Tuesday, May 25, 2010

New Castle

Kota Bharu. Kota kelahiran aku dan kota kebanggaan aku. Kota Bharu adalah ibu negeri bagi negeri Kelantan dan aku jamin sesiapa yang datang ke Kelantan, mesti tidak akan lepas peluang singgah ke sini. Kota Bharu sebenarnya dah banyak berubah. Dalam masa 10 tahun saja macam-macam dah berubah. Dalam masa 10 tahun sejak aku tinggalkan sekolah (aku f5 tahun 2001, kira 10 tahun la tue kan.heheh), memang sangat banyak yang berubah di Kota Bharu nie.Ia, kat sini takde pun TGV ke, GSC ke tapi tetap meriah. Kenapa? Rakyat Kota Bharu ramai, rakyat Kelantan secara amnya ramai. Kalau musim cuti sekolah contohnya, bertambah la ramai pelancong datang sini.Hotel-hotel pun banyak kat KB nie. Dulu time aku sekolah, Perdana Hotel boleh dikatakan hotel terkenal la tapi sekarang dah banyak hotel lain. Renaissance (masa aku sekolah menengah dia bukak), New Pacific,River View dan  Sutera Inn . Kalau datang KB nie tak perlu risau la bab penginapan. Siapkan duit je. Nak hotel yang macam mana, cakap je.

Tapi perubahan yang paling dirasai, bagi aku la kan, banyaknya terdiri pusat membeli belah. Kalau dulu, orang Kb nie pergi Pantai Timur atau The Store. Lagi dulu ada parkson berhampiran Tambatan Diraja sana, dekat bangunan PKNIK tapi dah tutup. Pernah satu ketika ada tak silap aku 3 The Store kat KB nie. tak tau nak pergi mane satu. Sekarang nie Pantai Timur dan The Store masih ada tapi mungkin tak sepopular dulu. Sekarang nie dah ada KB Mall, kat sini la tarikan terbaru penduduk kelate.Macam-macam ada kat sini,bowling, snooker, tingkat atas bahagian komputer. Kira sekarang kalau nak lepak mana-mana confirm kawan-kawan aku akan ajak ke sini. Aku suka lepak kat stadium je.Kat sini lah jugak berlaku kejadian yang tarik perhatian ramai orang.Kes kereta rempuh dinding tingkat atas dah jatuh ke dalam bahagian dalam KB Mall.
pastue ada Bilion, nama orang kb panggi padahal nama dia kota sri mutiara.Hotel Renaissance pun ada kat sini. Bersebelahan Bilion nie. Dulu aku ingat selalu jugak datang sini. Sebab kat tingkat atas nie ada food court n kat bawah dia tempat orang main snuker.Sekarang nie tempat snooker dah tutup, diganti dengan tempat bowling pulak.
kemudian Tesco yang dibukak tahun lepas
Tesco nie bila bukak betul-betul mengubah rupa bentuk delta sungai kelantan. Dulu aku ingat time lalu Jambatan Sultan Yahya Petra, kat bawah jambatan tue memang kosong lah, ada orang duk tanam sayuran je tapi sekarang, sejak ada Tesco, penuh deretan kedai dibina. kat belakang Tesco nie jugak perhentian bas Jalan Hamzah dibina buat sementara waktu. Sebab Jalan Hamzah tengah diubahsuai. Kerajaan nak bina Jambatan lain bagi menampung kesesakan yang selalu terjadi di jambatan Sultan Yahya tue yang menghubungkan KB dengan Wakaf Bharu dan akan dibina satu terminal bas yang bersepadu di belakang KB Mall tue.

Pastu yang terbaru di bukak tahun nie  adalah ini,(bukan KT je ada Mydin Mall dan Giants)


 dua pusat membeli belah nie benar dah ubah rupa bentuk KB. Mydin Mall tue dibukak di Kubang Kerian berhadapan dengan HUSM. Kubang Kerian memang betul dah mengalami transformasi. Dah banyak deretan kedai di bukak, bertambah sibuk. Giants nie pula dibukak di tengah-tengah bandar KB, bersebelahan pasar besar Siti Khadijah. Dulu tapak Giants nie adalah tempat parking.Dan disebabkan Giants nie bukak, kat tengah-tengah bandar KB nie semua jalan dah diubah. Semua jalan sehala je. Lagi senang, nak kurangkan kesesakan. Awal-awal dulu kekok jugak aku bila lalu jalan kat situ sebab dah terbiasa dengan yang lama. Bercakap dengan Mydin, dulu dah ada Mydin tapi bukan yang mall, tapi masa aku F5 Mydin tue terbakar dan dibina Mydin bersebelahan dengan Pantai Timur. Kira area tengah bandar KB tue memang sangat padat sebab ada pasar besar, ada bazaar buluh kubu yang selalu jadi tempat pelancong datang beli belah, ada The Store, Pantai Timur masih ada dan sekarang Giants pula dibukak.

Aku rasakan, KB nie memang rakyat cukup ramai. Walaupun dah banyak mall-mall nie dibukak, tapi masih jugak ramai orang pergi. Tak faham? macam nie, walaupun kb mall ada, pantai timur tetap jugak ramai orang. Tesco pun macam tue, Billion pun macam tue. Kalau tak faham jugak aku tak tahu la kan. Dan perubahan di KB ini berlaku dalam pemerintahan PAS. Kalau BN ada aku tak tahu lah dan aku takut. Sebab mungkin akan ada kelab-kelab tauke Cina bukak. Harap jauh la. Aku tak nak KB jadi macam tue. Macam sekarang pun dah tersangat ok. Sangat maju dan setanding bandar besar lain dalam negara kita.

Sekian. Nak pergi cari makan pagi.hehe.Schon.

Kawe Suko KB

4 comments:

  1. hahahahahaha...aku suka,sokong post mg kali nie..oyeah!!!hidup kelate!!!

    ReplyDelete
  2. terengganu bnyk jugok mall tp xsetopok satu tempat. aha

    ReplyDelete
  3. anis - hidup kelate!!!hahahah

    ReplyDelete
  4. roy - ganu jauh2.susoh ko ore jah.

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share