Wednesday, June 30, 2010

Lebih dari pungguk rindukan bulan


Aku nie bodoh kan?
Meme mu bodo pung. Tanyo lagi.
Tapi..aku sayang dia. Sangat-sangat. Mata dia, bibir dia..Cantik sangat. Indah.
Mu nie gilo doh. Weh..denga nie. Ore puan hok ado kat Malaysia nie rama lagi mu tahu dok. Bakpo la mu duk gilo ko hok tu sore. Dio tokse ko mu.
Tapi..aku tahu nanti dia akan sayang aku. Aku tahu cinta kami akan bertaut juga.
Ikut mu lah. Aku tok reti doh nok oyak guano lagi. Gilo apo. Duk cari jugok hok jauh tuh.
Takpe, takde orang yang faham perasaan aku. Hanya aku je yang faham. Dan aku hanya mahu dia saja.
 Teringat aku perbualan aku tempoh hari dengan salah seorang kawan rapat aku. Dah berapa kali ntah kawan-kawan aku menasihati aku supaya lupakan saja ‘dia’. Tapi aku tak mampu. Aku teramat sayangkan dia. Mungkin setengah orang cakap aku nie gila. Betul. Aku dah gila. Aku pun rasa sedemikian juga. Aku gilakan ‘dia’.
Tiap-tiap hari aku pasti melihat wajah nye. Aku akan cuba mengikuti pergerakan dia melalui internet. Aku cuba telefon tapi aku tak berdaya. Aku sedar aku siapa. Aku miskin. Aku tak mampu nak buat panggilan yang mahal-mahal.
Wehh..bangun lah..pade-pade lah duk depe laptop tuh. Mari kito gih minum. Lapa nih
Kau pergilah dulu. Aku nak tengok gambar ‘dia’ jap.
Ishh.aku meme tok pehe la mu nie. Mu nie teruk doh. Teruk ber do’oh. Bakpo la mu duk cari ‘dia’ tuh. Mu tahu dop, peluang mu nge ‘dia’ tuh mace 1 dale 1 trilion tahu dop.
Takpe. Aku berani ambil risiko tue. Percintaan adalah berkisar mengenai risiko. Mu tahu, nanti ‘dia’ dan kawan-kawan dia akan datang kl. Masa tue aku nak pergi jumpa dia.
Mari kl? Bilo? Mu ingat mu bulih jumpo dio lagu tuh jah. Hahah.tok soh berangan lah.
Takpe. Aku sanggup buat apa saja. Aku dah kumpul duit nih. Nanti aku nak jumpa dia. Tak kira.
Ikut mu lah. Aku oyat tokse denga. Letih doh. Lepah nie tokleh jupo toksoh duk nangis lah.
 Hati aku berbunga apabila aku mendapat perkhabaran dari facebook yang si ‘dia’ akan datang KL bersama rakan-rakannya. Ya, dia bukan datang untuk jumpa aku tapi aku akan pastikan aku akan berdiri didepan dia dan luahkan isi hati aku. Aku dah mula menyimpan duit selama dua bulan.
Hari yang aku tunggu-tunggu dah tiba. Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Aku sarungkan pakaian paling lawa aku. Aku sarungkan kasut. Kawan serumah aku sempat lagi menyindir.
Weh..aku nok ikut bulih dop?
Kau nak datang jugak? Buat ape?
Sajo. Puah jugok duk rumoh nie. Bulih jugok aku tengok ore hok mu gilo tue dekat-dekat. Sokmo tengok gamba jah.
Suka hati kau lah. Cepatlah bersiap. Molek jugak kau ikut, leh tumpang kereta kau.
Kereto aku ko? Yo lah. Aku nok tengok mu rasa guano jah nanti bilo sapa sano.hhaha.tok sabar aku nok tengok.
Yelah. Sindir lah puas-puas. Cepat lah nanti jalan jem
Yolah. Siap doh nie.
Perjalanan dalam kereta selama 2 jam terasa sekejap. Sebenarnya perjalanan sepatutnya tiba awal lagi tapi hari nie hari minggu jadi jalan jem. Tiba di tempat yang dituju, aku lihat amat ramai orang. Aku tak peduli, hari nie aku nak jumpa jugak dia. Aku dan kawan aku terus berasak-asak dengan orang ramai menuju ke bahagian depan kawasan lapang. Daripada pengetahuan aku, si ‘dia’ akan berada di pentas ini. Aku dah sampai di pentas hadapan. Aku lihat si ‘dia’ berada di atas sana. Hati melonjak keriangan. Aku pun menjerit..

