Saturday, May 22, 2010

Hari nie

Hari nie adik aku dah pergi KL. Dia masuk Asasi UIA nanti.Semoga Berjaya.

Hari nie Yankees lawan Mets..Pukul 7 pagi sebab tue aku bangun awal walaupun tidur sangat lewat semalam. Lewat mana? 5 pagi.

Hari nie, kawan aku balik KL.Kenapa aku cakap macam tue sebab kawan aku dah jadi follower blog aku.hahaha.berbangga.Kawan-kawan aku semua baik dan aku tersangat sangat sangat terhutang budi dengan diorang.Terima kasih kawan-kawan. Kawan Sekolah. Kawan UTP. Kawan UDM. Kawan UPM. Aku sangat menghargai kawan-kawan. Tanpa kawan siapa lah kita. Sebab tue masa kecik orang suh kita berkawan dengan buku. Baru besar-besar jadi pandai.

Hari nie ada perlawanan penting Liga Juara-Juara Eropah. Inter Milan lawan Bayern Munich. jam? Jam 2 pagi nanti. Pastikan tengok sebab ia akan menjadi satu perlawanan yang sangat menarik. Kalau tak menarik pun ia tetap menarik bagi aku sebab aku peminat Inter Milan. Menang kalah adat permainan. Aku dah sangat gembira bila Inter masuk perlawanan akhir nie.

Hari nie Kelantan melawan Perlis.jam? 845 malam. Tapi aku mungkin tak pergi sebab tiada orang nak jaga rumah. Lagipun adik aku akan duduk sorang-sorang kalau aku pergi. Tak mengapa lah tak pergi pun. Kelantan pasti menang lawan Perlis nanti. Bola, bola jugak tapi keluarga lebih penting kan? Bercakap pasal Kelantan, semalam terjumpa Indra Putra di Hayaki Kopitiam. Kapten Pasukan Kelate.

Sekian saja untuk hari ini. Nak pergi tonton Yankees sambil makan nasi berlauk.

p/s..blog aku dah ada peminat misteri. Yang bernama anonymous. Diharapkan dia bagi la nama dia. Bukan apa, senang nak berkomunikasi lagi.Tapi kalau tak nak bagi pun tak apa. Aku tak kisah nak kata apa pun.Negara demokrasi.

2 comments:

  1. Ape cer hari ni??

    http://ohserius.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. roy - hari nie cerita lepok umoh jah

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share