Sunday, May 16, 2010

Puas Hati

Sangat puas hati bila Kelantan menang 3 -0 menentang Terengganu tadi.

Perlawanan bermula baik. Penyokong kelantan  memenuhi stadium sehingga sukar untuk melihat tempat kosong dalam stadium di kota bharu. Aku dan kawan aku bernasib baik kerana masuk awal dan mencari tempat yang sesuai. Kami duduk di belakang pintu gol terengganu pada separuh masa pertama. Ternyata sangat berbaloi kerana pada separuh masa pertama kelantan menjaringkan gol hasil daripada Idlan, Indra Putra dan Idlan sekali lagi hasil jaringan penalti.

Stadium kelantan gegak gempita dengan sorakan gomo kelate gomo. Aku bersorak sakan sehingga berpeluh-peluh dan hampir hilang suara. Masuk separuh masa kedua Kelantan memperlahankan permainan dan Terengganu lebih banyak menyerang. Nasib baik pertahanan Red Warriors kental menahan asakan.

Seakan rahmat apabila hujan turun. Pada mulanya renyai-renyai tapi kemudiannya dengan lebat membasahi bumi Kota Bharu yang sebelum ini panas, kemarau. Meskipun basah, kami masih tidak berganjak dari stadium dengan mengharapkan satu gol lagi tercipta. Tapi Kelantan gagal menambah jaringan. Apa pun tahniah buat pemain-pemain kelantan. Idlan membuktikan sekali lagi bahawa dia memang seorang penyerang yang berbisa. tahniah juga kepada penyokong kelantan yang setia serta menjaga tingkah laku di dalam stadium meskipun masih terdapat insiden membaling air tapi tidak terlalu kritikal seperti dahulu. Terdapat juga satu insiden kecemasan apabila ada seorang pakcik yang tiba-tiba pitam pada waktu rehat. Orang ramai membantu membawa pakcik tersebut turun ke bawah dan dimasukkan ke dalam ambulans. Sangat puas hati meskipun waktu pulang ke rumah baju dan seluar basah kuyup.Sekarang dah mandi dan bersiap nak tidur sementara menunggu perlawanan antara Werder Bremen dan Bayern Munich yang akan merebut Piala Jerman.

Sekian. Selamat Malam.

The Red Warriors memang hebat di gelanggang keramat

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share