Monday, May 17, 2010

Gergasi Buruk

Gergasi apa yang aku cakap kan nie? Bukan pasal bola dah nie. Pasal filem. Pasal Shrek.Ye, Shrek akan muncul kembali pada 20 hb nie. Aku rasakan Shrek antara watak kartun dan filem yang memang sesuai kepada semua lapisan umur. Aku dah ikuti Shrek pertama, Shrek kedua dan Shrek ketiga. Dan sekarang tak sabar untuk tengok yang keempat. Tapi 2 filem terawal Shrek bagi aku adalah yang terbaik kerana original, penuh humor, adventure dan banyak nilai diterapkan.
Daripada trailer yang telah ada, semua watak daripada Shrek yang lama masih ada dan akan kembali. Sama-samalah kita menantikan apakah yang akan dilakukan oleh Shrek dan Donkey kali ini.

Bercakap tentang kartun, filem kartun yang boleh dikatakan terbaik dan sangat-sangat berbaloi untuk ditonton oleh semua?

Disini aku senaraikan filem kartun yang bagi aku sangat menghiburkan dan berbaloi untuk ditonton oleh semua.

  1. Ice Age
  2. Shrek
  3. The Simpsons - The movie
  4. Wall E
  5. The Incredibles
  6. Finding Nemo
  7. The Lion King
  8. Kungfu Panda
  9. Ratatouille
  10. The Nightmare before Christmas
  11. Toy Story
  12. A bug's life
  13. Shark tale
p/s nie pandangan aku je.Pandangan anda? yang terbaik aku rasakan aku mahu katakan yang Toy Story. Original, stroyline yang best, suara pelakon popular.

5 comments:

  1. harus kena bawak firdaus nonton shrek..terjah dr blog ben.

    ReplyDelete
  2. atty's - terima kasih singgah..memang kena p tgk tue

    ReplyDelete
  3. nk tgk jgk shrek yg baru....bile ek kuor???

    ReplyDelete
  4. yup2...20 may...nk g tgk...tp msti mhal tiket die...heheheeh....jom naek kl tgk shrek...

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share