‘Hayleyyyyyyyyyyyyyyyy..Hayleyyyyyyyyyyyyyy..i love uuuuuuuuuuu’
Si dia yang aku maksudkan adalah Hayley William..Vokalis Paramore yang tersangat cun dan teramat berbakat.
p/s..hehehe.cerpen ringkas diwaktu petang. Mencuba membuat cerpen ringkas di blog ini. Aku tak sepower yeng atau roy  dalam membuat karya. Kalau nak lawan cerita komedi memang tak boleh lawan yeng. Dalam pemilihan ayat puitis memang tak boleh lawan roy. Apa-apa pun sekadar mengisi waktu boring. Malam ini, esok  Piala Dunia berehat seketika sebelum masuk saingan suku akhir jadi waktu malam akan boring tanpa menonton piala dunia.
Sekian. Lain kali short story pulak.ahahahh





Tuesday, June 29, 2010

Dua kuasa penjajah..Sepanyol dan Portugal


 Malam ini, dua pasukan daripada eropah akan bertemu satu sama lain dalam satu perlawanan yang akan menjanjikan satu kepuasan kepada peminat bola sepak. Sepanyol akan menentang Portugal dalam pusingan kedua Piala Dunia pada jam 2.30 pagi.

Sepanyol merupakan juara eropah pada 2 tahun lepas dan datang ke piala dunia ini dengan satu reputasi yang cukup menggerunkan. Meskipun mereka kalah kepada Switzerland pada perlawanan pembukaan kumpulan tapi, kekuatan mereka masih tidak dapat ditandingi oleh pasukan lain. Kekuatan bahagian tengah dan serangan yang diisi oleh hampir separuh pemain Barcelona sentiasa menjadi buah mulut kepada semua peminat bola sepak. Cara dan taktikal pasukan Sepanyol dalam mengawal perlawanan dan menyerang bagi aku adalah yang teratas dalam dunia bola sepak sebaris dengan pasukan Argentina, Brazil dan Jerman (jika dilihat berdasarkan prestasi semasa).

Portugal pula memang diketahui umum merupakan satu pasukan yang suka menyerang dan mempunyai ramai pemain yang berkemahiran tinggi. Diketuai oleh Cristiano Ronaldo, bekas pemain terbaik dunia, Portugal telah menunjukkan ketajaman serangan mereka apabila membenam pasukan korea utara 7-0 dalam saingan kumpulan baru-baru ini. Portugal dilihat lebih mengancam jika bermain secara berkumpulan dan tidak sekadar mengharapkan sentuhan Ronaldo. Ronaldo setakat ini hanya menjaringkan satu gol iaitu ketika menentang Korea Utara.

Pertembungan dua pasukan ini bukan saja melibatkan aspek bola sepak tapi jugak politik dan sejarah. Portugal dan Sepanyol adalah negara yang berjiran dan mereka merupakan antara kuasa besar dalam sejarah dunia.

Sepanyol merupakan satu empayar yang cukup besar pada zaman dulu. Mereka merupakan salah satu kuasa terawal yang memonopoli bidang pelayaran. Sepanyol menjajah sebahagian besar benua Amerika dan Amerika Selatan, benua Afrika, Filipina dan sebahagian kecil pulau di Mediteranean.
Portugal pula, yang dikenali sebagai Portugis dulu, juga merupakan satu kuasa besar dalam bidang penjajahan dan pelayaran.Mereka adalah yang terawal menemui benua eropah, menemui jalan laut ke asia tenggara melalui penaklukan Goa, di India. Portugis juga merupakan kuasa eropah terawal menjejakkan kaki ke kepulauan Asia Timur.

Sehingga kini, banyak pengaruh Sepanyol dan Portugis dapat kita temui dalam bekas-bekas tanah jajahan kedua-dua kuasa eropah ini. Bahasa Sepanyol digunakan dengan meluas di Amerika Selatan. Pengaruh Sepanyol juga masih kuat di Filipina. Budaya Portugis masih ditemui di bahagian-bahagian Afrika dimana perniagaan hamba abdi pada masa dulu oleh Portugis. Di Goa, India, budaya dan bahasa Portugis masih berdiri kukuh. Malah di Melaka, Kota A Famosa, yang dibina oleh Portugis masih berdiri (sebahagian).

Dua kuasa besar ini bukan sahaja melebarkan kekuasaan mereka dalam mencari kekayaan dan tanah jajahan yang baru. Mereka turut menyebarkan Kristian. Dua negara ini merupakan pengikut Roman Katolik yang kuat sehinggakan pada masa dulu, pihak Gereja Roman Katolik terpaksa membuat perjanjian dengan kedua-dua kuasa besar ini membahagikan tanah jajahan kerana takut mereka akan berperang sesama sendiri.

