Wednesday, May 5, 2010

Sangat panas


Sekarang kat KB n maybe jugak di Kelantan, musim kemarau melanda. Cuaca sangat panas. Nasib baik jugak ada angin sepoi-sepoi bahasa. Aku tidur dalam bilik pun dibawah kipas masih berpeluh panas. Aku pun tak pasti sampai bila panas nie akan melanda. Dah agak lama hujan tak turun.

Aku teringat dulu zaman sekolah bila musim kemarau datang. Pagi-pagi bangun hendak pergi kelas terpaksa berjalan keluar asrama dan mandi di tandas kat kawasan kelas. Ada juga kawan-kawan aku masuk tandas guru untuk mandi. Ada juga yang mandi tepi padang basketball, tennis sebab kawasan tue ada paip air.Kenapa semua kena mandi luar? Sebab air dalam tangki asrama dah habis.Ada yang lebih dashyat mandi dalam kolah air. Bila terserempak dengan warden, lintang pukang semua lari. Ramai juga yang mandi kat tempat amik wudhu surau. Kadang-kadang berbalah sama sendiri, nak mandi atau amik wudhu.

Sekarang aku rasa dah tak macam tue kot. Semua dah perbaharui dan mungkin pihak sekolah dah bina tangki baru yang lebih besar dapat tampung lagi banyak air. Dah dekat 9 tahun aku tinggalkan sekolah. Rindu pula bila terkenang zaman sekolah dulu-dulu. Setakat tue saja lah. Hendak pergi mandi sejukkan badan. Hari ini saja aku dah 3 kali mandi.

2 comments:

  1. well....aku rse bab2 dop air kat asrama mse sekolah...sume sekolah pnah kne kot...aku pn pnah...nk kne angkut brg2 mndi lpas 2 lalu dpn aspura...malu syh...pgi2 tbe2 tgk bdk2 laki hanya ber'towel'..alahai...fre2 je dpt..huhuhuhhuu...nway...best ku ingt lik kenangan kat skola...nk blik skola blik bley???? =)

    ReplyDelete
  2. zurina itu zulaikha sbnrnye... =)

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share