Tuesday, May 11, 2010

Ipod


Aku menyesal tengah hari tadi. Sepatutnya aku lebih bersabar. Aku dengan tak sabarnya terus je membeli kit charger untuk iPod yang berharga dekat RM40. Bila aku naik ke atas, pergi ke kedai satu lagi, kedai itu hanya menawarkan charger usb ipod dengan harga RM35. Aduh laa, kenapa la aku tak survey dulu. Sekarang dah rugi RM5. Mungkin sedikit kan tapi rugi jugak tue. Walau apa pun, aku terpaksa jugak lah berpuas hati dengan apa yang telah dibeli.


Disebabkan aku takde Mac Book, jadi aku terpaksa lah mencari software-software dan install itunes untuk 'sync' dengan iPod tue. Lagi malang, Tmnet kat umah aku guna kabel, kalo tak bleh dah surf kat iPod kalo ada wireless. Tak mengapa lah, boleh guna benda tue kalo pegi mana-mana kedai yang ada wireless pasnie. Sekarang dah berlambak kedai yang menawarkan wireless.

Secara rasminya aku kembali pokai. Kena berusaha keras nie siapkan kerja untuk mendapatkan duit balik.Kena menadah telinga lah lepas nie. Sedang mencongak untuk membeli jersey Argentina untuk Piala Dunia sambil melihat-lihat kain tudung warna cream. Malangnya aku jenis tak reti sangat apa yang paling up to date sekarang. No hal je, tanya je penjual nanti.

Sekian..Goten Nact.

2 comments:

  1. tudung sy kan?kn?kn?kn?hikhkhik...utk hadiah besday ker??awlnyer..

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share