Balik kepada zaman sekarang. Sepanyol dilihat masih lagi kuasa besar eropah. Tapi pergolakan dalaman mereka akibat pemberontakan dilihat sedikit sebanyak menganggu gugat kestabilan politik. Portugal sudah mengalami kejatuhan setelah kemerosotan empayar penjajahan mereka.
Perlawanan malam ini, bukan sahaja melibatkan maruah bola sepak negara masing-masing tapi juga melibatkan politik, sejarah dan pertembungan dua budaya kedua-dua negara. Perlawanan malam ini pasti akan menjadi sangat menarik.

p/s..Atas kertas pasukan Sepanyol mempunyai kelebihan berbanding Portugal.
Tambahan. Kedua-dua negara ini mempunyai gadis-gadis yang cukup menggiurkan.hhehe.Contoh seperti ini. Memang gila kaum lelaki jadi.

Monday, June 28, 2010

Khas utk roomate.hahaha



filem terakhir (aku rasa) dalam trilogi twilight nie.mesti roy tak sabar nak balik upm nak layan di alamanda. aku tokse tengok filem nie. aku nok tgk knight and day takpun toy story 3 (harap ada lagi la nanti)

4 stars

Diorang happy

Hitler : Hahah.menjadi jugak taktik serangan balas aku

kenapa?
sebab buat england jatuh..sekarang Obama duk tenangkan Queen of England dek kekalahan malam nie. Amerika pun kalah semalam.


Obama : Jangan sedih ye. Team aku kalah jugak semalam. Hadapi dengan senyuman
Queen : ye lah (senyum terpaksa)

p/s mencari tonik untuk berjaga tengok Messi and the geng

Sunday, June 27, 2010

Never give up

Will never give up
Did not want to give up
Certainly will never ever give up

Malam ini punya penangan

Game pertama ; Kul 10 malam

England lawan Jerman

Dia nie kena cepat-cepat sumbat gol

Tapi mesti dia nie pun nak tunjuk 'power' dia gak


Match antara dua negara nie samaada akan jadi best sebab masing-masing serang ataupun tak best sebab dua-dua akan berhati-hati dan kawal tengah je.Mungkin juga main sampai penalti.

Game kedua ; Kul 2 pagi

Argentina lawan Mexico

Dia nie pasti nak sumbat gol sebab tak sumbat-sumbat lagi gol nie. Tapi takpe semua orang tahu dia 'power' walaupun tak sumbat gol kan?

Tapi malam nie, ada kawan dia kat Barcelona dulu, dia nie (kat bawah).Jadi mungkin susah sikit la dia nak sumbat gol tapi aku rasa boleh je dia nak sumbat gol.


Game nie pasti best sebab mesti banyak skil, kemahiran individu nanti. Dan mungkin juga akan banyak gol.

p/s..Lepas nie kena minum kopi lagi banyak.Semalam minum kopi pun tak berupaya melawan mengantuk. Tertido masa extra time tengok USA lawan Ghana. Kena cari kopi kapal api

One hit wonders- the cardigans

Trying too much

It's bad for trying too much
it's too bad for not trying at all
it's really really bad for all the trial and error
i'm a really bad person
in a bad situation
with all bad history
at bad timing

Searching for the perfect portion
still naive and stupid
well, that's one is always right for sure

no more guessing
no more predicting
no more thinking
no more saying
just have to keep to myself
cause always end up messing with myself

this will be fun.it's always does

Saturday, June 26, 2010

Ringkas untuk Benitez

Benitez, semua orang kutuk kau semasa di Liverpool.

Kau beli N'gog yang tak jadi-jadi. Kau beli Voronin yang macam tak layak nak sumbat gol.
Tapi, orang sanjung jugak kau sebab kau beli Torres. Kau buat antara greatest comeback dalam sejarah bola bila seri 3-3 dengan AC Milan dan menang dengan penalti.
Kat Liverpool orang tak puas hati dengan kau sebab tak dapat liga Inggeris dari Man Utd dan Chelsea.
Pastu pulak, kau nak duit, orang tak nak bagi.

Sekarang kau dah keluar. Kau dah masuk Inter kan. Seminggu lagi musim perpindahan dah bermula. Inter juara treble musim lepas. Aku tak harap pun kau ulang macam yang Mourinho buat. Aku tahu susah. Real bertambah kuat. City pun gila beli orang. Asal kau dapat tahan Serie A cukup lah. Tapi kalau kau nak jugak Champions League, apa kata kau bawak Gerard ngan Torres. Aku dengar Mascherrano dah nak datang Milan. Bawa sekali Glen Johnson. Maicon dah macam confirm pergi Madrid tue.

