Wednesday, May 26, 2010

Warning for Girls and Gay

hahah.Aku terjumpa gambar nie masa duk surf kat yahoo..Memang sangat mantap la perut dua ekor mamat nie.Patutlah diorang main bola pun power. Mesti girls dan golongan gay kecur air liur je tgk.

Bila la perut aku nak jadi macam diorang nie.hahaah..Sebab utama - MALAS.diorang takpelah sebab dah kaya dan memang kena maintan selalu badan. Patut la Kim Kardashian pun tergilakan Ronaldo sekarang nie. Dah la gaji kat Real Madrid berjuta-juta, main bola pun power, hensem pulak tue.

Ok, tue diatas sampingan je sementara berita tentang persiapan untuk Piala Dunia tengah rancak berlangsung sekarang nie. Takpe, lepas nie aku akan buat preview setiap pasukan yang akan bertanding ke Piala Dunia di Afrika Selatan nanti. Tinggal lagi 16 hari ke perlawanan pembukaan.

Cukup la buat masa nie pasal badan geng bola sepak. Kita ke isu yang lebih dekat. Sekarang nie heboh pasal isu dalam MIC yang dah merebak terkena pihak UMNO pulak. Baru je Pak Jib balik dari Singapura menjual tanah di sana terpaksa pula berdepan dengan isu nie. MIC antara parti komponen terbesar dalam BN memang sangat haru biru sekarang nie selepas seorang demi seorang pemimpin nya mengeluarkan kenyataan yang kontroversi. Baru nie Samy Vellu pecat beberapa orang pemimpin muda yang mendesaknya letak jawatan. Pastu ada pulak Gerakan Anti Samy (GAS) yang akan mengadakan perjumpaan di sebuah dewan di PWTC. Pastu ada pemimpin mempersoalkan UMNO kerana GAS dapat buat pertemuan dalam bangunan UMNO (PWTC). Aku tengok kan, Samy Vellu nie seperti Godfather. Dia cantas semua orang yang dilihat akan mengugat dia. Dia dah lama pun pegang jawatan tue dalam MIC. Sejak tahun 70-an lagi. Kalau kita cakap pasal MIC memang tak sah kalau tak libatkan Samy Vellu. Dulu MIC goyah sekejap sebab kes Hindraf. Sekarang dengan GAS pulak. Lepas nie Umno risau la sebabnya kalau MIC goyah, mesti orang india lari sokong PKR. Bila sokong PKR kurang la sokongan terhadap BN. Lantaklah diorang. MCA pun tak selesai lagi masalah diorang. Ini ditambah pula dengan MIC. Betul dah tue, kan konsep 1Malaysia.hehe

p/s kecewa Kelantan seri tanpa jaringan semalam. Nampaknya jurang mata antara Selangor dengan Kelantan semakin jauh. Masih berharap Kelantan dapat mengejar takhta liga Super dari Selangor nie.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share