Wednesday, May 12, 2010

Adat

Ehh..Cikgu..Cikgu watpe sini?
Laa. Kamu ke? tak perasan tadi.Takde saje nie bayar kereta.
Ooo.Macam mana cikgu sekarang? Sekolah lama lagi?
Sekolah tue lagi lah. Tunggu nak pencen je. Kamu pulak macam mana? Kerja mana sekarang?
Kerja? Ada lah kerja lekeh-lekeh.Sapu-sapu kaki lima.
Laa.Takkan laa.Dah berapa lama tinggal sekolah?
Hmm.Adalah dekat 8 tahun. Cikgu cam saya lagi ek
Cam lagi.Eh, kerja apa kamu sekarang nie.
hehe.Takde lah cikgu.Kerja biasa-biase je
Lor.Betul-betul laa.
Hehe.Saya kerja dengan kerajaan sekarang.Kementerian Luar Negeri.
Sini ke?
Tak.Putrajaya..Cuti jap sekarang. Tengok-tengok orang tua.


Lebih kurang satu percakapan yang aku dengar satu masa dulu semasa menunggu giliran membayar ansuran kereta mak aku. Aku suka dengan adat orang melayu. Begitu sopan dengan orang tua. Pemuda tadi lagak dia memang nampak macam orang berjawatan tinggi dan selanjutnya aku dapat tahu yang dia seorang pegawai di kementerian tersebut.Tapi meskipun dia dah berjawatan tinggi, dia masih merendah diri lebih-lebih lagi dengan guru dia yang dahulu.Pasti gembira cikgunya tadi dapat berjumpa anak didiknya.Meskipun hanya sekejap mereka berjumpa tapi pasti tinggalkan kesan yang besar kepada kedua-duanya. Adat kita. Menghormati dan menghargai jasa guru kita. Sejauh mana pun kita pergi, tanpa guru siapalah kita.Sopan santun dan rendah diri merupakan amalan mulia.
Jadi hormatlah guru anda.Hargailah jasa guru kita.
Entry awal sempena hari guru 16 Mei nanti.

1 comment:

  1. happy teacher's day...
    bila2 je kita ucapkn terima kasih cikgu....=)

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share