Monday, May 17, 2010

Kepingin

Laptop acer aku dah berusia dah. Keyboard pakai external.Mouse pun meragam, sekali jatuh sehari tak gerak.Kena cari mouse yang tahan lasak sikit nie. bateri laptop pun bertahan 10 minit je. Laptop tue dah macam desktop pulak cuma kecik je. Storage pun cikai je. Sekali tengok muvie terus kena delete.Cuma siri how i met your mother je aku tak delete. Sayang ooo.Lima season ada. Duk cari siri friends. hmm, kena beli external nie baru best sket.

Laptop tue sebenarnya yang adik aku punya. Bila desktop aku yang dibeli tahun 2002 menghembuskan nafas terakhirnya akhir tahun 2006, tahun 2007 adik aku bagi la kat aku laptop dia. Bukannya apa susah takde laptop nak buat kerja. Nak menaip terutamanya. Adik aku pula masa tue boleh pulak dia p beli laptop lenovo yang lagi canggih. Malah adik aku yang satu lagi pun pakai laptop compaq. Aku je pakai acer lagi yang dah berkarat dan berhabuk tue.Tapi aku setia je guna. Nak kata jaga bebaik pun tak jugak, penuh habuk tapi aku masih jaga agar dia tak hang sebab dah takde laptop lain nak buat kerja.

Nak beli laptop lain duit pulak takde. Kalau ikutkan hati mau je jual laptop sekarang tapi bila aku tanya kat low yat laptop orang bleh amek dalam 400 je. Tak berbaloi la gitu nak jual. Pakai je lah selagi boleh. Kan best ada laptop baru. Boleh jugak aku bawak laptop aku surf kat kopitiam ke.Nie laptop aku modem dan wireless port pun dah rosak.Kalau nak online boleh pakai kabel je. Teringin jugak nak beli laptop baru. Yang ini ke...
compaq pun ok lah. Cantik jugak kan. Harga pun tak tinggi mana.Dapat yang nie pun ok jugak...
kalau yang nie memang stylo habis laa.Siapa tak kenal laptop nie boleh angkat tangan dan googling ye. harga laptop agak mahal la sket berbanding yang lain tapi memang akan puas hati la. Tapi kalau aku dapat yang ini...
Fuhhh..yang ini memang tak leh nak cakap la.Memang khas untuk gamers. Specifications dia memang takde laptop boleh lawan laa. Harga pun memang takleh nak lawan laa.Tapi masalahnya aku bukannya kaki gamerz pun.Main FM je pun selalunya.Kalau setakat nak main FM dan nak menaip kerja sekolah tue aku rasa yang ini pun dah ok...
Lenovo pun jenama yang tersohor jugak.Boleh laa.Aku dapat feedback dari salesman kat low yat, laptop nie tersangat ok lah berbanding acer dan compaq.harga pun munasabah laa.Tapi kalau sejujurnya, idaman aku pasti lah yang ini...
Jenama buah epal nie memang semua tahu la kan. Kalau dapat yang ini memang akan sangat berbangga lah. Baru la boleh duk lepak surfing kat starbuck tanpa segan silu biar duk lepak tue order minuman paling murah pun asal dapat tunjuk pakai macbook. Tapi masalahnya , menatang nie harga dia mahal dan bagi orang yang tak biasa dengan sistem operasi dia agak kelam kabut laa skit awal-awal tapi aku letak menatang nie tingkat teratas sekali antara laptop-laptop yang ada di pasaran.Aku baru dapat tau jugak yang ini..













akan dilancarkan tak lama lagi di Malaysia dan dijangkakan harga di bawah 2 ribu. Kalau betul la macam tue memang munasabah tue dan boleh dibeli. Ini namanya iPad dan sangat stylo. Tengok lah gambar tue.Fuhh..kalau dapat yang ini pun memang akan melompat la aku.Sebenarnya aku jika diberi pilihan dan wang yang secukupnya aku hanya mahukan yang ini...
ya..desktop je..Kenapa?Sebab desktop harga dia lagi murah dan boleh ditambah-tambah.Dengan harga bawah 2 k, aku rasa dah dapat desktop yang cukup power lebih daripada laptop yang harga 3 k. Lebih laju, lebih besar storage dia. Tapi ia lah kan, desktop susah la nak bawa ke mana ke mari.Mak aku dah berbunyi nak belikan yang ini kat adik aku yang baru nak masuk u tue...
netbook nama dia.kecil,mudah, ringkas dan murah.Tapi aku tak berapa suka yang ini sebab terlalu kecil, tak best nak menaip nanti.Yelah tangan besar.Untuk orang perempuan memang sesuai la kot kan.

Apa-apa pun, adik-adik aku semua dah dapat dan akan dapat laptop yang baru.Aku jugak lah guna laptop lama.Takpe, seorang abang kena berkorban untuk adik-adik dia. Lagipun aku dah dapat kete sang merah tue. Walaupun kete tue tak laju, tak cantik, tak sejuk sangat aircond dia, tapi kete tue tetap jadi peneman setia dan sangat berjasa.Kalau ada laptop tapi kene naik moto pun takde gunanya jugak kan. At least aku ada laptop jugak. Kena bersyukur dengan apa yang ada. Susah-susah nanti aku kumpul duit beli iphone je senang. Iphone dah tersangat bagus sebab macam-macam fungsi boleh guna.Apa yang aku melalut nie, dari laptop sampai ke iphone terus. Takpe, bab iphone tue tangguh dulu. Aku akan pastikan iphone menjadi menjadi hp aku suatu hari nanti.

Sekian bebelan tengah malam..Goten nact..ich schlafen auch.

4 comments:

  1. beli blako arr lptp tuh...lg stylo..hahaah

    ReplyDelete
  2. syukur jelah dgn ape yg ade..
    dpt kete,laptop..bkn senang..
    ssh2 mak ayah keje siang mlm..
    tu je yg dorang mampu..
    lain la anak org kaya..
    dah keje nnti beli la nk bli ape pun..
    bandingkn dgn org yg lg ssh dr kte jgn tgk org yg ley dpt sume dgn sekelip mata..
    kalau xpuas hati, carik keje part time dgn kete merah tu, merantau serdang carik duit,kmpul duit bole la beli macbook dgn hasil titik peluh sendiri.

    ReplyDelete
  3. ainul - hahaha.buat koleksi ke apa beli seme

    ReplyDelete
  4. anonymous - betul dah tue.aku sentiasa sedar siapa diri aku, dari mana aku datang.sentiasa bersyukur dan tak pernah nak memaksa orang tua ikuti kehendak aku. Aku tau aku masih belajar.Sekadar terfikir je.Mak aku sentiasa pesan supaya sentiasa tgk orang dibawah.

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share