Saturday, May 15, 2010

Matahari terbit


Negara matahari terbit..Negara apa? Sudah pasti lah Jepun. Jepun terkenal kerana kerajinan orang nya serta kecanggihan teknologi. Dan sekarang sempena edisi Piala Thomas yang berlangsung di stadium putra, Jepun telah membuktikan mereka mampu menyaingi kuasa badminton yang lain. Jepun dalam peringkat kumpulan telah berjaya mengalahkan Malaysia yang dilihat lebih kuat daripadanya. Dan pada separuh akhir Piala Thomas yang semalam, Jepun tunduk kepada Indonesia yang merupakan negara badminton dimana Indonesia telah berjaya masuk dalam final Piala Thomas sebanyak 17 kali, lebih daripada mana-mana negara sekalipun. Meskipun tewas kepada Indonesia, ini merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan kepada negara Jepun kerana mereka bukanlah negara yang mementingkan badminton. Mungkin selepas nie, negara Jepun boleh bangkit dan terus mendaki mencabar kuasa badminton yang lain seperti China, Indonesia dan Malaysia.

Bagi Malaysia pula, memang negara kita terkenal dengan badminton tapi pasukan negara kita dahaga pencapaian di peringkat antarabangsa. Datuk Lee Choong Wei terbukti seorang pemain hebat dengan memegang ranking pertama dunia tapi pemain perseorangan yang lain masih jauh ketinggalan. Sama juga dengan pemain beregu. Malaysia memerlukan pasangan beregu yang handal untuk sama-sama membantu regu utama negara Koo dan Tan. Wong Choong Han sudah tua dan Hafiz juga masih bergelut dengan pencapaian konsisten. Amat rugi bagi negara kita untuk hanya mengharapkan Choong Wei mencapai kejayaan di pentas dunia. Malaysia memerlukan pemain perseorangan yang lebih handal sekurang-kurangnya sentiasa konsisten dalam tangga 5 ranking teratas dunia.

Jika kita lihat China, pemain perseorangan mereka amat handal dengan Lin Dan, Chen Jin dan Bao Chun lai yang sentiasa berada dalam ranking teratas dunia. Dengan memperkemaskan pemain perseorangan negara, Malaysia pasti dapat mencapai lebih banyak kejayaan secara berpasukan dalam mana-mana pertandingan badminton antarabangsa.

Hidupkan kembali semangat Malaysia boleh.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share