Friday, May 21, 2010

Pagi-pagi tengok tv

Kenapa aku suka bangun pagi sekarang.Terutamanya hujung minggu? Sebab banyak game boleh tengok.

Satu, NBA sekarang menghampiri kemuncak.Sekarang dah conference finals. Kalau diterjemahkan ibarat separuh akhir laa. Boston Celtics dan La Lakers dilihat mendahului dan akan bertemu masing-masing jika mengekalkan rentak kemenangan sekarang ini pada perlawanan final bermula 4 June nanti. Dua pasukan ini merupakan pasukan bola keranjang yang paling berjaya di Amerika dengan Boston mengumpul sebanyak 18 kejuaraan dan La Lakers 16.

Pagi-pagi juga sekarang nie ada tersiar MLB iaitu baseball. Yankees yang merupakan juara musim lepas dilihat mengalami kemerosotan akibat kecederaan pemain-pemainnya dan ketinggalan kepada Tampa Bay Rays. Red Sox juga mengalami kemerosotan. Tapi masih terlalu awal untuk menilai pasukan masing-masing. Bulan Oktober nanti baru kita tahu bagaimana pasukan-pasukan ini bersaing dalam playoff dan jika bernasib baik world series.

Kenapa pagi ye? Sebab utama waktu negara kita tak sama dengan waktu di USA tapi kira ok la sebab kalau malam sangat nanti takut mengantuk nak tengok. Bila pagi segar sikit nak tengok. Kadang-kadang tue ada jugak lah tertidur depan tv kan tapi kurang-kurangnya terisi juga waktu pagi aku. Sekarang nie musim bola dah habis jadi tak tahu nak tengok apa dah malam-malam. Mengharapkan liga tempatan je lah. Tak sabar nak tunggu Piala Dunia bulan Jun nanti. Bolehla menjadi kelawar balik.

Esok ada satu lagi perlawanan bola sepak. Perlawanan kemuncak. Final Champions League. Inter lawan Bayern. Mourinho vs Van Gaal. Robben vs Sneider.. Olic vs Milito. Butt vs Cesar.. Buyten vs Samuel. Fuhh..dah mula rasa berdebar. Sebagai peminat Inter aku rasa gembira dapat masuk finals nie dan mengharap sangat-sangat inter akan menang. Tapi kalah dan menang adat pertandingan. Jika kalah pun Inter boleh berbangga sebab musim ini laluan Inter susah tapi masih berjaya mengharunginya.  Sebagai peminat inter aku bayangkan Inter menang dalam masa sebenar. Gol dari Milito dan Sneider. Tapi sebagai peminat bola sepak secara keseluruhannya kerana aku juga tahu liga jerman, dan selalu tengok bayern beraksi, inter dan bayern akan menentukan perlawanan dengan sepakan penalti.Apa-apa pun masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Sama kuat.

Forza Inter

4 comments:

  1. hopefully Zanetti dpt b'main dgn baik+cun pada final liga juara-juara 6t..eh,bile erk?esok od..huhu..all da besh!

    g0 Bayern Munich! haha

    ReplyDelete
  2. sedap jugok tgk bola. nok tgk bola tek arrrr

    http://ohserius.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. jaa - esok laa. kul 2 pagi esok.cehh.sokong bayern tuh

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share