Thursday, April 29, 2010

Mana pergi?


kalau dulu orang Cina mati ramai je yang bersimpati?Pastue siap semua pihak hendak ambil tindakan.
Sekarang, budak 15 tahun mati, budak MELAYU lagi, mana pemimpin-pemimpin yang kononnya pejuang Melayu, sanggup angkat keris,.Nah, sekarang angkat lah keris tue ke arah polis. Aku bukan anti polis, aku tahu polis memikul tanggungjawab yang besar tapi kenapa sekarang nie banyak sangat kes polis tertembak dan kalau tertembak kenapa sampai boleh mati. Kalau nak lepaskan tembakan amaran kenapa tidak lepaskan tembakan kearah badan yang lain? Kaki ke? Tangan ke? Ini sampai kepala kena.

Ya, ada orang cakap tidak boleh salahkan polis semuanya.Kena lihat jugak arwah itu. Kita kena rasional kan. Ambil kenyataan kedua-dua belah pihak.Aku pun pelik bagaimana budak 15 tahun boleh pandu kereta jam 2 pagi. Biarlah, kita tunggu dan lihat sahajalah apa kenyataan-kenyataan yang akan dikeluarkan oleh pihak yang berwajib. Mana menteri-menteri yang dulunya kata penjuang hak rakyat? Kalau betul pejuang, maka turunlah, tunjukkan muka, rakyat perlu kebenaran. Kalau tidak lagi ramai mangsa akan terkorban selepas ini. Konsep satu Malaysia konon.Cehh.Ada Cina nak tolong kita. Ada India nak tolong kita. Mereka pun dah sarat dengan masalah masing-masing. Mana Pekida yang katanya akan berjuang darah pertahankan Melayu? Budak yang meninggal tue budak Melayu. Aku dengar Selangor ramai geng-geng pekida. Kejadian tue berlaku di Shah Alam. Ibu negeri Selangor lagi. Kenapa geng pekida tidak serang je balai polis. Biar rakyat gempur polis. Polis dah hilang kredibilitinya. Orang dah tak percaya kat polis lagi. Penuh rasuah.Korupsi. Dari setinggi-tinggi jawatan, kepada jawatan paling rendah. Silap siapa? Pemimpin lah.Memperalatkan pihak berkuasa.  Tak kiralah pakatan rakyat ataupun barisan nasional.Sama.


Apa nak jadi kepada negara kita. Orang luar tengok mesti tergelak je. Kes kapal selam tentera laa. Kes enjin hilang lah.Masih ingat kes al Maunah yang curi senjata dari kem tentera? Sekarang polis pula. tertembak sana, tertembak sini. Malu pihak berkuasa sebegini. Sepatutnya mereka professional.Penuh integriti.ya, tak nafikan ada yang memenuhi sikap tue. Aku tak nafikan ada polis yang baik. Ada tentera yang amanah. Tapi bila kejadian-kejadian sebegini berlaku, orang luar akan mencerminkan betapa rapuhnya struktur kawalan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga negera. Kalau polis dan tentera pun rasuah, kita, rakyat biasa hendak mengharapkan kepada siapa? Entahlah.Aku pun tidak tahu lagi bagaimana. Kenapa kita kena sibuk bicara hal ini? Hey, ini hak kita. Kita rakyat Malaysia dan aku bangsa Melayu.Pasti aku perlu tahu kebenaran bila ada orang Melayu sendiri terbunuh dan orang Melayu yang terlibat.

Aku menjadi polis?tentera? Maaf.Aku bukan tidak mahu tapi tidak layak sebab rabun warna.Lagipun aku tahu aku tidak kuat. Dan jika aku menjadi pegawai polis atau tentera sudah pasti aku tidak akan menulis disini. Mungkin aku sibuk menahan kereta di jalanraya sana. Sekian

2 comments:

  1. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
    Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    "SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

    P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
    DISINI

    "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
    Wallahualam.

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

    blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

    ReplyDelete
  2. bujang susah - sangat-sangat berterima kasih atas kesudian menjengah blog saya ini.Terima kasih juga atas semua maklumat-maklumat dan renungan yang telah diberikan.Benar-benar menghargai

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share