Aku bayang kan kalau kau bawa Torres dengan Masherrano pasti mantap.Boleh laa Inter main 4-3-3.
Striker - Torres, Eto, Milito
Midfield - Sneider, Cambiasso, Mascherrano
Defender - Zanetti, Lucio, Samuel, Chivu.
GoalKeeper -  Cesar

Kau pujuk laa Torres tue..Liverpool dah takde siapa dah cakap kat dia. Kalau dia datang Inter, confirm dia dapat piala musim depan. Super Cup ada. World Club Championship pun ada. Tapi kalau tak leh jugak takpe. Asal kau jangan cari pemain yang tak munasabah sudah, macam voronin tue. Inter dah cukup pun striker kan. Eto ada, Millito ada, Balloteli ada, Pandez ada. Kalau nak tambah pun amek la Edison Cavani ke. Qualiarela pun ok jugak. Dia score gol lawa baru nie kat Piala Dunia.

Mesti kau duk risau tempat Maicon kan. Takpe. Aku dengar nak amek Rafinha. Kau nak tahu, Santon, pemain muda tue pun power jugak. Lagipun Zanetti boleh main lagi tue. Tapi kalau nak beli yang lain pun tak pe. Maicon dah 29 pun. Untung jugak jual sekarang masa dia tengah mahal lagi nie.

Baiklah Benitez. Aku ucapkan selamat maju jaya. Apa pun yang kau buat aku sentiasa sokong sebab kau sekarang adalah pengurus INTER MILAN.Dan aku setia sokong Inter dari A sampai Z. Tapi lagi manis kalau kau boleh bawak salah seorang antara Torres atau Gerard. Kalau kau boleh bawa mereka, hadiah manis lah hari jadi aku nanti.hahahaha. Apa pun selamat maju jaya Rafa Benitez.

In bocca al lupo! Rafa

Permainan silap mata

mata tengok apa yang minda nak tengok

mata buta tapi hati tak

hati buta semuanya rosak

apa yang minda kita nampak kadangkala tak sama seperti yang mata kita nampak

kita nak mata nampak seperti mana minda kita nak

p/s..entry mengarut di pagi hari

Friday, June 25, 2010

Senang nye jadi rakyat 1Malaysia nie


Senang kan jadi rakyat satu Malaysia. Tambahan lagi jadi pelajar satu Malaysia. Negara kita nie unik sebab berbilang kaum ada. Senang jadi pelajar kat negara kita nie. Habis SPM, kalau rasa nak masuk universiti best-best, cari je tokoh politik atau wakil rakyat. Lagi besar jawatan tokoh tue lagi berpeluang la nak masuk universiti. Senang je nak masuk universiti kat Malaysia nie.

Senang kan duk kat Malaysia nie.  Kaum utama ada 3, Melayu , Cina dan India. Tambah lagi dengan ramainya pendatang asing. Indon, Bangla, Vietnam,China, Negro. Kalau pergi KL tue, tak sah kalau tak jumpa pendatang-pendatang nie. Jadi senang la kita sebab tak perlu susah ke luar negara nak jumpa orang-orang macam nie. Rakyat Malaysia pun dah ramai senang sebab berkawan, bercinta dengan pendatang-pendatang nie. Malah, nampak macam senang je rakyat 1Malaysia nie diorang boleh. 

Senang nye jadi rakyat 1Malaysia. Kalau nak kaya cepat, jumpa je wakil-wakil rakyat parti memerintah. Sogok apa-apa yang patut, tunggu pastu nanti dapat lah hasil dia. Nak lagi kaya, jadi kontraktor kelas A. Jumpe menteri -menteri yang ada. Bagi "hadiah" sedikit, nanti dapat la projek-projek mega. Tak buat dengan elok pun takpe projek-projek tue nanti. Senang je nak lepas kat 1Malaysia nie. Tengoklah kejadian-kejadian sebelum nie, mana ada kontraktor yang kena masuk mahkamah. Kes Stadium runtuh, MRR2 retak, siling Mahkamah runtuh, bilik komputer sekolah roboh, bumbung sekolah rosak, pulapol rosak dan macam-macam kes lagi, mana ada berbunyi dah sekarang nie kan. Senyap macam tue je. Senang je jadi kontraktor kat 1Malaysia nie.

Senang nye nak dapat pangkat tinggi. Kalau kerja kerajaan lagi senang. jadi tali barut parti komponen adalah salah satu langkah tercepat nak dapat pangkat tinggi. Mula-mula jadi kuli dulu. Ikut mana yang boleh. jadi perisik mana-mana. Tunggu beberapa tahun, mesti akan dapat pangkat tinggi. Senang je nak dapat pangkat tinggi kat 1Malaysia nie.

Senangnya nak jadi sihat kat 1Malaysia nie.Macam mana? diet. Gula kan susah nak dapat kat 1Malaysia nie. Jadi kurang la risiko nak dapat penyakit-penyakit yang berkaitan. Dengar cerita subsidi nak tarik balik jugak lepas nie, lagi mahal harga barang-barang dapur, maka lagi senang la nak sihat.Tak payah dah makan banyak. terkawal je pemakanan. Baru lah lahir generasi 1Malaysia yang sentiasa sihat. Senang kan nak sihat kat 1Malaysia nie.

