Monday, April 26, 2010

Penterjemah

Dua hari ini, sejak aku balik hujan turun tanpa henti. Kadang-kadang lebat, kadang-kadang renyai-renyai je. Walau apa pun amat syukur sebab dengan hujan , suhu jadi sejuk dan memudahkan aku untuk berehat.Berehat dengan tidur.Hahaha.Biasa la bila dah balik ke rumah kan, padahal kat UPM pun tidur jugak.

Mula terasa kosong sebab tiada apa yang nak dibuat. Aku sedang menanti kerja sebenarnya.Apa-apa kerja pun jadilah asal dapat mengisi masa terluang. Sebenarnya kerja berlambak, aku je yang malas sebenarnya.Hahaha.Takpe, aku tengok balik kerja aku beberapa bulan kebelakangan ini, aku macam dah jadi penterjemah.Aku tak tau la andai aku nie penterjemah yang baik atau tidak tapi setakat ini rasanya tiada lagi aku dapat komen yang tidak baik. Maka dengan itu aku akan teruskan dengan kerja ini.

Dalam aku termenung melihat tv, boleh jugak aku menyiapkan novel atau cerpen dan hantar ke majalah-majalah seperti Prof Dr Lim Swee Tin cadangkan kepada pelajarnya. Mana tahu dapat jugak wang saguhati. Boleh la buat minum-minum kan? Hmmm.Bijak jugak cadangan tue. Tapi iyalah, aku akui aku nie bukannya penulis yang baik, banyak lagi perlu diperbaiki tapi kalau tak cuba maka tak tahu kan.Baiklah aku cuba jugak lah nanti buat yang mana boleh dan mampu.

Sekarang ini kerja aku sudah semacam pengulas bola di astro. Liga Jepun, Perancis semua aku layan. Sekarang nie pulak banyak je perlawanan yang dah lepas mengenai piala dunia disiarkan di saluran 804, jadi aku tumpang sekaki lah. Dalam tulisan yang lepas aku cakap aku nak men FM kan, tengok-tengok bila dah main separuh game terus tutup laptop keluar dan bukak TV.

Dah la..Puas dah melalut. Satu lagi. Macam pelik je aku rasa, bila aku tulis dalam BI, tak ramai sambutan blog aku, tapi bila aku tulis dalam BM, ada jugak yang sudi respon. Tak mengapalah, BI ke BM ke, aku tetap tulis. Ada respon ke takde respon ke, aku tetap tulis. Aku kena tulis jugak dalam BI agar BI aku tak hilang dan perlu tulis dalam BM sebab bahasa kebangsaan aku. Dua-dua aku tulis.

Goten Abends..

8 comments:

  1. mu kij0 as penterjemah?
    ok r2..mu ulas psl b0la kat bl0g mu, at least ore xy0h bc paper d0h..huhu

    ReplyDelete
  2. mmg laa jaa....tp bosan gop posen....xdop mnde laen dh ke mung nk cite....bnyk sgt dh entry mung psl bola...huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  3. jaa - hahha.bleh jugok tuh..dpt jugok info bola hok baru

    zu - laa.doh nok buat guano..bola mmg sinonim ngan laki

    ReplyDelete
  4. bro, buat la cerpen..

    ReplyDelete
  5. penterjemah ea..bgs keje tu..heee..nnt tlg la terjemah kat sy..

    ReplyDelete
  6. mu ado jgk kijo pali..ak ni xthu nk wat gpo..nk jd pterjemah pon tkt saloh...hahahha
    slmt mterjemah....;D

    ReplyDelete
  7. anoy - bleh2 akan cuba nanti

    farah - haha.bleh aje.ehh kan dah slalu buat..huhuh.mane upah?

    taq - haha.takpo2.aku pun masih belajar lagi nie.selamat2

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share