Friday, May 21, 2010

Jujur la

Jujur laa. Aku tujukan khas kepada pemimpin negara. Kenapa? Pasal apa? Pasal ekonomi. Kalau orang kata aku tak pandai sangat bab ekonomi mungkin betul.Aku takde pun ijazah dalam ekonomi atau diploma sekalipun tapi aku tak bodoh. Aku boleh baca. Internet ada lah zaman sekarang. Banyak benda boleh baca. Aku heran laa, kenapa la setiap hari pemimpin negara duk cakap ekonomi kita stabil malah mencatatkan pertumbuhan lagi. Sedangkan dalam berita, negara eropah yang lebih maju pun sedang mengalami kegawatan ekonomi. Kalau tak percaya baca lah kat internet. Jangan baca utusan melayu ataupun berita harian je. Apa motif pemimpin negara nie aku pun tak tau? Ingat bila cakap macam tue orang ramai boleh duduk senang la ek. Rakyat boleh nilai sendiri laa. Gula takde. Graduan masih ramai takde kerja. jangan nak kata sebab graduan tak pandai itu ini laa. Kalau betul ekonomi negara ok, takkan takde kerja lagi kan? Penjawat awam pun tahu kerajaan takde duit sekarang. Sebab tue la sanggup bagi lesen judi. Nak cari duit laa tue. Aku tahu laa sebab parent aku kerja kerajaan dah bertahun. Sekarang kerajaan memang takde duit. Semua kena potong.Elaun perjalanan kena potong. Elaun lebih masa kena potong. Nak mintak bonus? jangan harap laa. Tue baru kerajaan, kalau pihak swasta lagi laa. Malah petronas sendiri pun dah ambik tindakan kurangkan kos dan berhentikan orang. Kalau dulu orang kata kerja petronas selamat. Sekarang dah tak selamat dah. Ada kawan aku kat utp yang dulu kerja petronas pun dah kena berhenti. Jadi apa lagi kebenaran bahawa ekonomi negara tue baik?

Kalau betul ekonomi baik, aku nak orang yang pakar ekonomi bagitau. Bagi statistik. nie duk bagi pemimpin politik je yang duk cerita. Diorang bukan tau sangat. Diorang tahu nak mempolitikkan isu je. Takut rakyat mula marah dengan kerajaan. Sistem kita percaya atau tidak perlu diakui sangat rapuh. Seorang menteri yang tak tau apa diberi jawatan yang tidak sepadan dengan tugas dia. Mula laa kementerian tersebut alami masalah. Belum pun lama dah tukar menteri lain. Pastu polisi menteri yang baru nie pun berubah.Orang bawah pun terpaksa la ikut, Yang jadi mangsa? Rakyat laa. Contoh dalam sukan dan pelajaran. Kementerian yang bagi aku tersohor dan sering alami masalah. Tengok lah berapa banyak program dilancarkan tapi tak sampai 5 tahun, kena berhenti. Buat program lain. Buat dasar lain. Sepatutnya kementerian sebegini dijaga oleh orang yang betul-betul arif dalam bidang nie. Baru dia dapat selidiki apa yang sebetulnya dikehendaki dan yang terbaik oleh rakyat. Sukan, kejap nak naikkan itu. Nak naikkan ini.Last-last tinggal macam tue je.

Aku macam nak tergelak bila baca Shabery Chik main futsal kat putrajaya. Buat gelanggang futsal bukan main banyak. Ia, bagus untuk belia tapi dia tak tau ke, kat putrajaya tue taklah ramai mana belia nak main. Masa tournament baru-baru nie memang la tersangat ramai. Tapi kalau hujung minggu boleh penuh ke 18 gelanggang tue (kalau tak silap aku la). Baiklah duit tue buat untuk sukan lain. Kat pelajaran contohnya. Berapa banyak sekolah yang ada kerosakan?berapa banyak universiti yang tak cukup kemudahan? Berapa banyak buku yang takde? Berapa banyak pelajar tak cukup pinjaman ataupun biasiswa? Baru nie pensyarah aku bagitau pekeliling baru sampai yang semua kos kat universiti kena kurangkan sampaikan nak fotostat kertas untuk pelajar pun dah tak boleh dan lebih teruk lagi kena minta kebenaran dan surat dulu. Untuk ilmu tue. Yang gaji menteri-menteri ribu-ribu tak nak pulak potong? diorang duk jalan kesana kemari naik kereta besar tak nak pula potong? kalau naik kereta besar, mesti minyak pun besar kan. Fikir sendiri laa. Orang biasa nie bertungkus lumus cari duit setiap hari, kerja bagai nak gila, kena potong cukai lagi, potong itu ini tapi diorang boleh pula duk tempat sejuk dalam kereta besar. Janggal ke kalau naik kereta biasa? Tak ada siapa yang nak bunuh menteri-menteri nya.Tak berbaloi. Naik kereta biasa pun sampai jugak ke destinasi.


