Sunday, May 2, 2010

Gempar!!!!!!!

Gempar apa skang nie kat KB? Semalam berita dalam tv dan surat khabar hari ini siar pasal seorang pengawal istana kelantan parah sebab kena tembak. Polis masih siasat lagi penembak misteri tue dan apa motif kejadian.Nie aku amek dari sumber yang sahih nie kat dalam tenet.

Pengawal peribadi pemangku Raja Kelantan ditembak
01/05/2010

KOTA BHARU 1 Mei - Seorang pengawal peribadi kepada pemangku Raja Kelantan, Tengku Mohamad Faris Petra cedera parah ditembak di dada semasa berada di Palekpang pada pukul 12.25 tengah malam tadi.

Beliau kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan pengawal peribadi tersebut adalah pesara tentera yang dilantik secara kontrak dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kota Bharu ke Tumpat.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian tersebut. - Utusan


ish..pengawal peribadi Tengku Faris tue.Adoi laa.Macam-macam karenah kerabat diraja Kelantan nie. Lepas satu hal satu hal lagi. Bukannya apa, malu kat negeri lain. Sudah la Kelantan nie selalu je orang perhatikan.Kes yang dulu pun tak selesai-selesai lagi. Sultan pun ada kes. Tengku Faris pun ada kes. adik dia pun ada kes, Permaisuri pun ada kes. Memang kalau ikut sejarah, kerabat diraja Kelantan nie selalu je ada konflik. Jadi raja pun susah ke?Rakyat jelata nie banyak lagi masalah lain.

Teringat kata-kata Hang Jebat,

Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah.


Akan adakah Hang Jebat zaman sekarang? Harap dapat muncul lah..

4 comments:

  1. teringat crito angel n demon, the shooter, shoot em up, the international, the man in iron mask

    ReplyDelete
  2. bakal menantu nik azizMay 2, 2010, 10:54:00 PM

    beghattt benaaaaaa

    ReplyDelete
  3. roy - hahah.cite penuh twist and komplot yang sesakkan kepala

    ReplyDelete
  4. bakal menantu nik aziz - memang berat sangat doh nie.Kena minta Tuan Guru doa nie bagi sejahtera aman makmur

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share