang akan menjadi makanan mereka. Sarang yang dibuat oleh mereka hanya untuk serangga sebegini. Sarang mereka tidak mampu untuk menampung serangga besar yang lain.
Kenapa aku membicarakan mengenai sarang labah-labah kali ini? Begini,dalam perjalanan pulang ke KB baru-baru ini, aku ada terdengar perbualan pemandu bas dengan kawannya. Disebabkan aku tidak dapat tidur kerana keadaan bas yang kurang memuaskan, jadi aku pun turut sama memasang telinga. Pemandu bas itu membandingkan undang-undang yang ada dalam negara kita ini seperti sarang labah-labah. Kenapa? Cuba fikirkan.Sarang labah-labah hanya memerangkap serangga kecil.Jika burung pipit contohnya yang besar daripada labah-labah itu sendiri datang, sudah pasti rosak sarang labah-labah itu dan burung pipit itu akan terlepas begitu sahaja.Tapi jika nyamuk ataupun lalat, dengan cepatnya mereka akan terperangkap dan dengan pantas labah-labah akan tangkap dan memakan mereka. Begitulah juga dengan undang-undang dalam negara ini.Tidak semuanya begitu kan, tapi kebanyakkannya. Apa yang aku katakana ini adalah reality.Setiap orang pasti pernah merasainya dan mendengarnya. Jika seorang pemandu kereta, berjawatan kerani di sebuah syarikat swasta kecil, memandu kereta kancil dalam kelajuan 60 km/j di sebuah jalanraya pada malam hari dan terlupa memakai tali pinggang keselamatan dan kebetulan ada satu sekatan jalan raya, sudah pasti, dia akan ditahan polis, diminta lessen dan kad pengenalan oleh JPJ atau Polis bertugas dan kemudiannya akan diserahkan satu surat saman bernilai lebih kurang RM150 tanpa banyak cakap. Tetapi jika seorang datuk berpangkat besar dalam sektor kerajaan di Putrajaya, memandu Mercedes bercermin gelap sehingga tidak nampak apa-apapun memandu pada kelajuan 130 km/j serta tidak memakai tali pinggang keselamatan kemudiannya ditahan dalam satu sekatan.Datuk itu hanya sekadar memberitahu namanya, pasti prebet Polis tadi akan melepaskan kereta datuk itu tanpa banyak soal hanya disebabkan Datuk itu memberitahu nama dan pangkatnya. Sama juga dengan kes rasuah dan kroni. Pegawai yang mengambil rasuah sebanyak RM30 pasti akan muncul dalam TV dihadapkan ke mahkamah ditahan SPRM tetapi jika Datuk atau Tan Sri yang memang terang-terangan mengambil rasuah dan habuan jutaan ringgit tidak pula ditahan malah boleh bermegah lagi dan ada juga yang mengatakan bahawa wang itu adalah hadiah.Hadiah tengkorak datuk nenek dia! Tengok saja kes Perwaja Steel, Eric Chia. Dari dulu sampai sekarang tidak selesai-selesai.Duit itu entah kemana sampaikan Perwaja steel mati tak mahu hidup pun segan sekarang ini. Sebab itulah boleh diumpamakan seperti sarang labah-labah. Yang besar sentiasa terlepas tapi yang kecil…fikir sendirilah. Nak kes yang lagi dekat dengan kita semua? Tengok kes stadium runtuh. Ada sebarang tangkapan dibuat? Takde. Ada sebarang saman dibuat? Takde. Dulu heboh jugak tapi sekejap je.Sekarang senyap malahan tiada langsung proses membaik pulih ataupun membersihkan.Hampir setahun dah kejadian.Aku kat UPM nie nak masuk tahun 2 dah.Sama-sama lah kita renungkan bersama ye.Satu Malaysia.Cehhh!???

6 comments:

  1. ye brkenaan dengan 1 malaysia itu..
    jgn dilupakan novel kite y perlu disiapkan
    haha

    ReplyDelete
  2. nk tnya..pali adsense tu msk dlm akaun kite ke?rase cm tkt je nk adsense..tp tgk pali nye duit da byk..hehe..bleh tlg ajarkan x?

    ReplyDelete
  3. yong - novel tidak dilupai, sentiasa dihantui oleh nya

    fizah - boleh2 walaupun tidak pandai mane pun.jap nie adsense ke nuffnang?

    ReplyDelete
  4. yg kat dlm blog kan adsense..ada ruangan monetize..jd bleh x ajr yg mana satu?

    ReplyDelete
  5. beza advertiser n blogger?hmm..da masuk kat nuffgang..ape fungsinye sebenarnya?

    ReplyDelete
  6. susahnye nk fhm bhse komp ni...bleh tlg x?fiza da log in kat nuffgang..tp xtau la nk letak kat mane ads tu..huhu

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share