Senang je nak jadi popular kat 1Malaysia nie. Tiru artis-artis je. Jadikan ikon, idola. Masuk pertandingan pastu sekelip mata akan jadi popular. Tak mengapa suara tak sedap. Yang penting berani buat cerita agar media cari kita. Nanti ramai la orang minat. Silap-silap boleh kikis geng VVIP. Geng nie kemaruk dengan pucuk-pucuk muda. Senang kan hidup sebagai artis kat 1Malaysia nie.

Senang jadi anak geng VVIP. Bawak kereta laju polis takut nak saman. buat parti liar takde siapa nak larang. Pakai baju apa sekalipun orang diam je. Masuk mahkamah kena dakwa hukuman ringan je. Senang jadi anak-anak orang berpangkat 1Malaysia nie.

Senang je nak dapat jawatan dalam kabinet menteri kat 1Malaysia nie. jadi pemimpin dulu. jadi pemimpin pembangkang paling senang kan. pastu kutuk kerajaan kuat-kuat. Bila kerajaan dah takut, tawarkan lah harga.Pastu dah dapat bayaran, "lompat ". Tunggu sekejap pasti dapat jawatan best terus. Lagi best dari orang yang lama dah duk sokong. Contoh best macam Ezam..sekarang nie dah jadi senator. Senang-senang je dia.

Senang je nak lepas peperiksaan kat Malaysia nie. UPSR, PMR, SPM, semua berorientasikan peperiksaan je. Hafal je semua maklumat. Bila dah masuk periksa, ingat je balik hafalan tadi. Senang je. Lagi senang sebab polisi kementerian pelajaran sentiasa bertukar. nasib baik, graf diorang turunkan maka kita dapat la A walaupun sepatutnya dapat B tapi graf dijatuhkan sebab takut malu.

Senang je kan dapat semua. Memang negara kita, Malaysia nie unik. Diketuai oleh PM kita, Najib, negara kita boleh pergi jauh lepas nie. Sasaran negara maju tue, pasti akan tercapai dalam 5 tahun lagi. Konsep 1Malaysia tue memang terbukti hebat. Terima kasih Najib. Terima kasih sangat-sangat.


Terima Kasih Itali..


Terima Kasih Lippi. Sebab bawa pasukan yang tua-tua dan taktik yang tak jadi.

Terima kasih kepada semua nama-nama pemain Itali tahun nie. Aku ingat semua nama pemain dari atas sampai ke penjaga gol yang tersangat bangang.

Terima kasih kepada Cannavaro yang dah tua (36 tahun) sebab masih sudi nak main untuk Itali dan bertanggungjawab ke atas gol lawan New Zealand dan Slovakia

Terima kasih kepada bahagian tengah Itali yang berlagak pandai tapi kering idea masih harapkan Pirlo yang baru lepas cedera.

Terima kasih kepada penyerang Itali yang tak main pun untuk Champions League tapi boleh pulak main untuk Piala dunia tapi lawan dengan Penjaga gol New Zealand dan Slovakia pun lemah nak jaringkan gol.

Terima Kasih kepada Mourinho sebab sekurang-kurangnya penyokong Itali dan Inter Milan masih rasa lagi kemenangan Treble bulan lepas.

Terima kasih kepada pengkritik pasukan itali. Tak lupa juga jutaan terima kasih kepada pengkritik penyokong Itali.

Terima kasih kepada Afrika Selatan sebab tahun ini berikan banyak kejutan dalam sejarah piala dunia.

Terima kasih kepada semua.

p/s. Semua pemain professional dan aku yakin mereka dah cuba yang terbaik. Rasuah? tak mungkin. Terlalu yakin .tue punca Itali keluar awal. Malu? Tak perlu malu dalam bola sepak. Hari nie kalah awal. 4 tahun lepas menang piala dunia. 8 tahun lagi mana tahu boleh menang pula.Semua pemain itali tahun nie tak layak dah main untuk Itali selama-lamanya (statement keras macam aku nie presiden Itali.hahah.takpe at least takde krisis dalaman bodoh dan bangang macam anelka cakap son of b"""" kat jurulatih sendiri pastu kena halau balik)


Nasib baik aku tak beli jersey Itali hari tue kalu tak mesti dah jadi tempat kucing tido. Dulu masa Kelantan kalah pun nasib baik juga tak beli jersey Kelantan awal-awal. Masa Malaysia kalah kepada Indon final Tiger Cup dulu-dulu pun aku tak beli jersey jugak. Satu jersey je aku puas hati beli, Inter Milan. Sebab tue Inter leh menang treble tahun nie. .Tido la menta, bangun tengok geng-geng Oranje main pulok

