Monday, May 31, 2010

Dari Bachok sampai ke Padang Besar

Gelaran Apple Boy..hahaha.Nape gelaran tue ?

sbb kawan aku yang sorang nie memang sangat gilakan barangan Apple. Bukan sbb suka makan buah apple tapi produk jenama apple.Nama samaran dia Zak. Saat orang malaysia tak kenal lagi iPhone, dia dah bawak balik iPhone. Masa tue dia duk belajar kat Russia. Jangan memain, doktor nie ye.Doktor di HUSM ( cubaan memuji lebih-lebihan dengan harapan dapat minum air kepala muda free..hahaha) Ipod classic, ipod touch, semua dia ada. Macbook ada dua. Dgr dia duk fikir-fikir nak beli ipad pulak pasnie. Orangnya berasal dari Bachok je, Melawi tapi taste memang New York lah.tapi tak boleh nak kata apa lah sebab dia mampu dan dia ada bagi aku ipod free guna,hahahah, terima kasih zak..Dulu satu sekolah ngan aku, banyak lalui bersama nie.Pastu masuk UTP kejap. Satu sem je dia masuk sebab lepas tue dia naik plane pergi Moscow belajar medic. Kat sana lah dia ada cakap dia pergi tengok final antara Chelsea dan Manchester United. Aku rasa dia tak kelentong sebab dia bawak balik baju final tue tapi sedihnya dia tak kenal lagenda Manchester United yang tandatangan kat baju tue tak seperti.....

Kawan aku yang memang peminat fanatik Manchester United iaitu (nama samaran je nie) Mayat karin. Mesti orang dengar kenapa la nama macam tue. Seram gile. nama je seram, tuan punya badan tak seram pun malah sangat kelakar. Dia nie otak gila-gila. Tapi time dia serius memang dia serius. Sekarang nie kerja kat asialab. Dia nie memang gila akan motor besar. Aku pernah naik moto dia, tapi duk belakang je lah.tue pun dekat je, dari jalan universiti sampai pantai dalam je.Kalau kawan aku yang atas tue duk Bachok dia nie duduk Chicha Tinggi.Dia nie pun tak leh memain gak sebab anak penggawa. Jalan nak masuk umah dia pun diberi nama Jalan Penggawa. Haa. Rumah Najib Tun Razak pun tak boleh beri nama jalan ayah dia nak masuk ke rumah. Dulu belajar kat Uitm. Motor dia dah jual sebab dia dah jumpa kekasih hati. 

Dah kahwin pun. Kisah cinta dia nie, bagi aku, sangat best, mengalahkan kisah-kisah cinta laila majnun ataupun mana-mana buku novel keluaran alaf 21. Happy ending la kan. tapi bagi aku betul-betul respect dia dan isteri dia. Dia nie memang gila kat Manchester United. Dia pernah cakap kat aku masa Inter lawan Barcelona tempoh hari, dia sokong Inter sebab dia benci Barca kerana Barca menang lawan Manchester dalam final 2009. Dia benci kelab Barca je , dia tak benci peminat kelab Barca seperti...

Kawan aku sorang ini yang memang fanatik ngan Barcelona.

Nama samaran Judin. Dia nie tinggal kat Tumpat. Yang nie pun tak leh memain sebab dia nie jurutera Petronas. haa, bukan calang-calang nie. Baru je bertunang 2 minggu lepas.Dia nie rumate lame aku masa kat UTP dulu. Kalau dulu kat UTP, ada orang nak main snooker, kalau tak ajak dia memang tak sah. Confirm kena keluar. Sekarang nie dengar dia tak main dah snooker.Gila kat badminton dan bowling pulak. Penah aku main ngan dia dekat 4 frame. Naik lebam jari aku. Confirm la aku kalah kan. Badan kecik je dia tapi aku pun tak tau macam mana dia boleh menang ngan aku. Dia selamber je. Pernah aku lepak umah dia masa kat Lumut dulu sampai seminggu. Rumah apartment (ala-ala macam tue la). Selalunya aku la jadi mangsa dia teman naik kete. Nasib baik la tunang dia tak jeles.hahaha. Dia nie memang kaki bola.Tue dalam gambar tue, aku terpaksa pakai baju barca sebab dia la.Dia dah lama pun minat Barcelona, dia tak hirau pun kat mana-mana orang yang benci Barcelona seperti....

Kawan aku yang sorang nie yang benci Barca sebab Barca menang lawan Arsenal awal tahun nie. Nama gelaran, Pok Nik

.Dia nie sorang lagi fanatik bola. Die Hard fan Arsenal. Orang kutuk ke, perli ke.Dia tetap dengan Arsenal. Peminat setia Henry dan Perancis. Dia sikit lagi nak mintak taraf kewarganegaraan Perancis ngan Wenger.hahahha.Kalau nak tau, dia duk Kampung Chetok.Pasir Mas la kat sesiapa yang tak tau. Dia nie pun tak leh memain gak. Dia cite, kat Perlis sana, orang panggil dia Tuan Nik.Aku tak tau la betul atau tak kan.Tapi jawatan dia besar jugak lah. Pegawai Tadbir Diplomatik katakan. Tapi dia tak sombong pun. Aku tahu dia takkan sombong. Sangat baik. Dia dah try macam-macam kerja. Dulu belajar Forensik kat USM, keluar kerja Public Bank jap, pastu jadi Lecturer kat KPTM, kolej mara. Dia ajar sains kat bakal jururawat. Sekarang nie baru dia dapat kerja best. Siapa tak nak kerja PTD kan? Kawan-kawan aku nie semua dah kerja dah. 

Aku sangat berterima kasih kat mereka nie semua dan semua yang tak disebutkan nama kat sini. Aku tak akan lupakan jasa kalian dari segi kewangan, pertolongan dan khidmat nasihat. Aku sentiasa akan ingat. Sekarang nie aku takleh nak balas (dari segi kewangan) lagi tapi sekurangnya-kurangnya aku akan balas dengan budi aku. Tapi semua kawan-kawan aku sangat baik.Tak pernah berkira bab wang. Kawan aku di Sekolah. Kawan aku kat UTP. Kawan aku kat UDM dan kawan aku yang kat UPM. Semua baik belake.Tak lupa juga kat insan istimewa, F..Sangat hargai dan berterima kasih.

p/s.nie dah macam wasiat nie.Bukan. Saja menghabiskan masa terluang. Bukan wasiat pun nie. Sekadar nukilan di malam hari.

5 comments:

  1. kembangla sorg2 bler bcer ni..huhu..nak2 nmer yg mcm seram jer tu..dh la dh kmbg..makin kembang la..hhahah

    ReplyDelete
  2. wes,nok taw gop kisah cinta kwn mu hok bermotor besor tue..huhu *gile nyibuk* haha

    en palie,xdop ke saing2 mu h0k single?rekemen la sorg ko miss F..huhu..

    ReplyDelete
  3. puspawangi - hahahah.harap tak kembang laa

    jaa - haha.ado lagi single..ko fatiha ko?hahaha.dio ado tue

    ReplyDelete
  4. topik nih kawe suko..kemah blako tuh..cumo xdok cito org kota bharu jah tuh..wakaka teringat ko saing2 habih lonih..bilo nok wat minum2 beramai2 nih boh..

    ReplyDelete
  5. amil - hahah.boleh jah.oyat lah bilo2..susoh sket lonie seme duk jauh2.keno tunggu rayo lah duk kelantan belako

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share