Thursday, May 27, 2010

Preview Piala Dunia Afrika Selatan - bhgn 5

Sekarang kita pergi pula kepada kumpulan D.Kumpulan D terdiri daripada


  1. Jerman
  2. Australia
  3. Serbia
  4. Ghana

Pasukan yang mendapat tempat ke 3 dalam edisi Piala Dunia 4 tahun lepas dibawah kendalian Klinsmann. Jerman merupakan nama yang tidak asing lagi dalam Piala Dunia. Kali ini, mereka berazam untuk melangkah lebih jauh daripada 4 tahun lepas dan memenangi tofi Piala Dunia yang kali terakhir dimenangi mereka pada tahun 1990. Malangnya ketua pasukan mereka, Ballack tidak dapat beraksi kali ini kerana kecederaan namun mereka masih mempunyai ramai pemain yang berkaliber. Bastian Schweisteger yang menjadi nadi kepada Bayern Munich dilihat akan mengetuai barisan tengah Jerman. 


Pendatang baru dalam Piala Dunia. Pasukan ini menggunakan tiket Asia untuk melangkah dalam edisi kali ini. Pasukan ini mempunyai nama-nama yang agak besar dalam liga EPL seperti Tim Cahill yang merupakan nadi kepada Everton. Jika diberi peluang, pasukan ini mampu mengorak langkah jauh dalam edisi Piala Dunia nanti. Kekuatan mereka terletak di bahagian tengah.




Negara yang banyak mengalami perubahan politik dan turut menjejaskan sukan bola sepak. Serbia dulu dikenali Yugoslavia tapi kini dah berpecah kepada Bosnia, Serbia dan Montenegro. Meskipun begitu, Serbia masih lagi kuat dalam menyahut cabaran di pentas Piala Dunia kali ini. Dejan Stankovic yang mengharungi musim gemilang bersama Inter dan Nicola Zigic, penyerang tinggi lampai dilihat mampu mengganggu gugat mana-mana pertahanan. Kekuatan pasukan ini sudah pasti pada jentera pertahanan dan tengah namun mereka  juga dilihat kurang pengalaman jika bertembung dengan pasukan handalan lain.


Salah sebuah negara Afrika yang meningkat mendadak beberapa tahun ini.Pemain Ghana seperti Essien yang beraksi untuk Chelsea memang terbukti seorang pemain tengah yang amat baik dan Stephen Appiah yang kini bersama Fenerbahce juga mampu mengemudi barisan tengah mereka. Ghana sama seperti pasukan afrika yang lain mengharapkan kepada bentuk fizikal dan stamina mereka dalam mengharungi Piala Dunia di Afrika Selatan nanti. Mereka juga mengharapkan sokongan padu rakyat mereka dan rakyat Afrika secara am nanti. Pasukan ini perlu di ambil perhatian oleh pencabar kumpulan ini.

Ramalan - Jerman dilihat mempunyai peluang ke peringkat seterusnya. Tapi bagi tempat naib juara kumpulan, saingan kuat bagi ketiga-tiga pasukan tersebut.Masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Nasib saja akan memisahkan Australia, Serbia dan Ghana nanti. Aku ramalkan Ghana akan melangkah mengiringi Jerman ke pusingan kedua nanti.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share