Saturday, April 10, 2010

Apa yang membuatkan kita kuat?


Satu soalan yang menarik bukan?
Sepanjang zaman manusia sentiasa mencari apa yang boleh membuatkan mereka menjadi kuat. Kuat bukan sahaja dari segi badan tapi juga mental. Ada pelbagai versi bagi mencari kekuatan ini. Ada sesetengah orang menjadi kuat bila minum tongkat ali.( Kalau anda faham apa yang saya katakan) Ada yang menjadi kuat setelah berlatih bertahun-tahun lamanya. Ada menjadi kuat setelah lama dibelasah ataupun dibuli. Ada menjadi kuat bila sudah terlalu lama sakit. Seperti kita sakit demam, mula-mula kita sakit, tapi setelah beberapa lama, antibodi badan kita akan menjadi kuat. Ada menjadi kuat bila tengok kesedihan dan kesengsaraan orang lain. Ada menjadi kuat bila disimbah api benci dan dendam. Ada manusia menjadi kuat bila bersama orang yang kuat-kuat. Saya rasakan ada pelbagai jenis lagi cara untuk kita menjadi kuat. Tapi yang pastinya, masa selalu menjadi factor terpenting dalam usaha kita untuk menjadi kuat. Betul, masa. Tapi malangnya tiada sesiapa yang mampu membeli masa. Masa mampu membuatkan seseorang itu kuat. Masa lalu, masa sekarang dan masa hadapan. Pengalaman juga dapat membuatkan seseorang itu kuat.
Apa yang membuatkan anda semua kuat?
Saya rasa sudah agak lama untuk tidak membuat senarai dalam blog ini. Saya mencari-cari apa tajuk yang dapat dibuat senarai. Pastinya banyak benda yang mampu dibuat senarai kan. Dunia ini terlalu besar tapi masih kecil. Ironi bukan. Baiklah.Setelah mencari-cari idea, saya terdengar lagu ‘Aku bukanlah Superman ‘ dari Lucky Laki. Air mata.Yup.Pasti setiap orang menitiskan air mata. Disini disenaraikan 10 jenis air mata yang menyentuh hati, selalu kita jumpa dan pasti pernah kita alami. Air mata adalah senjata kaum wanita, betul kah?
1.       Air mata ibu dan ayah
Bagi saya, air mata ibu adalah yang teratas.Kenapa? Ringkasnya, syurga adalah dibawah tapak kaki ibu. Jangan lah sesekali membuat sesuatu yang mengecewakan ibu anda sehingga beliau mengalir air mata. Doa ibu adalah yang paling mustajab.Sama juga seperti seorang ayah.Pasti kita amat susah ataupun tidak pernah melihat ayah kita menangis. Dan bila ayah kita menangis, pasti ada sesuatu yang betul-betul menyentuh hatinya. Jadi sama-samalah kita menjaga kedua-dua ibubapa kita.
2.       Air mata gembira
Pastinya semua pernah mengalaminya kan? SPM, PMR, UPSR (ada ke? Mungkin ada.)Bila kita terlalu gembira dengan keputusan atau sesuatu yang diluar jangka sedar tidak sedar, kita pasti akan mengalirkan air mata.
3.       Air mata sedih
Yang ini rasanya tidak perlu dihuraikan dengan panjang lebar.Bila sedih secara automatiknya kita akan mengalirkan air mata.
4.       Air mata dendam
Tak percaya kepada ini? Ada sesetengah orang bila dipenuhi benci dan dendam dia pasti mengalirkan air mata. Air mata ini menjadi saksi dan berwaspadalah kerana manusia menjadi buta bila dendam dan benci merasuk jiwa
5.       Air mata lelaki
Air mata ini yang paling mahal.Kenapa? Sebab lelaki dipenuhi ego. Ego dan maruah membuatkan kaum lelaki spesies yang unik dan hebat. Tapi pastinya setiap lelaki pasti menangis dalam hatinya. Tapi dia akan cuba mengawal untuk tidak jatuh egonya. Amat sangat susah untuk membuat seorang lelaki itu menangis melainkan lelaki itu adalah jenis lelaki lembut. Jadi sesiapa yang pernah melihat lelaki menangis, dia amat bertuah sekali.
6.       Air mata perempuan
Apa lagi yang perlu diperkatakan disini. Senjata bagi kaum perempuan bukan? Kadang-kadang air mata perempuan adalah sesuatu yang berharga.
7.       Air mata alim ulamak
Air mata yang pasti didengari para malaikat di langit sana. Sebagai contoh, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz pernah menangis semasa menjadi imam solat hajat memohon hujan di kota bharu.Keesokan harinya hujan turun di kota bharu. Jadi jangan cuba mempersendakan golongan alim ulamak yang doanya amat mustajab
8.       Air mata orang dizalimi
Seperti yang diatas. Golongan yang dizalimi seperti anak yatim piatu jika berdoa dan menangis pasti Allah akan makbulnya dengan cepat.
9.       Air mata duyung
Yang ini saya kurang pasti wujud atau tidak.Tapi lagenda mengatakan sesiapa yang berjaya mendapatkan air mata duyung, dia akan memperoleh kesenangan dan amat bertuah. Yang saya ragui adakah duyung itu wujud?
10.   Air mata kanak-kanak
Yang ini pastinya semua pernah lihat. Kanak-kanak dan air mata adalah sinonim. Kadang-kadang kanak-kanak akan menangis tanpa sebab yang kukuh. Contohnya , bayi kecil.Dia lapar dia menangis. Dia kurang tidur dia menangis. Dia sakit dia menangis. Budak 7 tahun, bila dimarahi olehnya pasti menangis. Bila cubit telinga, dia menangis.

4 comments:

  1. kuat kuat kuat..gagah..gagah..gagah

    ReplyDelete
  2. farah - heheh.bagus2

    yeng - mu nok ko duyung ko?

    ReplyDelete
  3. yg no sepuluh 2 saye sgt stju...same mcm awangku mohd rayyan azim aka my nephew...huhuhu....

    knpkah tbe2 bercerita psl air mate????
    tbe2 mau nanes...huk3....
    =p

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share