Monday, May 24, 2010

Tamat juga

Orang Putih cakap, the end is the beginning. Aku ambik dalam konteks Inter. Kalau setengah orang fikir dah tamat la episod Inter tahun nie. Ya, dah tamat.Tamat dengan gemilang lagi. Tapi sebenarnya, adventure baru pula bermula dengan kejayaan treble nie. Mourinho menunggu masa diumumkan menjadi Pengurus Real. Dan mungkin sebilangan pemain akan turut mengikutnya ke Real Madrid. Satu pengalaman baru akan bermula di Sepanyol kepada Mourinho. Pemain Inter juga akan memulakan satu pengalaman baru mempertahankan kejuaraan yang dimenangi. Banyak kerja yang perlu dimulakan. Mungkin pengurus baru dan beberapa pemain yang baru pula.Sama juga dengan kelab-kelab yang lain. Masing-masing telah memulakan perancangan untuk musim hadapan. Paling awal adalah Barcelona dan Arsenal. Barca dah membeli David Villa. Arsenal pula Chamakh.Musim perpindahan musim depan akan menjadi sangat seronok dan sibuk. Tambahan lagi Piala Dunia tinggal 18 hari saja lagi.

Cukup pasal bola di pagi hari.The end is the beginning juga sangat praktikal diserapkan dalam kehidupan kita. Kita tamat belajar tapi sebenarnya bermula la episod kerjaya. Kita menamatkan zaman bujang tapi sebenarnya bermula kehidupan berkeluarga. Kita tamat membayar hutang kereta, mula la nak fikir beli kereta lain kan. Tamat hubungan dengan seseorang , bermula la episod memulakan hubungan dengan orang lain pula. Begitulah sampai kita mati. Kita ingatkan dah tamat hidup kita di dunia nie tapi sebenarnya bermula la kehidupan zaman barzakh dan akhirat.Pengakhirannya, the end of something is the beginning of another.

p/s..sedang mencuba nasib daam satu benda. Kalau berjaya sangat beruntung kalau tak berjaya pun tak rugi pun. Aku semalam terasa jugak tentang satu kejadian nie tapi bila fikir balik lantaklah. Tapi aku akan sentiasa ingat lah.Aku tak kisah pun tapi at least bagitau la sepatah dua kan. Takpe. Dunia nie kecik je. Pusing pusing akan jumpa jugak. Aku nak tengok je nanti. Malas dah fikir. Nanti hidung memang dah tak mancung, pipi pulak yang terlebih sorong.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share