Thursday, May 13, 2010

2 filem best..Wajib tonton

Semalam dan hari ini sedang aku boring-boring melepak depan pc tanpa berbuat apa, aku pun tengok lah dua filem ini. Ip Man 2 dan My Name is Khan. Awalnya aku tak meletakkan harapan yang tinggi untuk filem ini sebab dah agak lama aku tak tengok filem hindi dan Chinese nie. Rasanya last sekali filem chinese yang tengok adalah Storm Warriors yang boleh dikatakan agak mengecewakan dan untuk filem Hindi, last filem adalah Slumdog Millionaire yang telah meraih pelbagai anugerah sebelum ini.

Kawan aku sebelum ini mencadangkan kepada aku supaya menonton Ip Man 2 sebab dia kata filem tue lebih baik daripada Iron Man jadi aku pun download lah. Ternyata tidak sia-sia tengok. Filem yang pertama aku tidak tengok lagi tapi selepas tengok filem yang kedua nie, aku nak cari lah filem yang pertama tue. Filem nie ada unsur keluarga, kegigihan dan semangat nasionalis orang cina terhadap negara mereka serta adat dan budaya mereka yang diterjemahkan melalui seni kung fu cina. Aku paling suka bab last apabila ip man berjaya menewaskan orang putih yang berlagak itu dan muncul bruce lee yang masih budak ingin belajar dengan beliau.Ternyata kisah ini adalah kisah benar kerana pada umur 16 tahun, Bruce Lee datang dan belajar seterusnya mengembangkan lagi aliran kung fu Wing Chun ajaran Ip Man tersebut. Filem ini sangat berbaloi untuk ditonton. Gaya penataan filem ini hebat serta penceritaan yang kukuh. Dah agak lama aku tak tengok filem yang dibuat sebegini jadi sangat gembira dapat menontonnya. Aku berikan 5 bintang .


Untuk filem My Name is Khan pula, Karan Johar sekali lagi menunjukkan betapa dia berada dalam kelas tersendiri dalam mengarah sebuah filem. Watak Utama Shah Rukh Khan yang dalam filem ini menjadi Rizuan Khan, seorang Muslim di India berhijrah ke US dan beliau seorang autism. Autism adalah seorang yang special.Jika sesiapa yang pernah melihat filem Rain Man ataupun Forrest Gump, maka lebih kurang begitu lah watak Khan. Memang terdapat banyak pun unsur Rain Man dan Forrest Gump dalam filem ini tapi Karan Johar berjaya mengolah dengan sempurna dalam konteks penerimaan Muslim di Amerika Syarikat dan dia juga membawa penonton menyelami dunia Hindu Muslim serta masyarakat hindu di Amerika. Karan juga bijak memasukkan Presiden Obama dalam filem ini. Filem ini sarat dengan unsur keagamaan, kekeluargaan, kegigihan , kesabaran, prejudis dan kemasyarakatan. Aku juga pelik seketika sebab tidak banyak unsur nyanyian dan tarian seperti filem tipikal Hindi yang lain. Filem yang sangat berbaloi di tonton dan berbaloi untuk ditonton banyak kali. Filem ini boleh diangkat sebaris dengan Slumdog Millionaire. Aku turut berikan 5 bintang untuk filem nie.

jadi tontonlah kedua-dua filem ini bila berkesempatan. Sangat berbaloi.

4 comments:

  1. best sngt ke my name is khan pali?
    cte ganas ke romantik ke npe?

    ReplyDelete
  2. yong - best woo...citer masyarakat laa.kekeluargaan.

    ReplyDelete
  3. best2 my name is khan.... sdey.... huhu

    ReplyDelete
  4. owh begitukah
    baik...!!
    mr khan!!!!!!

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share