Thursday, May 20, 2010

Sudah

Tak dapat nak melayari internet semalam. CPU kat umah nie sakit.Baru je lepas pergi hantar kat kedai tadi. Aku taya la berapa lama boleh siap?boleh pulak dia cakap 2,3 hari.Aduh laa, lama la pulak. Nie yang aku malas sebenarnya nak hantar kedai Melayu.Patutnya tadi pergi hantar KB Mall je.Selalunya diorang buat cepat skit. Tapi nie..Kedai Melayu yang aku hantar nie dekat sket dengan rumah aku tapi service macam lambat je. Ahad la kot baru dapat CPU tue. Aku rasa bukan lama pun nak proses benda tue tapi tak tau la.Kalau betul-betul buat kerja kejap je siap.Sama macam aku pergi low yatt dulu, kejap je kalau cina buat kerja. Kalau Melayu, walaupun aku sendiri Melayu tapi macam tue laa.Service tak bagus sangat. Ada satu kedai lain, yang aku pergi semalam, janji nak bukak 930 so aku cakap laa aku pergi dalam pukul 10, tengok-tengok 1030 pun tak bukak lagi. Kalau macam tue la karenah, pelanggan lari la tempat lain.

Sekarang nie aku surf guna laptop aku je lah. Terpaksa la usung laptop/desktop nie keluar bilik. Susah la skit nak buat kerja nanti nie. Takpe, untuk2, 3 hari nie je.

Berita terkini apa ye sekarang ? haa, David Villa akhirnya dah masuk Barca. Memang lagi gempak la jentera serangan Barca semester depan. David Villa nie boleh dikatakan antara 3 penyerang berbisa di Eropah. Dah la dia pulak orang Sepanyol, senang la untuk menyesuaikan diri di Barca tue. Aku nak tunggu apa nasib Zlatan musim depan. Mungkin kena jual kot. Takkan jurulatih Barca nak letak dua penyerang. Rugi macam tue sebab ada Messi dan Pedro. Mungkin Barca akan jual Zlatan untuk dapatkan balik duit yang dilaburkan kepada Villa. Zlatan pun diorang beli mahal musim lepas tapi tidak mencapai tahap yang diharapkan.Lepas nie semakin rancak la sessi perpindahan pemain eropah.Sama-sama kita nantikan.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share