Wednesday, May 12, 2010

Kelate dan Europa League

Kelate menang pulak semalam.Kelate menang dengan jaringan 4-1 ke atas Johor. Dari satu sumber yang sahih, Kelantan main dengan penuh bersemangat semalam akibat seri dengan Pahang tempoh hari.Momentum kemenangan ini pasti memberi satu tonik berkesan sebelum berhadapan dengan Terengganu di tempat sendiri Sabtu ini. Gol kelantan semalam adalah daripada Piya, dan Indra Putra.

Gomo Kelate Gomo.

Malam ini, perlawanan akhir Europa League antara Fulham dan Atletico Madrid. Fulham sekali lagi akan menjadi pasukan bukan pilihan.Sejak pertemuan dengan Juventus lagi Fulham menjadi pasukan bukan pilihan dan setiap kali itu lah mereka akan mencapai kemenangan. Jika diatas kertas, sudah pasti Atletico Madrid mempunyai banyak kelebihan dengan barisan bintang seperti Forlan, Simao dan Sergio Aguerro. Tapi jangan diperkecilkan kemampuan anak buah Roy Hugson yang menunjukkan persembahan yang bertenaga sebelum ini. Pada pandangan aku perlawanan ini akan menarik.Aku jangkakan Atletico Madrid akan menang tipis tapi mungkin juga Fulham akan mencipta kejutan dalam pentas perlawanan akhir nanti.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share