Sunday, April 18, 2010

Goten Abends

Bermaksud selamat petang.Semalam aku menduduki kertas peperiksaan Jerman 2.Bermula pukul 5 sampai 7 petang. 2 jam.Aku sebenarnya agak takut dengan kertas jerman sebab subjek ini bagi aku memang susah bagi orang macam aku.Yelah, mengikut critical period hypothesis(yang aku belajar dulu berserta dengan teori Noam Chomsky) umur yang paling ideal untuk seseorang belajar bahasa adalah daripada 13/14 tahun ke bawah.Sekarang nie, umur dah meningkat dewasa, memang susah la hendak mengingat dan memahami bahasa dan perkataan jerman.Secara kesimpulannya, bagi aku, subjek jerman antara yang tersusah.Mungkin lagi susah daripada bahasa arab dulu.Tapi itu semua bagi aku sahaja la kan.
Walau bagaimanapun, petang semalam aku menjawab kertas peperiksaan jerman dengan tenang dan cepat. Sangat-sangat berpuas hati. Keluar dewan peperiksaan dengan hati yang lega.Mungkin peperiksaan kali ini tidak begitu susah bagi aku.Sekarang sudah memandang ke semester depan untuk berdepan dengan jerman lagi.
Bitterschon!

Semalam aku mendapat dua berita.Satu, Kelantan menang dengan Negeri Sembilan di stadium Paroi.Sangat berpuas hati kerana Negeri Sembilan baru sahaja dinobatkan Juara Piala FA dan siapa yang boleh lupa yang Negeri Sembilan menewaskan Kelantan tahun lepas dalam Final Piala Malaysia. Sepatutnya Kelantan yang bertemu dengan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala FA minggu lepas dan bukannya Kedah.Kedah hanya layak ke pusingan seterusnya hanya disebabkan jaringan gol di tempat lawan sahaja.

Berita kedua, Achik Spin dilaporkan meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri. Aku baru tahu semalam juga.Pada mulanya ingatkan satu khabar angin tapi setelah beberapa lama, terbukti benar berita tersebut.Al Fatihah kepada nya. Takziah kepada keluarga arwah.

Lupa, berita yang mengembirakan aku adalah Inter menang 2 gol berbalas kosong dengan  Juventus pada hari Jumaat. Aku langsung tidak ingat dan tidak tahu yang Inter main pada hari Jumaat. Aku sangka kan Inter main pada malam semalam.Apa pun, Inter sedang bersiap sedia menanti kunjungan Barcelona pada awal pagi Rabu ini untuk perlawanan Separuh Akhir Champions League.

Khamis kertas terakhir untuk semester dua 2009/2010 ini. Jumaat dalam perancangan untuk pulang ke kota bharu. Bulan Jun bersiap menghadapi demam bola sepak di Afrika Selatan.

4 comments:

  1. oit..ceptnye mu abih exam? ak 4/5 br hbs paper..huhu btw,selamat pulang ke kg.

    ReplyDelete
  2. xaci...nk blik awl jgk...huk3... =(

    ReplyDelete
  3. inter vs juve : gol yg sgt cntik drp maicon!

    ReplyDelete
  4. jaa - selamat doh nie

    zu - aci pun balik kg awal jugok

    adz - meme pun

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share