Wednesday, June 23, 2010

Syukur hujan

Semalam, hari nie hujan je kat KB.Sangat sejuk. Nyaman. Minggu nie pun tak panas dah. Mungkin dah berakhir musim kemarau yang sangat panas sebelum nie. Apa pun sangat bersyukur sebab hujan. Boleh tengok tv waktu malam hari dengan nyaman. Tapi bila dah sejuk, cepat je mata nak terlelap. Akhirnya, tv yang tengok kita nanti. Apa pun musim Piala Dunia semakin rancak sekarang nie. Malam nie ada lagi perlawanan untuk tentukan siapa yang layak ke pusingan kedua nanti. Harap nya malam nie tiada kad merah, permainan best, banyak gol. Sebelum nie perlawanan agak bosan sebab pengadil banyak keluar kad dan tak banyak gol dijaringkan. Jom semua melekat di tv masing-masing.

p/s- Entry ringkas.Sedang mengumpul idea juga untuk membuat entry panjang selepas ini. Dah kurang pasal bola kan dalam blog nie? Takpe. Tunggu Itali dan Jerman main dulu baru nak buat post pasal bola balik. Takziah kepada Perancis yang terkeluar awal

Selingan semata-mata




Justin Beiber. Sensasi remaja perempuan seluruh dunia sekarang. Siap ada aku baca dia juga diminati oleh Kim Kardashian yang jauh lagi tua daripada nya. Ada kawan aku yang mula-mula dengar lagu Justin nie cakap, "ingatkan perempuan nyanyi". Memang pun, suara dia seakan-akan penyanyi wanita. Yang menjadi kegilaan adalah trademark rambut nya tue. Apa-apa pun layan je.

p/s - Kenapa manusia selalu mahukan yang tak pasti? Selalu mata inginkan apa yang indah secara zahirnya walaupun secara batinnya minda tahun semua tidak indah?

Tuesday, June 22, 2010

Kereta idaman terbaru - MAZDA 6

Sekali tengok, aku rasa boleh kot lawan Honda Civic yang dah menjadi trend sekarang. Cuma aku bukan lah yang arif sangat mengenai kuasa enjin dua kereta tersebut. Dari segi gaya, aku rasa Mazda nie tak kurang hebat dari Honda Civic tuh. Apa pun jom tengok.Kenapa sebelum nie tak pernah terlintas pun nak tgk kereta nie ek? Aku jadi pelik sebentar.
Ok..bab lampu depan stylo..bab dashboard juga stylo.macam racing gitu.bab push button pun stylo gak.
Harga?

utk yang 2.0 tanpa insuran harga dia RM148,933.00
utk yang 2.5 tanpa insuran harga dia RM 174,877.00

Lebih tinggi dari harga Honda Civic. Tapi masih mampu rasanya bagi orang yang bergaji 3k dan ke atas. Dan aku rasa kereta nie berbaloi dengan harga dia. Bila aku boleh dapat kereta nie? 10 tahun lagi  kot.hahaha.masa tue dah turun harga boleh la beli dengan lebih murah.hahaha

dulu lain, pastu tukar, pastu tukar.


KUSZA..Nama yang cukup terkenal dulu kat pantai timur. Bukan, di Malaysia pun terkenal. Sebagai satu pusat akademik yang berteraskan agama di Terengganu. Masa aku kecik dulu, kalau siapa yang dapat masuk KUSZA memang terbukti dia alim lah. Aku selalu anggap siapa yang masuk KUSZA dulu mesti orang tue pandai agama, bakal ustaz, dan boleh cakap arab. Ada seorang kawan masa sekolah rendah aku dulu masuk kusza selepas SPM. Dengar dia akan jadi bakal ustaz. Masa tue aku tak tau la dia amek jurusan apa.
Bila aku pergi sana, aku sendiri terkejut mula-mula. Bukan. Masa nak isi borang lagi aku terkejut, "tesl pun ada kat kusza nie?". Siapa sangka kan , walaupun pusat pengajian agama terkemuka, tapi ada juga jurusan lain, kejuruteraan ada, senibina ada, yang paling baru, perubatan. Kira kusza dah macam universiti lain lah. Bila aku masuk, tahun pertama tue rasa bertuah sebab tahun tue pertama kali kusza dinaik taraf jadi universiti. Universiti Darul Iman Malaysia. Aku ingat lah semester pertama, ramai pergi Tembila sebab kena paksa tengok bekas PM kita, Pak Lah rasmi acara pecah tanah. Katanya nak buat kampus UDM kat situ.