Dah la. malas lah aku nak tambah lagi. Lagi angin ada lah.Kang tak pasal-pasal kena dakwa bawah ISA pasnie. Kalau aku senyap pasnie paham-paham la key. Tapi tak kot. Diorang banyak lagi kerja lain. Nak amik kisah apa la sangat orang macam aku nie. Orang biase je. Takpe, diorang tak tau kuasa rakyat. Aku mungkin bawa satu undi je tapi satu undi tue yang boleh tentukan masa depan negara.
Sekian..nukilan yang nak kata ringkas pun tak jugak kan. Nukilan sambil tunggu nak makan nasi.hahha.Ich esse

7 comments:

  1. sharinginfoz - harapnya begitulah

    ReplyDelete
  2. well...too much complaints doesnt make any changes....jgn pk bnde -ve je psl org laen...muhasabah diri dl sblm ckp psl org....no body's perfect..people keep saying that but never really wanna believe in it....why dont you be them i mean be in their shoes...then,u'll know n make changes....people keep doing wrong thnigs...arent you???

    p/s?think about it.... =)

    ReplyDelete
  3. anony - well, this is a democratic country rite?People have right to say what is wrong or right.we are free to choose, to speak.Muhasabah diri? dah selalu. At least bila buat tulisan gini dapat jugak orang lain tengok kan? semua orang buat salah. dan sebab buat salah la kita tegur kan.just like you rite?things is spell like that not 'thnigs'..no body is perfect right?

    ReplyDelete
  4. erm..kita tak tau ape jadi...kalu ikutkan pasal ekonomi...malaysia punya ekonomi rasanya ok, cthnya..nilai ringgit kita makin naik compare dgn tmpt negara yg aku tgh duduk skang nih...

    byk bajet yg dicut sebb polisi najib skang.nk menang pilihanraya.byk perbelanjaan dipotong...cthnya dlm bidang pendidikan,dulu semua kursus utk2 cikgu2 dibuat dihotel,skang takde lagi,najib suruh pakai mana2 kemudahan yg ad di sekolah2 atau mana2 jabatan2 kerajaan yg sedia ad.nilai prestasi kakitangan awam yg dilancar najib menunujukkan prestasi tetap sama walaupun pelbagi kursus dibuat utk kakitgn awm,sbb tu,tiada bajet utk itu sekarang.sekolah2 sekarang pun tak dibenarkan amik guru ganti sementara (utk ganti guru yg cuti bersalin) sbb belum add warrant.tp peruntukkan ad,pegawai ppd kena apply for that.

    ape yg kita kena baca,tak tau la mana yg betul mana yg salah..sbb tu ilmu tu penting,ad ilmu,takdelah tertipu.

    nk kata pemimpin yg pakai kete besar2 tu,itu adalah kelebihan diorang,diorang bukan nya lahir2 terus jd pemimpin...diorang of course dr kecik lag berusaha kuat utk mencapai apa yg diorang dpt sekarang.ye la..takkan la pemimping rakyat nk naik kete kancil je...ape pulak kata pemimpin negara luar bl tgk pemimpin kita selekeh je..betul tak?

    welcome to the real world man...dulu time kecik2,mak bapak kita ad.mak bapak suruh belajar rajin..semua org bleh berjaya,tapi tak semua org bulih capai tahap luar biasa...sekarang nk ckp,semua org ad degree,semua org bulih dpt,for sure kompetitif nk dptkan keje.for ur information,engineer kat tempat saya sekarang, diorang hanya mampu jd electrician rumah2 ke rumah sahaja.diorang ad degree.tp diorang bulih buat keje mcm tu.percaya atau tidak,mekanik moto kat sini ad degree,mekanik motor sahaje yg baiki motor2 biasa tu.sbb tu kita kena jd luar biasa so that org akan tgk kita dan pilih kita.

    for overall, i love my country and ill defend it with my life...thx.

    p/s:just to share my thought

    ReplyDelete
  5. anony - well.what you had said is totally right. Well, i had came to real world. I know what is on the street.Anyway thanks for sharing and drop by to this lowly blog. Really appreaciate it. And i also with you. I will defend my religion, country, family and honor with all my life.Any way.Thanks

    ReplyDelete
  6. setiap org pun mmg ad salahnya...pendapat sy,lepas pilihanraya yg akan dtg,semua akan ok balik insyallah.kita sama2 lah berdoa byk2..

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share