Tuesday, May 18, 2010

kepingin versi kedua

Bila aku memandu kereta aku yang banyak berbakti tue di jalan raya kota bharu, aku tak boleh tidak terdetik mahu merasa memiliki kereta lain. Bila tengok kereta-kereta besar melintas di hadapan, terliur la jugak kan. Ye lah, kereta nie aircond pun tak sejuk mane dah, bunyi sana, bunyi sini. Speaker pun dah tak dgr apa-apa dah. mahu la jugak aku nak merasa memandu kereta nie...

honda civic.stylo...selesa pun selesa.laju pun laju.harga pun agak laju jugak lah. tapi masih tak boleh lawan laju kereta nie...
yang ini memang laju laa. harga pun sekali ganda kot dari yang atas tue walaupun dua-dua civic jugak.Yang ini namanya Honda Civic Type R.Tapi kalau kereta impian pasti la kereta nie...
hahaha..nak cakap apa lagi kan? aku rasa lah kan dalam hidup nie takkan dapat la kot aku nak merasa pandu dan miliki kereta nie.Ferrari..nama pun orang dah gerun.Yang ini pun idaman kalbu jugak..
nissan 370z ataupun ada orang panggil fairlady.Kalau bawak kereta nie orang tak tengok memang tak tau nak kata apa lah kan. Confirm seme tengoknya. Harga dia? tak perlu diberitahu la kan..Kereta nie pun apa kurangnya..
memang macho habis laa.Harga kereta nie kat Malaysia boleh beli sebuah rumah banglo dua tingkat dengan tanah-tanah sekali.Kalau ada awek lalu pastue kereta nie lalu, aku rela tengok kereta nie lagi lah walaupun awek tue adalah marion caunter.Memang tak akan mampu la nak beli kereta nie. Lain la aku menang duit 2 juta ke.Tapi kalau yang ini mungkin mampu lagi..
toyota prius..Hybrid car.Baru menjaga alam.harga atas pada civic tapi bawah daripada civic type r tue. Sangat cun. Kereta nie seme memang sangat ekslusif lah kan. Kalau untuk berkeluarga, hanya ini kereta nie aku nak...
muat nak letak banyak barang dan banyak orang. Nak letak depan starbucks pun tersangat boleh dengan kereta nie. Harga pun cantik juga tapi masih mampu kalau berkerja dengan pendapatan 6k sebulan.hahah.keje apa tue?

Tapi kereta yang ini memang tak mampu untuk aku..Siapa yang bawak nie memang akan segera dicop bahawa dia memang kaya sangat-sangat..Aphard. kalau lintas tengah jalan memang akan pandang dua kali lah. Tapi rasanya aku akan miliki kereta nie nanti..

gen 2 cps..jadilah kan. kereta nasional.harga pun ok. Sesuai.berpatutan. Tak membebankan. Kawan aku sorang pakai kereta nie, dia cakap sangat bagus untuk perjalanan jauh.Malah kereta nie lagi laju dari Toyota vios.
Semua tue adalah angan-angan je lah kan.Tapi kalau gen 2 tue maybe mampu miliki lah kot pada masa depan. Buat masa sekarang nie, aku tetap gembira dengan yang ini je..
hahaha..sempat berposing tue.Aku tetap gembira dengan kereta yang aku. Banyak memori nie.belah jalan raya Terengganu. Sekarang membelah jalan raya Serdang pulak. Dah jauh berjalan.Walaupun ada la kerosakan tue tapi tetap sayang.Siapa tak sayang kereta pertama kan? Sangat bersyukur dan berterima kasih kat ibubapa. Aku tahu juga kereta aku tak lah seganas kereta orang lain kan tapi bila aku nak dia, dia boleh je bawak aku p mana-mana. Boleh la lindung dari hujan dan panas. Dan aku sangat bersyukur sangat-sangat sebab sehingga ke hari ini aku tak pernah mengalami kemalangan yang teruk dengan kereta nie. Setakat calar sikit-sikit tue ada lah, tak boleh nak buat apa la kan.
Sekian lah dulu bebelan di petang hari ini pasal kereta. Kalau ikutkan hati banyak lagi kereta yang nak tapi kena lah ukur dengan duit dalam poket kan. Buat apa ada kereta besar tapi duduk rumah setinggan dan membujang. Baik ada kereta kecil tapi rumah besar, bini sorang, anak ramai. yang itu lagi molek..
Danke Schon..

3 comments:

  1. urm aku ase Harrier pun ok dah.4x4 yg mmpu milik.hehe..Harrier sgt smart n best ok! hrga pun berpadanan.
    +_-
    Sang Merah sgt byk berjasa! if mu nk tuk0r kete xy0h jual r Sang Merah, simpan utk anak2 mu pki time depa blaj0 kekg yep.hehe. =)

    ReplyDelete
  2. jaa- anak2 aku? aku tok tahu la sang merah tue boleh gerak lagi ko dop mase tue. Takpe2 aku jaga molek.banyak duit dah kerja nanti aku tukar je enjin sang merah tue. ehheeh.

    ReplyDelete
  3. sang merah jugak bnyk berjasa untuk aku..... jasamu akan ku kenang.. =)

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share