Sunday, May 23, 2010

Tunggu Epal jatuh ke Riba

Kalau sapa-sapa yang ikuti perkembangan dunia sekarang nie, di sebalik Piala Dunia yang akan berlangsung, kejadian Baju Merah rusuhan di Bangkok, tumpahan minyak di US, lesen judi di Malaysia, berita yang ditunggu-tunggu adalah ketibaan Ipad. Dan penduduk USA dah pun dapat merasai iPad. Nak tau ipad nie apa sebenarnya? nie kat bawah aku amek dari website Apple. Nak bagi clear view sket.


Features :
* Processor: 1GHz Apple A4
* Operating System: iPhone OS 3.2
* Storage: 16GB, 32GB or 64GB flash drive
* Size: 9.56 (H) x 7.47 (W) x 0.5 (D) inch
* Weight: 1.5 pounds (680 gram) for iPad WiFi, 1.6 pounds (730 gram) for iPad 3G
* Display: 1024×768 pixels
* Wireless connection: WiFi, Bluetooth, 3G (Additional payment needed)
* Battery: up to 10 hours of web surfing, video watching, music playback
* Input/Output: Dock connector, 3.5mm headphone jack, build-in speaker, microphone, SIM tray (iPad 3G only)


secara pendek kata nya,ipad nie macam iphone tapi versi laptop tapi dia tak sampai taraf laptop pun. Kira tengah-tengah antara iphone dan macbook la lebih kurang cuma tak boleh buat telefon je. Nak tulis2 surat tue boleh.

Ramalan harga kalau ipad nie sampai kat Malaysia(tak tahu la bila kan nak sampai, mungkin raya nanti kot takpun akhir tahun nie macam iphone yang lambat sampai )

Without 3G:


• $499: 16GB (RM1714)
• $599: 32GB (RM2057)
• $699: 64GB (RM2400)
With 3G:


• $629: 16GB (RM2160)
• $729: 32GB (RM2500)
• $829: 64GB (RM2848)
Kalau yang 16gb tue aku rasa munasabah la kan tapi kalau sesiapa kenal barangan Apple nie harga yang diletakkan tue kira dah ok sangat-sangat dah. Ramalan harga diatas nie convert daripada rate dollar kepada ringgit tak tau la nanti kot-kot termasuk harga pengangkutan dan cukai apa-apa lagi tapi mungkin akan jatuh bawah Rm2k jugak lah bagi 16 gb.

Ipad nie kira sangat stylo la sbb sangat nipis dan boleh bawak mana-mana je. Sesiapa yang dah berkenan tue boleh la mula simpan duit sekarang. Aku rasakan nanti Maxis akan jadi dealer jugak untuk ipad nie sama macam iphone dan mungkin boleh bayar ansuran sebab ipad guna 3g jugak sama macam iphone. Kat Malaysia sekarang pun dah ramai pakai iphone jadi tak pelik la nanti ipad akan jadi kegilaan kat sini pulak.

Aku? sangat berkenan. kena tunggu dan lihat la macam mana nanti. Tapi kalau sesiapa yang dah tak sabar nak miliki ipad nie, ada je orang yang jual ipad nie. Cuba pergi kat lowyatt.nett takpun kirim je kat sapa-sapa yang ada pergi oversea atau singapore. Tapi caj mungkin tinggi sikit la kan.

Apa-apa pun aku sangat tabik dengan ipad keluaran terbaru Apple nie. Bulan Julai nanti orang kata Apple nak keluarkan iphone 4G pulak. Yang tue lagi gempak. Kawan aku yang dah pakai banyak barangan Apple nie(ipod, macbook dan iphone) sangat merekemen kan barangan nie.Sebab sangat berbaloi dan unik. Worthless la walaupun harga tue mahal. 
Sekian..Kita tunggu bila ipad sampai Malaysia. Mungkin masa raya ke, boleh borong time raya tue.hahah

4 comments:

  1. nk~!!!!!!! tp duit xde laa.... =(

    ReplyDelete
  2. xcun ar ipad. xlenguh pegang gitu? nok wat gayo buleh, nok wat kijo xleh raso

    ReplyDelete
  3. zu -tu la psl..seme bergantung pada duit je sebenarnya nie

    ReplyDelete
  4. roy - mu nie..dio ado stand laa

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share