Wednesday, May 26, 2010

Preview Piala Dunia Afrika Selatan - bhgn 1


Part pertama nie aku nak cerita benda yang paling penting dalam Piala Dunia. Piala? Bukan. Tentula bola kan. Kalau tak ada bola macam mana nak main bola sepak. Nama pun dah disebut bola sepak. Permainan yang menyepak bola. Ok.terus kepada agenda utama. Temasya Piala Dunia di Afrika Selatan kali ini akan menggunakan bola sepak bernama Jabulani. Aku pun tak tau apa maksud jabulani tue dalam bahasa afrika tapi mengikut wikipedia, "Jabulani is a Zulu (one of the 11 official languages there) word meaning “to celebrate.”. 


Jadi lebih kurang orang afrika nie nak meraikan la kejohanan piala dunia yang akan berlangsung nanti di benua mereka. Bagi pendapat aku, FIFA memang sangat betul dalam memberikan hak menganjurkan piala dunia nie kepada benua afrika.Sebabnya, kejohanan Piala Dunia satu kejohanan yang besar yang menghimpunkan berjuta-juta peminat bola sepak. Benua Afrika patut merasai jugak kehebatan dan faedah daripada kejohanan Piala Dunia nie. Dengan penganjuran Piala Dunia di Afrika, sekurang-kurangnya dunia dapat melihat dengan lebih dekat benua afrika secara am dan afrika selatan secara khusus. Sebelum ini aku sendiri hanya tau afrika dengan beberapa nama je. Contohnya, orang afrika seperti eto, drogba, filem tears of the sun yang tunjuk perang saudara, filem blood diamond yang tunjuk kedaifan orang afrika. nelson mandela yang memperjuangkan pemansuhan dasar apartheid dan filem District 9, pasal makhluk asing hidup setinggan kat bandar utama Afrika Selatan. 
Ok lah filem district 9 tue dah terpesong la kan. tapi apa yang aku maksudkan disini, dunia masih kabur tentang benua afrika. Dengan Piala Dunia nanti, benua afrika boleh menunjukkan kepada dunia, kekayaan budaya mereka dan memberitahu dunia bahawa dunia mereka lebih hebat daripada yang dikhabarkan sebelum ini. 


Tapi dalam aku menyokong penganjuran di sana, aku bimbang jugak. Bukan apa, benua afrika nie banyak binatang. Kang banyak je gajah mati sebab orang duk tembak nak cari gading buat beli tiket bola nanti. Harapnya tak begitu la kan. 


Jadi apa yang boleh aku simpulkan dengan apa yang aku cakapkan diatas dengan bola yang aku tunjuk awal-awal tue? Nama dia. Jabulani.Makna -meraikan.Jadi benua afrika sudah bersedia untuk meraikan kedatangan piala dunia ke benua mereka. Kita pun bolehlah sama-sama meraikan temasya ke 19 piala dunia tue nanti yang akan berlangsung di Afrika Selatan bermula 11 jun sehingga 11 julai nanti.


p/s..tengah berdoa agar FIFA tergerak hati nak berikan hak penganjuran Piala Dunia kat Asia tenggara.Tak dapat kat Malaysia, dapat kat Singapura atau Thailand atau Indonesia pun jadi. Dekat.Boleh pergi rasa.Dan pasti Malaysia dapat masuk piala dunia masa tue. Harapnya masa Malaysia dapat masuk Piala Dunia tue, aku masih hidup la kan. Nanti boleh kita bagi nama kat adidas, suruh diorang letak nama "Boleh!" kat bola rasmi piala dunia nanti. Catchy ke nama "boleh"?

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share