Thursday, April 29, 2010

Malam yang panjang..Biru dan Hitam


Akhirnya..berakhir jugak perjuangan Inter.Satu pencapaian yang menakjubkan.Awal pagi ini, satu pasukan menyerang dengan bertubi-tubi, satu pasukan kental menahan asakan demi asakan dan percaya atau tidak bermain dengan 10 pemain sejak minit ke 30 lagi.

Inter telah membuktikan bahawa, mereka layak berdiri setanding dengan kuasa besar Eropah yang lain. Pada awal pagi ini, meskipun kecundang 1 gol di Nou Camp tapi Inter berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir Champions League di Madrid, 22 May nanti.

Satu kepuasan yang teramat indah dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Setelah apa yang diperkatakan oleh pemain-pemain Barca sebelum perlawanan ini dan dengan reputasi Barcelona selaku Juara bertahan Sepanyol dan Eropah, pada awal pagi ini, mereka gagal untuk menembusi tembok pertahanan Inter. Pada satu ketika , dalam perlawanan, Victor Valdes naik ke atas menjadi pemain tengah, hampir semua pemain Inter berkampung di halaman sendiri dan berjaya menahan dan mematahkan semua serangan Barcelona. Messi, Xavi kelihatan buntu mencari ruang untuk mencipta gol dan Zlatan pula gagal membuktikan kepada kelab lamanya kebolehannya. Pujian kepada Barcelona kerana semua pemainnya membuktikan mereka masih lagi kelab terhebat di Eropah dengan serangan demi serangan.Tapi pada malam ini, skuad Inter dibawah bimbingan Mourinho berjaya memecahkan reputasi menggunung Barca itu dan mungkin juga Barca tenggelam bersama dengan segala harapan yang menggunung sebelum ini. Mourinho membuktikan kepada dunia bahawa dia adalah antara jurulatih terhebat di dunia dan kali ini dia akan membimbing Inter bertemu 'mentor' lamanya iaitu Van Gaal (bayern munich)

Aku? Perlawanan yang paling dramatik pernah aku saksikan. Aku tidak tidur dan walaupun masih tak cukup tidur sebab tengok perlawanan Lyon semalam tapi pada malam ini, mata aku tidak mengantuk. Jantung berdebar sepanjang 90 minit perlawanan.Paling mendebarkan apabila Pique berjaya menyumbat satu gol untuk Barca. Tidak senang duduk aku menonton perlawanan awal pagi ini. Jersey Inter yang aku pakai, pada minit ke 30 perlawanan aku buang kerana kecewa sebab ada seorang pemain inter dibuang padang kerana dikenakan kad merah.Ya, Inter bermain dengan 10 orang pemain untuk baki 60 minit.Aku rasakan kalau bagi pasukan lain sudah tentu banyak gol dibolosi kerana untuk berhadapan dengan Barca, anda perlukan kesemua 11 pemain.Dan kalau bermain dengan 11 pemain pun tidak pasti lagi dapat atau tidak mengekang serangan bertali arus Barcelona.Inter Milan telah melakukan sesuatu yang menakjubkan pada musim ini dan ini semua adalah datang daripada kegigihan dan semangat berpasukan yang ada pada setiap pemain Inter.Pada malam ini Inter berjaya memecah badi sebelum ini dan mampu menunjukkan kepada dunia, mereka adalah antara kelab terbaik di eropah.

Aku tidak dapat gambarkan perasaan aku sekarang. Sangat-sangat berpuas hati. Tidak sabar untuk menantikan perlawanan akhir nanti antara Inter Milan dan Bayern Munich, Mei nanti.Pagi ini, dapat tidur dengan sangat lena.

Forza Inter.
Inter
Inter
Inter
Inter

2 comments:

  1. really obses..tp tetap bngga okey sbb ur feveret team menang..congrats2..hahahahah

    ReplyDelete
  2. farah - hehe.Thanks2.sgt2 berbaloi tak tidur.nie baru betul skit tidur.haha

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share