So, aku pun belajar lah kat sana. Aku akui, jika dibandingkan dengan universiti lain, bab agama universiti nie memang lagi tinggi daripada universiti lain. Mungkin bawah sikit dari UIA (UIA lagi besar dan antarabangsa kan). Dengan jayanya aku berjaya habis kat sana. Dan tahun lepas, dengan jayanya , julung-julung kali UDM baut konvo. Nak kata seronok sangat tue takde lah tapi kira ok la sebab udm berjaya gak buat konveo setelah beberapa tahun takde konvo. Apa-apa pun terima kasih UDM sebab bagi peluang kedua kat aku dan buat konvo. Dapat jugak aku merasa pakai jubah.

Tahun nie, bulan Mei yang lepas dikhabarkan UDM ditukarkan nama kepada UNISZA. Universiti Sultan Zainal Abidin. Dengar kata, YDP Agong nak nama KUSZA dikekalkan sebab tradisi KUSZA tue lama dan rugi. Aku setuju dengan baginda. Rugi buang nama kusza. Kalau dulu, kampus gong badak tue dipanggil sebab UDM kampus KUSZA. Susah je nak explain kat orang ramai yang masih tak kenal dengan UDM. Tapi bila sekarang nie lagi la susah sebab dah tukar nama pulak. Baru je 4 tahun dengan nama UDM. Dah kena tukar nama balik. Kena tukar signboard la lepas nie. Kena tukar habis letterhead. Kena tukar lambang-lambang.  Lepas nie susah pulak la nak explain kat orang ramai pasal Unisza nie.

"dulu saya belajar kat UNISZA. U nie dulu dikenali sebagai Kusza kemudian dinaiktaraf menjadi UDM dan sekarang ini dikenali sebagai UNISZA. Kat Terengganu." Panjang lebar je penjelasan. Yang aku tahu dari mulut orang terengganu, Sultan Mizan memang nak nama Sultan Zainal Abidin tue kekal sebab tue adalah legasi orang terengganu dan sultan sendiri. So, bila dah sultan cakap nak, rakyat tak boleh buat apa lah kan. Kena ikut je la.

Sekarang nie, siapa yang pergi konvo tahun lepas kena jaga betul-betul gambar tue sebab tue adalah pertama dan terakhir konvo dibawah nama UDM. Memang tak akan jumpa dah tue.huhuhu.
Apa-apa pun. Aku sangat berterima kasih kepada UDM ke, KUSZA ke, UNISZA ke sebab bagi aku peluang sekali lagi untuk belajar. Sangat hargai. Aku sentiasa ingat semua yang ada di sana.
Sekian.

Monday, June 21, 2010

Susah jadi lelaki nie

Pertama-pertama ingin aku ucapkan selamat hari bapa kepada semua lelaki yang sudah , sedang , baru dan akan menjadi bapa. Meskipun sebenarnya hari bapa adalah semalam tapi rasanya tak terlewat lagi nie. Selalu kita duk baca dari blog ataupun artikel luahan wanita je. Aku akui, bukan senang nak jadi seorang wanita. Malah lagi susah bagi wanita yang bergelar ibu nie. Siapa sanggup kan mengandung anak sembilan bulan? Tapi itu la pengorbanan seorang ibu. Lelaki walaupun tak akan mengandung, tapi turut berkorban juga.
Selalu juga kita baca, dengar wanita duk kutuk lelaki. Sebenarnya jadi lelaki pun bukan senang. Aku akui ada juga lelaki yang berfikir macam binatang malah lebih teruk dari syaitan tapi wanita pun sama. Ada juga wanita yang berperangai macam tue. Hakikatnya, walaupun berbeza, wanita dan lelaki adalah sama. Sama-sama ada kelebihan. ada kekurangan. Yang penting macam mana dua-dua kaum nie menggunakan akal yang dikurniakan Allah. Allah cipta wanita dan lelaki berpasangan. Allah berikan kepada lelaki dan wanita pelbagai nikmat yang jika digunakan dengan baik akan membawa kebahagiaan kepada dunia nie dan akhirat.
Susah jadi lelaki nie. Kenapa? .

