Thursday, May 6, 2010

Inter..Inter..Inter

Inter telah menang..Yohooo.Menewaskan Roma di dalam stadium Roma sendiri hasil jaringan Diego Milito..Totti pula dilayangkan kad merah pada minit-minit akhir perlawanan. Inter membuktikan mereka adalah pasukan terkuat di Itali. Kini mereka akan cuba merebut dua lagi kejuaraan iaitu Serie A dan Champions League dan pastinya Inter akan mencipta sejarah menjuarai tiga piala.Tahniah kepada Inter.
Aku tidur kejap tadi tapi nasib baik sempat bangun untuk menonton perlawanan ini dan pengorbanan itu sangat berbaloi.

Forza Inter
 p/s.team cap ayam (Tottenham Spurs) mendahului Manchester City dan jika itu kesudahannya, harapan City untuk melangkah dalam Champions League akan terkubur.Sedikit kecewa dengan perlawanan tersebut kerana kurang aksi mendebarkan seperti yang digembar gemburkan sebelum perlawanan.Sekian. Sekarang mahu tidur. Selamat malam.

2 comments:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share