Wednesday, May 12, 2010

Cawan Kosong

Sebelum nie cakap macam-macam. Cakap itu la..cakap ini lah.
janji bukan main lagi. Macam la orang tak kenal. Tapi disebabkan kesian orang pun percaya lah. Iya lah, siapa tak nak tengok di tempat sendiri kan.
Tapi last-last, harapan tue makan diri.

Lain kali kalau nak berjanji tengok lah dengan kemampuan.Jangan bagi janji kosong tanpa usaha.Semua orang boleh nilai. Lepas nie jangan bagi alasan lah. Potong je mana-mana yang ada.


Aku cakap pasal apa nie? Pasal badminton laa. Semalam Malaysia kalah kepada Jepun.Jepun..Jepun je tue.Jepun kembali menjajah Malaysia menerusi badminton Thomas Cup dalam penentuan juara kumpulan. Kalau dengan jepun pun boleh kalah aku tak tau laa nak lawan Korea, China dan Indonesia macam mana.
Aku pun tak pasti la kan kot-kot diorang lepas nie cakap itu semua taktik pembukaan. Taktik pale hotak diorang. Orang semua letih-letih tengok dekat tv, tengok dekat stadium sana pastue tengok kalah kepada lawan di negara sendiri. Siapa tak malu dan sakit hati weii.Sebelum nie korang jugak yang bagi harapan kat semua rakyat malaysia. Rakyat tak letak harapan dan tekanan sangat pun. Korang sendiri yang letakkan tekanan. Contoh mudah Hafiz lah, ranking punya tinggi last-last kalah kat pemain jepun yang lebih pendek dan lebih rendah ranking dia.Sangat-sangat rendah kot ranking pemain jepun tue.

Aku jadi naik angin je tengok dia main. Macam nak simpan tenaga untuk main final je. Angan dapat jumpa China la kononnya. Sampai bila la badminton nak naik balik macam nie. Malu la aku sebagai orang melayu. Duk harapkan Datuk cina tue (Choong Wei) je selalu.Mana larat dia sorang. Takkan nak bagi dia main semua game pulak walaupun aku tahu dia boleh dan akan menang kalau banding dengan orang lain yang rata-rata lepas game bagi alasan tak boleh kawal emosi, terganggu la.

Terganggu apa pun aku tak tahu. Cakap pemain badminton professional. Bagi tempat kat orang lain lah.Balik main badminton kat kampung je lah.

Aku pun tak tahu kenapa aku emosional bab nie. Sebab patriotik kot.Yelah, main tempat sendiri, penyokong ramai. Kalau kalah dengan maruah takpe la jugak. Aku boleh terima kalau hafiz tue kalah kepada Lin dan ke taufik ke tapi nie..

Sudah laa, nanti aku angkat raket badminton main sendiri lah.Lagi baik..

1 comment:

  1. hafiz maen mcm ntah pape...bingung btol....buat sakit ati je tgk....budus~~....

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share