Friday, April 30, 2010

Merah Jambu


Sedang aku melilau dalam dunia blog, aku adalah terjumpa artikel nie di blog Ben Ashaari..Entry pada petang nie berkaitan dengan perlaksanaan KTMB yang baru buat satu koc khas berwarna merah jambu untuk wanita sahaja.Bagi aku ini adalah satu pendekatan yang amat baik.

Kenapa? Semua yang duduk di Kuala Lumpur dan Selangor pasti amat maklum mengenai kesesakan di komuter setiap hari. Lebih-lebih lagi pada hujung minggu dan waktu balik kerja. Perkhidmatan komuter memang sangat menyedihkan dengan tren yang lambat, pengguna berasak-asak dan banyak kejadian seluk poket telah berlaku. Aku sendiri pernah mengalami situasi berkenaan malah beberapa bukan ramai kawan aku yang serik untuk menaiki komuter kerana terpaksa berasak dengan penumpang lain.Kalau penumpang Melayu saja tak mengapa, tapi ini ada sekali Cina, India. Bangla, Vietnam, Indon dan Negro. Lagak orang asing ini bukan boleh kita jangka.Kalu penumpang itu perempuan fikirkan macam mana nak berasak, berhimpit dengan penumpang lelaki yang lain. Duk gesel-gesel bahagian badan pastu dengan bau yang takleh nak cakap lagi.Tambah lagi bila penumpang kena angkat tangan berpaut maka pasti ada yang terpaksa menghirup bau ketiak tue.Ishhh.Takleh nak bayang lah aku.Jadi ada sesetengah kawan aku rela membayar duit lebih untuk naik LRT ataupun teksi ke destinasi pilihan. Aku sendiri sepanjang tahun ini belum naik lagi komuter. Aku rela bayar tol rm1.30 pergi ke stesen LRT sungai besi jika mahu ke KL.Tak sanggup aku nak tunggu komuter di hentian serdang tue. Lambat.Pernah sekali aku tunggu sampai 1 jam setengah. Ada sekali tue pulak aku nyaris-nyaris terlepas hendak pergi ke LCCT sebab tunggu komuter dari serdang hendak ke KL sentral.

ishh, aku dah keluar dari topik ini. Berbalik kepada koc untuk perempuan sahaja, bagi aku amat berpatutan. Ini akan menyenangkan kaum perempuan, kaum bapa, kaum suami dan juga ibu-ibu mengandung. Tidak perlu lagi mereka perlu berebut-rebut dengan lelaki. Aku akui kaum perempuan bila sesama mereka pasti akan lebih harmoni semasa menaiki komuter tue. Kaum bapa pula lega sebab akan dapat tahu anak perempuan mereka lebih terjaga bila naik koc merah jambu tue. Kaum Suami juga lebih tenang sebab tidak lagi perlu risau tentang isteri mereka yang naik komuter dan tak perlu lagi menghantar isteri mereka.

Aku cadangkan satu lagi koc diwujudkan iaitu koc hanya untuk golongan OKU.Golongan minoriti seperti ini perlu diambil berat oleh pihak KTM dalam memperbaiki perkhidmatan komuter yang telah tersedia.

Walau bagaimana pun ada juga pihak yang tidak setuju dengan perlaksaan koc merah jambu nie. Aku pun tak pasti apa motif sebenar golongan ini.Anda boleh baca disini. Bagi alasan yang diberikan adalah sangat tidak munasabah. Langkah terbaik adalah menjalankan kajian terhadap pengguna yang telah menggunakkan koc merah jambu ini. Pengguna sentiasa betul, kan?

Sekian dulu. Harapan agar KTM dapat menambahbaik perkhidmatan yang sedia ada agar sistem pengangkutan awam di ibu negara dapat mendatangkan kepuasan kepada rakyat jelata.
Goten Abends.

6 comments:

  1. k0c merah jambu? sure sweet jer..can't wait! huhu

    ReplyDelete
  2. introduce koc pmpn 2 dh cool dah.tapi tadi kat komuter ondaway blk kolej, gua tgk jantan jer yang ramai kat dlm koc 2...ke diorg 2 pmpn menyamar jd jantan?hahahah

    ReplyDelete
  3. jaa - tgk laah.mu takpo..tok naik komuter doh ado sang hitam tuh

    ainul - aku raso tuh geng2 bapuk kot.

    ReplyDelete
  4. yeah..same mcm sy
    sy lebih rela pergi sungai besi...
    mahal skit takpe asal cepat...
    kalau murah tapi buang masa pun lagi sakit ati

    ReplyDelete
  5. sowi yep en palie..i slalu jugaklah naek k0muter ye.. cpt+mudah..hehe..

    ReplyDelete
  6. anony - betul dah tue.Murah pun tapi sampai terlewat dan menyakitkan hati takde guna jugak kan

    jaa - ye ye je mu ja.nak test mu skit.namakan stesen pertukaran komuter ke Lrt dan ERL yang berhampiran dengan kawasan UPM? hehe

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share