Wednesday, April 28, 2010

Tak tido..Olic meratah Lyon

Aku baru lepas tengok bola. Lyon lawan Bayern Munich.(Kalo orang Jerman, dorang panggil Munchen). Awalnya ramai yang mengatakan perlawanan malam ini akan sengit.Kenapa? Sebabnya, Bayern hanya bawa kelebihan satu gol sahaja bertandang ke Lyon. Dan Lyon pula terbukti bukan satu pasukan yang calang-calang. lyon adalah pemusnah Galacticos (Real Madrid) pada pusingan kedua Champion League baru-baru ini. Tambahan lagi, Ribery tidak dapat bermain dan dua tonggak pertahanan tengah Bayern diragui kecergasannya iaitu Demechelis dan Buyten.

Tetapi perlawanan awal pagi Rabu ini rupa-rupanya berat sebelah. Meskipun bermain di tempat sendiri, Lyon kurang menyengat di barisan penyerang.Gomis dan Lisandro Lopez seperti hilang punca dan kekurangan kreativiti di bahagian tengah. Bayern pula menggunakan sepenuhnya kelincahan Muller dan Robben yang bertindak menjadi sayap kiri dan kanan dengan Ivica Olic menjadi penyerang tengah. Ternyata percaturan Van Gaal (Pengurus Bayern) menjadi apabila barisan pertahanan Lyon tidak mampu mengekang Olic yang telah menyumbat 3 gol membantu Bayern melangkah ke perlawanan akhir pada bulan Mei nanti di Madrid. Bayern sekarang memburu 3 kejuaraan dengan Champions Leagues, liga Jerman dan Piala Liga Jerman. Bayern pastinya lega dapat melangkah ke perlawanan akhir dan menanti esok malam siapa lawannya nanti, adakah Inter ataupun Barca.

Aku tidak mahu mengulas lagi preview perlawanan Inter dan Barca.Aku simpan untuk esok hari. Sekarang mata dah mula mengantuk tapi alang-alang lewat baik tunggu sampai subuh terus. Jadi aku nak menonton Starworld sementara menunggu azan Subuh.

Goten Morgen..Ich keine schlafen..

2 comments:

  1. amboi..x tido..yeahhh..first comment..

    ReplyDelete
  2. farah - hehe.mmg pun.bgn2 pun dah tgh hari tadi

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share