Sunday, March 21, 2010

Semalam

3 hari berada di Kota Bharu.Sangat menyeronokkan kerana dapat berjumpa kawan-kawan lama dan yang paling mengharukan dapat berjumpa kembali dengan kawan yang dulu sama-sama di UTP setelah hampir 4 tahun tidak berjumpa.Semuanya sudah berjaya.

Dan aku? Masih jauh perjalanan.

Semalam aku tengok kawan-kawan aku berpakaian pengantin, segak kacak tersenyum melayan tetamu.Dua orang sekaligus kawan aku melangsungkan perkahwinan semalam.Semoga mereka semua berbahagia dengan pasangan masing-masing dan semoga mendapat zuriat dengan cepat(hehe).

Hari ini, aku akan menemani kawan aku yang datang dari KL, melawat-lawat Kota Bharu sebab mereka belum pernah datang ke bandar yang terhebat ini. Malam ini, semoga dapat sampai dengan selamat di LCCT dan sempat untuk masuk ke dalam pintu pagar UPM.

Esok bermula lagi minggu yang sibuk sebagai seorang pelajar.Tugasan menimbun tapi aku tahu, hari ini aku hendak rehatkan badan dulu.

Yang semalam tutup mata. Yang esoknya kita fikirkan pada esok hari.

Boleh kan?

4 comments:

  1. ja - aku?huhuh.lmbt lagi.mu dulu aa

    ReplyDelete
  2. erk..
    rse mcm sedey plop tbe2 bce cite mung nih
    dop tau la bkpe
    sob3
    emo2

    ReplyDelete
  3. ish..mane bleh..bg chance kat br0 lu..hehe..h0rmat2..ceh*
    lalala~

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share