Monday, May 3, 2010

Untuk Peminat Chelsea dan Inter

Perlawanan mesti kena tengok malam ini sudah pasti Liverpool vs Chelsea dan Inter vs Lazio.Kenapa?

Liverpool vs Chelsea..

Jika Chelsea menang malam ini, pasti satu kelebihan dan mendekatkan mereka untuk merangkul kejuaraan EPL daripada Manchester United. Man Utd pula akan bermain selepas perlawanan ini menentang Sunderland. Liverpool pula ingin mengubati kelukaan akibat kalah mengikut agregat minggu lepas dalam saingan Europa League menentang Atletico Madrid.Liverpool juga mengejar harapan yang tipis untuk merebut saingan tempat ke-4 yang akan melayakkan mereka memasuki Champions League pada musim depan.

Perlawanan antara dua gergasi EPL ini dah berakhir pada pukul 10.20 tadi dan apa yang aku lihat, terbukti Chelsea lebih handal daripada Liverpool dan kemenangan tersebut memberi kelegaan kepada Chelsea dan selangkah ke arah takhta liga. Mereka menantikan keputusan Man Utd( yang sekarang ini sedang mendahului satu gol jaringan Nani). Tapi pada firasat aku,Chelsea yang akan merangkul kejuaraan liga kerana selepas ini mereka hanya akan bertemu lawan yang kerdil.Jika Chelsea menang perlawanan terakhir nanti, maka mereka akan merangkul takhta liga daripada Manchester United.

Sekarang Inter vs Lazio.

Perlawanan ini adalah tiga perlawanan yang mesti menang bagi Inter untuk mengekalkan takhta Serie A. Roma menang semalam dan jika Inter menang malam ini, Inter dapat memintas kembali Roma dengan kelebihan 2 gol.Lazio pula mencari kemenangan untuk menjarakkan diri mereka daripada turun ke liga bawah iaitu Serie B. Tapi ada sesetengah peminat Lazio memerlukan pasukan mereka kalah kepada Inter supaya Roma tidak dapat merangkul takhta liga daripada Inter. Lazio dan Roma adalah musuh setempat dan peminat Lazio tidak sanggup melihat musuh mereka bersorak dan bergembira didepan bandar mereka meraikkan kejuaraan Serie A.

Inter mungkin menghadapi masalah kecerdasan setelah bertarung berhabis-habisan Rabu lepas menentang Barcelona. Inter masih mengejar tiga kejuaraan dan pasti Mourinho mempunyai taktik yang berkesan mencari kemenangan untuk Inter. Jika diatas kertas, ternyata Inter mempunyai kelebihan tapi faktor kecergasan mungkin memberi kesan yang besar pada perlawanan malam ini.

Firasat aku, Inter menang malam ini dan pasti akan merangkul Serie A untuk kali ke 5 berturut-turut.Jom sama-sama kita saksikan perlawanan Inter awal pagi nanti jam 3 di Astro.

Sekian bebelan aku mengenai bola sepak. Goten Abends

4 comments:

  1. saye sokong chelsea...oh abg lampard...kekasih hatiku...hahahaha

    ReplyDelete
  2. zu - cehhh..abg lampard konon..bakpe tak amek abg drogba..huhuh

    ReplyDelete
  3. chelsea menang w0o.. huu
    g0 The blues!

    ReplyDelete
  4. jaa - Blues confirm menang lah EPL tahun nie

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share