Thursday, May 27, 2010

Preview Piala Dunia Afrika Selatan - bhgn 4

Jom, kali nie kita tengok kumpulan C pulak. Kumpulan C terdiri daripada


  1. England
  2. USA
  3. Algeria
  4. Slovenia

Pasukan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pasukan yang aku anggap paling terkenal di seluruh dunia tapi yang sayangnya, pasukan ini kurang mencapai kejuaraan. Mereka hanya pernah sekali menang piala dunia. Jika diatas kertas, pasukan England mempunyai barisan yang setanding dengan pasukan tersohor yang lain tapi yang paling utama adalah persembahan dalam padang.Rooney, Lampard, Gerrard, Ashley Cole, Ferdinand dan selebihnya pasti mengidamkan kejuaraan di pentas Piala Dunia kali ini.Yang menjadi satu kelemahan pasukan ini adalah di bahagian penjaga gol. Capello masih mencari siapa calon terbaik untuk menjadi penjaga gol England, adakah Joe Hart, Robert Green atau David James. England pasti mahukan yang terbaik pada kejohanan kali ini dan Capello pasti sudah bersedia menanti lawan mereka.


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasukan ini dilihat sangat meningkat. Lihat saja pada temasya Confederations Cup yang lepas dimana mereka mampu menewaskan Sepanyol yang merupakan juara Eropah dan mereka hanya tidak bernasib baik kalah kepada Brazil dalam perlawanan akhir Piala Konfederasi. Mereka tidak mempunyai nama-nama yang terkenal tapi kekuatan mereka terletak kepada semangat berpasukan yang mereka miliki. USA juga mempunyai ramai pemain yang beraksi di liga-liga utama eropah seperti, Tim Howard, Clint Dempsey dan Landon Donovan. Secara berpasukan ,pasukan ini mempunyai disiplin yang kuat dan semangat juang yang tinggi.

 Antara pasukan yang terakhir melayakkan diri ke edisi Piala Dunia kali ini. Mereka menang dalam perlawanan playoff menentang Mesir. Perlawanan tersebut begitu sengit dan penting sehinggakan ahli politik kedua-dua negara melibatkan diri dalam perbalahan dan hampir mencetuskan perang saudara. Nama yang kerdil jika dibandingkan dengan negara lain namun mereka mampu menewaskan mesir yang merupakan juara benua afrika. Dengan status 'underdogs' pasukan ini mampu menghukum mana-mana lawan yang terlalu yakin dan merendahkan mereka. Pasukan ini sama dengan USA, disiplin tinggi dan rajin.


Sebuah negara yang kecil di eropah.Pasukan ini selalu disalah tafsir dengan Slovakia. Antara negara baru yang muncul menunjukkan peningkatan. Mereka pernah beberapa kali mengejutkan kuasa eropah lain dalam saingan di eropah baru-baru ini dan dengan kehadiran mereka dalam edisi piala dunia kali ini, tentunya kehebatan mereka tidak boleh dipertikaikan. Kekuatan pasukan ini jika dilihat adalah terletak kepada bahagian pertahanan kerana pertahanan mereka sangat rajin dan kuat semangat kerjasama. Penjaga gol mereka, Samir Handanovic merupakan salah seorang penjaga gol yang berkualiti beraksi di Liga Itali

Ramalan - Jika dilihat atas kertas memang England tidak mempunyai masalah untuk menjuarai kumpulan ini. USA juga dilihat mampu memberi tekanan kepada England. England dan USA akan mara ke peringkat seterusnya.

4 comments:

  1. england....england....england.....england juara~!!!!

    ReplyDelete
  2. zu - england takkan menang nyer piala dunia nanti

    ReplyDelete
  3. cessss....bkpe mung kate gtu???walau ape pn...england tetap mnejadi pujaan hatiku....hahahahah
    aku sokong sape hok menang world cup....heehheeheheh

    ReplyDelete
  4. England Klise. Aku bet Argentina!

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share