Tuesday, May 4, 2010

Epal Idaman

Anda suka makan buah epal warna ape? Merah? Hijau? Mana-mana pun bagi aku amat baik untuk kesihatan. Kali ini bukan aku sebenarnya ingin bercakap tentang buah epal, tapi jenama Apple. Sesiapa yang tidak kenal kepada jenama ini, bagi aku memang ajaib lah sebab jenama ini adalah salah satu jenama yang amat terkenal di dunia dan banyak mencetus revolusi dan trend dalam dunia teknologi.


Syarikat Apple yang berpangkalan di USA telah banyak mengeluarkan produk teknologi yang telah merubah sama sekali manusia melihat kemajuan teknologi.Tengok saja kepada pendekatan Open Source dalam OS barangan Apple, lihat saja perubahan dalam penciptaan Ipod dan sudah pasti kegilaan masa kini iaitu iPhone. Apple memang telah terbukti perintis dalam pendekatan teknologi yang menjadi peggerak dunia masa kini. Dulu, dan aku yakin sekarang pun, jika sesiapa yang mempunyai barangan Apple, pasti dia dianggap seorang yang 'up to date' dan mempunyai kelas yang tersendiri. Kenapa? aku berikan dua sebab.
Pertama, barangan Apple memang terbukti lain daripada yang lain dan mempunyai gaya pada kelas yang tersendiri. Senang cakap, teramat unik.Contoh..iPod dan Iphone

Sesiapa yang melihat kepada barangan Apple pasti akan tergoda.Dan sesiapa yang memiliki barangan Apple, pasti bangga.

Sebab kedua..harga yang agak mahal. Sesiapa yang mengetahui mengenai Iphone sebagai contoh, pasti akan berfikir dahulu sebab harganya lebih mahal berbanding hp lain yang mempunyai 'function' yang sama.Sama juga dengan iPod touch.Harganya menjangkau RM500(jika tidak silap).Tapi bagi aku pembelian barangan Apple adalah amat berpatutan kerana harga yang kita bayar amat setimpal dengan barangan tersebut. Macbook sebagai contoh, berharga lebih kurang RM3500. Mahal jika dibandingkan dengan laptop Acer mahupun Intel yang lain tapi aku jarang kedengaran Macbook mengalami kerosakan yang dialami oleh laptop-laptop biasa.
  Kualiti yang ditawarkan oleh setiap produk Apple adalah berbaloi dan tidak rugi sesiapa yang memilikinya.Jadi saranan aku, jika mempunyai duit yang lebih, belilah barangan Apple ini jika anda mahukan kepuasan.Aku sendiri meletakkan iPhone sebagai satu-satunya hp yang aku gilai dan aku akan beli nanti. Buat masa sekarang, masih tiada duit untuk memilikinya.Mac Book pula ? Sekadar idaman. Mungkin aku boleh membelinya bila sudah berkerja nanti.

Dan yang paling baru, Apple telah melancarkan produk iPad. Pada mulanya aku jangkakan harga iPad menjangkau RM3 atau 4 ribu tapi harganya disekitar RM2000. Keistimewaan produk ini, bayangkan laptop anda tiada keyboard, tiada mouse, tiada monitor. Semuanya touch screen.Bayangkan iPhone tetapi dalam versi besar. Sangat praktikal. Sangat bergaya.Tengok lah saiz dan betapa nipis iPad dibawah. Boleh la anda membawa iPad ini ke starbucks dan cuba 'tackle' awek-awek.Pasti orang akan memandang anda yang menggunakan iPad.

Aku rasa hidup aku akan rasa puas jika dapat memiliki semua produk-produk Apple yang diatas tapi malangnya satu pun aku takde.Tak mengapa, aku janji bila aku dah kerja nanti, pasti aku akan memilikinya. Buat masa sekarang, aku tetap gunakan barangan yang aku ada dan aku bersyukur.Mana-mana yang boleh dibaiki aku tetap akan baiki. Malah ramai juga mengomel hp aku yang ketinggalan berbanding orang lain yang sekarang ini sudah memasuki zaman 4g. Hp aku? Tak perlulah aku ceritakan disini. Cukup dengan yang ada. Hp ini amat bermakna kerana pemberian mak aku. Tiada barangan di dunia ini lebih bermakna selain daripada barangan pemberian ibubapa kita.

Sekian.. Assalamualaikum

p/s..Tiket untuk malam ini sudah beli.Malam ini bersorak di dalam Stadium Sultan Muhammad ke 4. Si Kijang akan bertemu Tok Gajah.

2 comments:

  1. aku pun kepingin iPhone..huhu =(

    ReplyDelete
  2. jaa - aku bukan stakat kepingin, angau doh kat iPhone, Ipad n Macbook

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share