Sunday, May 30, 2010

Preview Piala Dunia Afrika Selatan - bhgn 7

Tak tau nak tulis apa hari nie.Cuaca petang nie pun panas gile. Baru lepas makan goreng pisang.hahah.Hati gembira di waktu pagi sebab Lakers menang dan akan masuk final bertemu musuh ketat, Boston Celtics. Apa-apa pun jom layan preview group F pulak untuk Piala Dunia yang terdiri daripada


  1. Itali
  2. New Zealand
  3. Paraguay
  4. Slovakia


Juara bertahan. Itali memenangi Piala Dunia pada tahun 2006 selepas menang melawan Perancis melalui sepakan penalti. Perlawanan tersebut amat diingati kerana inciden Zidane menanduk Materazzi dan dilayangkan kad merah. Pengurus Itali, Lippi yang menggantikan Donadoni berharap untuk menjadi satu-satunya negara yang mempertahankan kejuaraan Piala Dunia. Skuad Itali sekarang mengalami transformasi dengan sebahagian besar pemain yang beraksi pada 4 tahun lepas sudah tidak ada dalam skuad ke Afrika Selatan nanti. Tidak ramai meletakkan harapan tinggi kepada pasukan ini tapi jika diberi peluang dan sedikit nasib, Itali mampu menjulang piala sekali lagi. Kekuatan Itali seperti biasa terletak kepada pertahanan dan penyerang. Buffon masih beraksi tapi Totti sudah bersara. Toni juga tiada. Mengharapakan Di Natale, Gilardino dan Pazzini mengemudi bahagian serangan.


Wakil dari Oceania.Pasukan ini akhirnya berjaya memasuki Piala Dunia setelah beberapa kali tewas di perlawanan playoff. Ini sudah merupakan satu kejayaan buat negara yang lebih terkenal dengan pasukan ragbinya. Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai pasukan ini. Rata-rata pemainnya bermain untuk liga tempatan dan hanya ada segelintir beraksi liga England.

Slovakia.Satu lagi negara kerdil eropah yang berjaya menjejakkan kaki ke Afrika Selatan. Meskipu negara ini tidak mempunyai pemain bertaraf bintang tapi semangat berpasukan dan kemahiran taktikal yang meraka ada mampu menewaskan lawan yang lebih besar. Walaubagaimanapun mereka berdepan laluan sukar untuk melepasi peringkat kumpulan berdasarkan ramalan awal.


Antara kuasa besar bola sepak Amerika Latin.  Meskipun pasukan mereka tidak sehandal Brazil mahupun Argentina tapi mereka masih mampu mengikat kedua-dua pasukan tersebut dalam beberapa perlawanan antarabangsa sebelum ini. Santa Cruz yang mengalami musim yang teruk bersama Manchester City pasti mahu bangkit dan memberikan persembahan bertenaga dipentas dunia nanti. Pasukan ini mempertaruhkan ramai pemain muda yang beraksi di liga sepanyol dan portugal. 

Ramalan- Itali dan Paraguay dapat melangkah ke peringkat seterusnya dengan Itali sebagai juara kumpulan. Paraguay perlu mengenepikan cabaran daripada slovakia dan tidak akan berdepan masalah menghadapi new Zealand

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share