Thursday, May 27, 2010

Preview Piala Dunia Afrika Selatan - bhgn 2

Pagi nie aku nak cakap pasal kumpulan A dulu. Kumpulan nie terdiri daripada

  1. Perancis
  2. Mexico
  3. Afrika Selatan
  4. Uruguay

Perancis hadir ke piala dunia kali nie selaku pasukan yang kalah dalam perlawanan final 4 tahun lepas kepada Itali. Siapa boleh lupakan perlawanan tue kan dimana kejadian menanduk zidane dan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Itali. Dilihat pasukan perancis mengalami penurunan beberapa tahun kebelakangan ini dan mereka hanya layak memasuki Piala Dunia setelah mengharungi playoff dengan Ireland dan diselamatkan dengan 'tangan' berbisa Henry. Perancis juga telah menamakan Blanc sebagai jurulatih baru pasukan bola Perancis selepas Piala Dunia dan ini pasti memberi tekanan kepada Domenech. Domenech banyak dikritik akibat persembahan yang tidak konsisten dan tidak mencapai kemenangan yang diharapkan. Apa pun, perancis masih mempunyai kekuatan yang tersendiri. Mereka terdiri daripada nama-nama yang cukup besar dalam bola sepak eropah. Kekuatan mereka aku rasakan terletak di bahagian penjaga gol dan tengah. Hugo Lloris yang bermain untuk Lyon adalah seorang penjaga gol yang sangat bagus dan meningkat naik sekarang. Ribery, Gourcuff pasti mampu membantu jentera serangan perancis yang dilihat akan menurunkan Anelka dan Henry. Sayangnya Benzema tidak dipilih untuk ke Piala Dunia kali ini akibat persembahan kurang memberangsangkan bersama Real Madrid.


Mexico pula hadir atas tiket pasukan daripada Amerika Tengah. Pasukan ini saban tahun membuktikan mereka mempunyai kelas yang tersendiri. Aku suka melihat pasukan ini beraksi. Walaupun dalam 2 perlawanan persahabatan baru-baru nie mereka kalah kepada England dan Belanda tapi mereka tidak seharusnya dipandang rendah. Mereka mempunyai cukup pengalaman untuk beraksi di pentas dunia. Corak permainan laju,pantas dan berkemahiran menjadi pertaruhan mereka. Pemain seperti Vela,Rafael Marquez  yang bermain di Eropah dilihat akan mengemudi pasukan ini di Piala Dunia nanti.


Afrika Selatan hadir ke Piala Dunia kali nie atas tiket selaku tuan rumah. Meskipun begitu, mereka tidak mahu hanya menjadi pelengkap jadual. Mereka juga ingin memberi tentangan dalam kejohanan ini dan mahu melangkah jauh. Dengan Carlos Alberto Pareira, jurulatih Brazil yang pernah memenangi Piala Dunia, Afrika Selatan bercita-cita tinggi. Mengharapkan sokongan padu penyokong mereka di tanah air sendiri, pasukan ini dilihat mempunyai peluang namun mungkin pengalaman akan membantutkan hasrat mereka. Pienaar, pemain yang beraksi cemerlang dengan Everton musim ini dilihat antara pemain yang akan menjadi nadi pasukan ini nanti.

Uruguay, pasukan yang terakhir melayakkan diri ke kejohanan Piala Dunia kali ini setelah mencapai kemenangan dalam perlawanan playoff menentang costa rica.Sebenarnya pasukan ini memiliki ramai pemain berkualiti yang bermain bersama kelab-kelab besar di Eropah namun secara berpasukannya mereka masih kurang pengalaman dan kurang keyakinan diri. Mereka perlu melakukan sesuatu yang unik untuk menjadi satu pemangkin melangkah jauh dalam kejohanan ini nanti. Langkah pertama yang mereka harus buat adalah menewaskan Mexico dan Afrika Selatan dalam kumpulan ini untuk melangkah ke pusingan kedua. Jentera serangan Uruguay sudah pasti diketuai Diego Forlan,pemain yang sangat berbahaya dalam kotak penalti dan menikmati musim yang indah bersama Atletico Madrid musim ini yang memenangi Piala UEFA dan memasuki perlawanan akhir Piala Sepanyol.

Ramalan ; Perancis dan Mexico dilihat terlalu kuat untuk Uruguay dan Afrika Selatan. Namun begitu semangat tuan rumah tidak boleh menidakkan keyakinan Afrika Selatan yang bermain di laman sendiri. Aku ramalkan Perancis akan menjadi juara kumpulan dengan Mexico mengiringi mereka.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share