Thursday, May 27, 2010

Preview Piala Dunia Afrika Selatan - bhgn 3

Kali nie kumpulan B pula.

  1. Argentina
  2. Greece
  3. Nigeria 
  4. Korea Selatan

Argentina..Nama yang tak cukup asing dalam dunia bola sepak. Edisi Piala Dunia kali ini Maradona, bekas pemain Argentina yang pernah memenangi Piala Dunia dulu dan seorang pemain lagenda terhebat sepanjang zaman akan menjadi jurulatih pasukan negaranya. Argentina mempunyai cukup ramuan untuk bergelar juara di Afrika Selatan nanti. Tapi, kekuatan utama pasukan ini terletak di bahagian serangan. Messi, Higuan, Tevez, Milito. Semuanya telah terbukti penyerang yang cukup profilik dan telah meledakkan banyak gol untuk kelab masing-masing. Pasti tanggungjawab besar menanti Messi yang akan menggalas beban Argentina dan membuktikan kepada dunia bahawa dia dapat beraksi baik dipentas dunia dan tidak semata-mata kepada Barcelona. Milito, penyerang Inter yang baru sahaja dinobatkan Juara Eropah juga pasti mahu meledakkan gol dan menggapai kejuaraan untuk Argentina.
Juara Eropah pada tahun 2002 nie sedang melakukan transformasi. Dulu pasukan ini terkenal dengan kekentalan bahagian pertahanan tapi kini pasukan ini dilihat seakan ampuh.Ramai tidak mengharapkan pasukan ini pergi jauh untuk edisi Piala Dunia nanti tapi pasukan ini memiliki keyakinan dan semangat juang yang tinggi.


pasukan yang diberi jolokan The Eagles.Dulu mereka merupakan kuasa bola sepak Afrika tapi dilihat sudah merudum. Masih lagi berbisa dan masih mempunyai pemain-pemain yang mampu beraksi di pentas dunia. Dengan temasya kali ini berlangsung di benua mereka, pasti mereka mahu memberikan persembahan yang terbaik dan melangkah lebih jauh. Obafemi Martin pengempur yang berbisa suatu ketika dulu masih lagi diberi kepercayaan untuk mengemudi jentera serangan pasukan ini.

Wakil dari benua Asia ini mempunyai reputasi yang cukup baik di pentas dunia. Meskipun mereka tidak dapat mengulangi pencapaian terbaik mereka pada kejohanan 2002 dimana mereka memasuki separuh akhir tapi skuad Korea sekarang ini masih lagi berbisa. Park Ji Sung dan Park Chu Yong dilihat menjadi nadi serangan mereka. Dengan semangat juang dan kerajinan pemain-pemain mereka tidak mustahil untuk mereka melangkah ke peringkat seterusnya dalam piala dunia nanti. Mungkin mereka tewas dari segi pengalaman berbanding negara besar lain.Untuk mengulangi pencapaian 2002, amat mustahil

Ramalan - Argentina dan Nigeria. Argentina dilihat terlalu kuat untuk kumpulan ini dan akan menjuarai kumpulan dengan mudah. Nigeria pula berbekalkan semangan sesama Afrika pasti akan mengenepikan saingan Greece dan Korea Selatan nanti.

2 comments:

  1. bgus!aku dak y0h baca paper part sukan doh..mu nie mcm reporter doh sejak cuti nie..hhaah

    ReplyDelete
  2. jaa- aku anggap kata-kata mu tue sebagai pujian bagi aku.huhuh.Tue laa, tok tahu nak buat gapo. takpo asah bakat mana tahu leh kerja ngan astro nanti. ESPN with me.hahah

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share