Wednesday, May 19, 2010

Terkawal ?

KUALA LUMPUR 12 Mei - Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung menjelaskan, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.
"Syarikat itu pernah menerima lesen tersebut pada 1987 tetapi telah memulangkannya kembali kepada kerajaan pada tahun 1990 kerana pada masa tersebut tidak ramai yang berminat untuk bertaruh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Kementerian Kewangan telah bersetuju mengeluarkan lesen pertaruhan itu kepada Berjaya Group semalam.
Chee Heung berkata, memandangkan banyak kes perjudian secara haram dilaporkan pada masa ini, syarikat berkenaan telah membuat permohonan untuk mendapatkan kembali hak penganjuran pertaruhan Piala Dunia 2010 dalam keadaan yang terkawal.
"Setelah diteliti, kerajaan telah menimbangkan permohonan ini agar aktiviti perjudian dan pertaruhan haram dapat dikawal dan dipantau pihak berkuasa," katanya.
Menurutnya, beberapa garis panduan telah diberikan kepada syarikat tersebut untuk dipatuhi antaranya hanya 200 cawangan pusat perjudian di seluruh Semenanjung dibenarkan menganjurkan pertaruhan itu dan tidak termasuk Sabah dan Sarawak.
Selain itu Chee Heung berkata, penganjur turut diletakkan syarat supaya tidak mengambil pekerja dan menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan yang beragama Islam.
"Kesemua cawangan diwajibkan untuk meletakkan papan kenyataan yang mengatakan orang Islam tidak dibenarkan membeli tiket pertaruhan itu," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kajian yang dibuat kerajaan mendapati negara lain seperti Singapura, Hong Kong dan Australia turut bersetuju supaya pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 diadakan secara terbuka agar kegiatan perjudian haram tidak bermaharajalela.
"Cukai yang dikutip daripada pertaruhan itu boleh digunakan untuk membangunkan bidang sukan tertentu di negara ini malah digunakan untuk kerja-kerja amal yang bersesuaian," jelasnya.

petikan diatas tue bukan aku saja-saja nak reka tau.Sumber sahih dan benar. Dari surat khabar lagi. Dan sekarang dah ramai yang membantah kelulusan tersebut. Malah di Kelantan di Tan Sri Annuar Musa yang mengetuai delegasi Kafa turut membantah kelulusan tue. Tak kisah la dia nak kata hanya bagi kat syarikat China pun dan tak akan bagi kat orang beragama islam. Boleh je orang beragama islam nak beli kalau nak. Kalau aku la, aku upah budak cina pergi bertaruh duit.habis cerita. Yang tak tahan nya alasan dia agar perjudian haram tidak bermaharajalela. Nie kita boleh ibarat kalau tak nak lembu luar makan rumput dalam umah kita, kita bagi je lembu tue masuk dan makan dengan pintu pagar yang terbuka. Aku rasa lepas nie lagi mewah la rakyat malaysia.Ye lah semua menang berjudi untuk piala dunia. Dan bukan setakat piala dunia je rasanya nie. Mungkin ada la pemain bola tempatan liga super yang rela jual perlawanan asal dapat duit banyak. ye lah, orang yang dah gila judi rela buat apa saja asal menang. Mana la tau kan kot-kot nanti pasukan yang duk kat bawah liga super dapat menang dengan pasukan di atas walhal sebelum nie mereka kena belasah banyak gol oleh pasukan atas tue. Satu lagi yang aku pelik, nak salurkan duit hasil judi tue untuk pembangunan sukan. Sukan apa kerajaan nak bagi duit tue .Dah miskin sangat ke malaysia kita nie sampai nak kena ambik duit judi. tak tahu laa. Mana mufti setiap negeri ? Mananya pemimpin Melayu yang kononnya pejuang bangsa dan agama. Takkan tengah senyum kot berkira-kira nak taruh judi kat negara mana menang piala dunia nanti. Akhirat esok-esok berjawab la masing-masing. Malah aku pun kena jawab nanti sebab kenapa aku sebagai rakyat biarkan saja orang yang dinamakan pemimpin luluskan benda yang dah terbukti haram dalam Al Quran tue.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share