Monday, April 26, 2010

Football Manager 2010


Walaupun agak lambat tapi akhirnya aku berjaya jugak sentuh game nih.Kepada sesiapa yang kenal aku, aku tak nafikan yang aku hanya addict kepada game ini sahaja( dan mungkin juga stronghold crusader). Aku mula main game FM nie sejak dari sekolah menengah lagi, waktu itu dengan nama CM.Tiap-tiap tahun pasti aku akan tunggu game ini keluar dipasaran(beli cetak rompak je ataupun download je.hehe).Kemudian setelah menginstallnya, menghabiskan masa berjam-jam menghadap skrin pc ataupun laptop.

Ada sesetengah orang tanya aku, best macam mana game FM tue?

Bagi peminat bola sepak, game ini memang best. Mungkin tak sebest PES ataupun FIFA tapi utk bermain PES atau FIFA dengan kenikmatan yang paling tinggi anda perlukan Xbox ataupun PS3, aku tak mampu nak miliki konsol berkenaan jadi FM adalah game yang paling dekat kepada peminat bola sepak. Kenapa? Kerana game ini memerlukan anda mengetahui serba sedikit dan membawa anda ke dalam dunia sebenar menguruskan sebuah kelab bola sepak.

Untuk versi terbaru ini, aku akui banyak sangat penambahbaikkan yang dilakukan. Tapi yang aku suka, gameplay dia tidaklah begitu lambat berbanding FM2009. Lebih banyak perincian ditambah menjadi lebih kompleks tapi masih mengekalkan naluri ataupun tujuan asal game ini dibuat iaitu menguruskan sebuah kelab bola sepak.

Sekarang ini aku mula menguruskan Bayern Munich. Aku sudah berjaya menguruskan Inter Milan dan Manchester City. Aku sudah cuba untuk menguruskan pasukan Kelantan tapi semacam ada bug (bukan serangga ye tapi sedikit kesilapan teknikal dalam dvd game tersebut yang membuatkan aku tidak dapat bermain atau menguruskan Kelantan). Aku sedang mencari patch yang dapat mengatasi masalah ini.Ya, mungkin setengah orang cakap senang la main kelab besar, cuba la main kelab kecil. Aku pun sedang cuba jugak main kelab kecil tapi anda tahu tak semakin besar kelab tersebut, semakin besar tanggungjawab dan target yang anda perlu capai maka bertambah besar lah beban anda. Dan disebabkan beban itu lah, aku kadang-kadang memaki hamun laptop sendiri (tak caya tanya Roomate aku).Kenapa? sebab pemain kelab aku dibuang padang pada minit 8. Ye.Minit 8 dah kena kad merah.Minit 8? 8? Aku pening, naik angin fikir dia tue main kotor macam mana sampai sangat awal kena buang padang.Geram sungguh.

Pengakhirannya..aku mohon diri.Sudah puas menjelajah internet (sebenarnya cuba muat turun filem tapi agak lambat malam ini) Jadi aku mahu masuk bilik, bukak laptop dan bertemu dengan pemain-pemain aku dan memikirkan taktik menewaskan kelab lain. Kepada yang minat dengan bola sepak, anda harus main FM.Bukan sunat dah, memang harus, baru anda dapat menguji tahap pengetahuan anda dalam bola sepak.

Selamat Malam..

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share