Tuesday, May 11, 2010

Cuti

Cuti semester bagi aku sebenarnya sudah bermula sebelum masuk bulan mei lagi..Semester nie paper final exam aku amat sedikit.Berapa? hanya 3.yup.hanya 3..Sebab itu lah aku balik awal dulu. Penah jugak aku terfikir nak je stay kat kl, lepak, tengok bola ramai-ramai dan layan filem-filem yang akan kuar.Tapi macam tue lah, hanya terfikir. Ada jugak kawan aku ajak lepak umah diorang.Ada jugak kawan aku ajak aku lepak umah keje dia di Keluang sana. Kawan aku kerja dengan Sime Darby Plantations. Kawan aku ada juga cadangkan aku cari je kerja part time kat KL, boleh aku menetap sementara di Pantai Dalam. Dan baru tadi kawan aku ajak aku lepak di Perlis. Last-last aku menetap jugak di rumah.

 Awal-awal dulu aku ada jugak keinginan nak cari kerja part time. Aku siap ambik no telefon tawarkan jawatan promoter kat Tesco. Promoter apa?Aku sendiri pun tak tahu.Jangan promoter Ogawa sudah. Banyak jugak kerja kosong dekat restoran dan kopitiam area kota bharu nie. Tapi last-last kawan aku cakap tak payah lah kerja macam tue, memenatkan dan tak berbaloi. Aku nak kerja jugak sebenarnya sebab utama adalah kerana duit. Kalau setakat nak isi masa lapang, aku tak kisah sebab duk kat umah nie banyak je leh buat kerja cuma tak bergaji. Sekarang pun macam tak cukup masa. Bila sorang-sorang kawan balik, mula lah melepak di luar sampai naik kembung perut diisi dengan teh'o ais. Lagi satu, dengan astro aku tak akan boring, maybe boring jugak bila musim bola dah habis tapi aku layan je baseball dan basketball yang tengah high sekarang.

Sekarang , sedang aku mencari kerja, adik aku pula tawarkan kerja. So aku ambil je lah. Dapatlah jugak duit nak isi minyak dan keluar minum air nanti sorang-sorang bila kawan aku dah balik KL semua. Tapi takpe, aku tahu berderet kawan aku balik kb nanti. Ye lah, sorang nak bertunang. Sorang buat kerja outstation sini. Pastue tambah dengan kawan-kawan yang nak berkahwin bulan jun nanti. Tiga orang (setakat ini) yang dah sampai kad kahwin kepada aku. Nanti aku kot yang last sekali kahwin dikalangan geng sekolah aku. Bab tue biar lah dulu, sampai masa kahwin lah aku kan?

So, apa kehidupan aku seharian di rumah? Download citer. Tengok citer. Buat kerja menaip sikit-sikit. Dan mandi. Aku mandi dalam 5 kali sehari kot sekarang nie. Teramat panas. Tido petang pun boleh berpeluh aku. Kurang aku tido petang sekarang. Dan kerja utama yang aku nak buat adalah mengubah bahagian berlemak nie. Tak tau lah berjaya ke tak kan sebab kat umah nie lagi kuat makan.Benda free dan sedap kan. Rugi la tak santap.Sekarang ini semua orang tahukan, musim kemarau. Aku fikir untung jugak panas sebab dapat jugak keluar peluh. Tak perlu susah berjogging.Haha.

Jadi, itulah serba sedikit bebelan aku di tengah malam sebegini. Sekarang nie pun tengah rancak mendownload setelah beberapa hari ketiadaan internet..Haa, aku dah dapat kerja pun bulan Jun nanti. Kerja apa? jadi pengulas tak berbayar untuk Piala Dunia.hahaha.

Sekian..Selamat Malam. Goten Nact.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share