Monday, May 31, 2010

Sejuk mata memandang


Ada orang penah bagi tau aku, "pemimpin besar mana boleh pakai kereta kecil, nanti kena perli la kat pemimpin lain"..So, kalau Menteri Besar Kelantan, boleh makan pagi kat kedai biasa, siap makan dengan tangan, tanpa bodyguard, tanpa ada orang kerumun, kira jatuh la standard dia ek?
Kalau orang Islam, kalau siapa ada baca kisah para sahabat dulu, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dulu, hidup dia miskin sebab semua harta dia bagi dekat rakyat.Tue pemimpin negara tue.Pemimpin empayar Islam. Pemimpin kita hari ini? Ehh takk.Bila dah negara miskin mula nak potong subsidi itu ini alasan sebab negara akan miskin kalau tak buat macam tue. Yelah kan, mana boleh jatuh standard pemimpin kita kat mata dunia. Malu la kan kat antarabangsa. Lantaklah.

AKU LEBIH MALU kepada ALLAH nanti sebab pilih pemimpin yang tak betul sebab aku juga akan disoal nanti sebab kenapa aku membiarkan sahaja pemimpin 'itu' menjadi pemimpin.

Tapi itu aku kan. Orang lain cakap mana boleh.Pemimpin kena jaga status. Baru Malaysia gemilang terbilang.Ehh. Baru la satu Malaysia.

Tue baru tengok Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat makan pagi.Belum tengok rumah dia. Anak-anak dia. kawasan rumah dia yang bersebelahan dengan masjid. Belum tengok dia imamkan solat. Pemimpin kan meliputi semua. Kalau pemimpin orang islam patutnya dia jadi ketua turus agama islam la kan, patut tahu lebih pandai dari rakyat mengenai islam sebab dia nak jadi ketua bagi orang islam. kalau dia nak jadi ketua bagi kaum yahudi, india atau cina atau kristian, lantak mampus dia la.Tapi kan Melayu majoriti, Melayu pula sinonim dengan islam so ketua turus islam laa.

Dah la.Malas aku cakap banyak lagi. Kang orang cakap aku emo pulak kat sini. Siapa nak baca..baca lah.tak nak baca..boleh klik tutup kat tab tue..siapa tak puas hati ada ruangan komen. tak kisah pun. malu nak bagitau siapa aku dah bagi ruang komen anonymous kat situ. Terjemahan dia anonymous tue sesiapa pun boleh jadi.Anonymous =  tanpa nama.Ok.sekian

4 comments:

  1. terpegun kejap..bia betol????
    ok..tuan guru memang respek la..huhu..taib pun xmkn cmtu kot..
    nak g kelantan la tengok cmne dia sebenarnya nanti..:)
    xsabar..huhu

    ReplyDelete
  2. Li, bagi email li. nok mitok sumbangan sajak sini. http://memorimasa.blogspot.com/

    hehehehehhehe

    ReplyDelete
  3. kayrole - mari laah kb.aku leh tunjuk umoh dia

    ReplyDelete
  4. roy - mu nok email aku? wat mende? sumbangan sajak terus tue.hahaha

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share