Monday, May 10, 2010

Penghujung musim bola sepak Eropah

Yaa.Sekarang kita sudah memasuki pertengahan bulan Mei dan musim bola sepak Eropah juga sudah sampai ke penghujungnya. Meskipun begitu, aku rasakan tahun ini merupakan tahun yang sangat bagus kepada peminat kerana 4 liga utama Eropah memberikan saingan yang cukup sengit dan ini sememangnya memberikan kepuasan kepada peminat bola sepak secara amnya.

Di Itali, Inter masih mendahului AS Roma dengan kelebihan 2 mata dan minggu depan adalah perlawanan terakhir bagi Serie A. Inter hanya memerlukan seri dengan Siena untuk mengesahkan kejuaraan. Inter sedang memburu 2 lagi trofi untuk mencipta sejarah merangkul tiga trofi utama dalam satu musim. Inter akan merangkul kejuaraan kali 18 untuk serie A dan kali kelima berturut-turut.

Di England, Chelsea akhirnya menjuarai kejuaraan liga daripada Manchester United. Chelsea membelasah Wigan semalam dan yang lebih manis, Drogba berjaya membolot anugerah kasut emas daripada Rooney setelah menjaringkan hatrik semalam. Manchester United pula meskipun menang melawan Stoke semalam tapi tidak mampu memintas kelebihan satu mata yang dimiliki Chelsea. Totenham pula tidak berjaya memintas Arsenal di tempat ketiga.Namun begitu mereka pasti puas kerana berpeluang menjejaki kaki dalam arena Champions League musim depan.

Di Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid masih bertarung dengan hanya tinggal satu perlawanan sahaja lagi. Messi sudah pasti akan merangkul anugerah kasut emas kerana sehingga kini dia telah menjaringkan sebanyak 32 gol. Pencabar terdekat Messi adalah higuan dengan 28 gol dan di ikuti dengan Cristiano Ronaldo 26. Barcelona akan mengesahkan kejuaraan liga milik mereka jika mereka mencapai kemenangan minggu depan. Jarak perbezaan mata antara tempat kedua dan ketiga tersangat jauh. Valencia sudah mengesahkan tempat mereka dalam arena Champions League musim depan.


Di Jerman, Bayern Munich telah memenangi liga pada minggu lepas setelah pencabar terdekat mereka Schalke tewas. Anak buah Van Gaal kini pasti sedang bersiap sedia untuk perlawanan akhir Champions League pada 22 May nanti. Saingan perebutan takhta liga Jerman amat menarik kerana pada pertengahan musim (Disember dan Januari) terdapat 3,4 pasukan yang berpeluang merangkulnya tapi pada penghujung musim (sebulan sebelum ini) Bayern Munich mula menjarakkan diri di tangga teratas liga.

Baiklah..tahniah kepada semua pemenang.Kepada pasukan yang kalah pasti akan mencongak strategi memikat pemain-pemain dalam sesi perpindahan bulan Julai nanti. Apa-apa pun sebagai peminat bola sepak, aku boleh katakan sangat berbaloi dan puas pada musim ini. Sekarang akan menumpukan perhatian kepada perlawanan akhir Champion League dan Piala Dunia nanti di Afrika Selatan.

p/s..Internet di rumah sudah boleh. Lega..

2 comments:

  1. dah agak dah...bola jerrr..

    ReplyDelete
  2. cendana - hehe.mesti

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share