Satu..susah jadi lelaki bila nak kahwin. Bila dibuatnya kenduri yang besar-besar, dikatanya orang kampung lelaki itu, (pengantin lelaki ) hendak menunjuk-nunjuk. Tapi bila pengantin lelaki nie buat kenduri yang sederhana, dikutuk pula oleh kaum perempuan yang lelaki nie kedekut. Bila lelaki cakap "tak boleh ke kurangkan sikit, hantaran tue." dikatanya lelaki tue tak de duit. Diorang tak sedar, lelaki nie bila nak kahwin banyak benda nak kena fikir. Rumah nak cari. kereta lagi. Bila lelaki bawa kereta kecil dikatanya lelaki nie takde "class". Bila pula lelaki nie bawa kereta besar, dikatanya lelaki nie berlagak, tumpang kemewahan keluarga laa. Bila lelaki pakai pakaian biasa-biasa je, dikatanya lelaki nie serabai. Bila lelaki pakai pakaian bundle, dicop pula lelaki nie dari Kelantan laa, orang kampung laa, pokai laa, padahal lelaki nie memang suka pakaian bundle yang dibasuhnya 4,5 kali dan diorang tak tahu kadang-kadang harga levis kat bundle lebih mahal dari yang ada kat butik. Bila lelaki pakai pakaian berjenama, dikatanya pula lelaki nie lebih-lebih pula bergaya. Hendak menunjuk-nunjuk padahal diorang tak tahu, lelaki tue pakai macam tue sebab kerjaya dia, terpaksa dan padahal dia beli semua pakaian tue dekat danau kota je.

Susah jadi lelaki nie. Bila nak berkawan dengan perempuan lain, dikatanya gatal, playboy. tapi bila tak kawan dikatanya lelaki tue sombong. Angkuh. Bila orang perempuan kawan dengan lelaki diorang kata hanya kawan. Tapi bila orang lelaki nak kawan dengan orang perempuan yang lain dikatannya cuba pasang satu lagi.  Bila lelaki tue tak banyak cakap, dikatanya tak de perasaan. Bila lelaki tue banyak cakap, disuruhnya diam pula. Bila lelaki makan banyak, dikatanya gelojoh. Bila lelaki makan sikit, dikatanya "koya diet". Bila lelaki tak beli hadiah yang mahal , dikatanya lelaki tue takde style, kedekut. Bila beli hadiah mahal-mahal, lelaki tue pula yang bankrap nanti.Bila lelaki tua rapat ngan perempuan dikatanya gatal, tak sedar diri padahal dia tak tahu lelaki tue dah lama kehilangan isteri.Yang perempuan duk layan dia juga kenapa.hahahah.

Bila lelaki keluar malam dikatanya budak tue kutu rayau.Bila lelaki duk perap kat rumah, disuruhnya keluar, "jangan jadi macam anak dara". Bila lelaki tue dari kelantan, dikatanya lelaki tue panas baran, "bekeng". Bila lelaki tue gelap, dikatanya bangla.Bila lelaki tue kurus, dikatanya lelaki tue penagih dadah. Bila lelaki tue berisi sedikit dikatanya lelaki tue gemuk, pemalas, makan banyak.

Bila dah kahwin, bila lelaki tak bagi duit dikatanya lelaki tue tak bertanggungjawab. Bila lelaki tak anta duit kat kampung, mak bapak cakap lelaki tue kena nasi kangkang. Bini kontrol. Padahal lelaki nie separuh mati cari duit nak support keluarga dia, sebab isteri tak berkerja. Bila lelaki bagi duit kat kampung, si bini pula membebel, anak emak. Bila lelaki buat kerja rumah (basuh kain, sidai) dikatanya pula bini kontrol, lelaki dayus. Bila tak buat, bini membebel, cakap suami tak pandai, tak paham perasaan bini.
Bila lelaki cemburu, dikatanya lelaki nie cemburu buta. bila lelaki tak cemburu, dikatanya lelaki nie takde perasaan. Bila lelaki ambik tahu sikit, dikatanya lelaki nie suka mengongkong. Bila lelaki tak ambil tahu, jawabnya terbang ke lain la buah hati.kesudahannya lelaki yang kecewa.bila lelaki menangis, dikatanya lelaki tue lembut. Bila tak menangis, disuruhnya pula untuk menangis, dikatanya lelaki hati keras,hati mati.

Macam-macam lagi lah.Tue yang aku teringat je. Dari bacaan, tengok tv, pengalaman sendiri, pengalaman kawan-kawan. Dan aku mintak maaf sebab aku tak tuju kepada siapa-siapa pun. Aku buat nukilan nie secara "general" tak bermaksud kepada sesiapa pun. Sebabnya aku sendiri adalah lelaki.

Susah sebenarnya jadi seorang lelaki. Lelaki kena jadi suami yang baik. Kena tahu selok belok agama nak bimbing keluarga, bini, anak-anak. Kena jaga hati bini, ibubapa, mentua lagi. Lelaki nak jaga kerjaya lagi nak cari duit untuk keluarga.

Kesimpulannya, hargailah lelaki yang ada dalam hidup anda samada ada lelaki itu suami anda, kekasih anda, ayah anda, adik atau abang anda ataupun saudara mara anda. Bukan senang nak jadi lelaki nie

Saturday, June 19, 2010

i'm not afraid

Bosan waktu tengah hari nie. Jom layan lagu jap.


Eminem sekali lagi buat lagu yang betul-betul bawa lirik mendalam. Lagu nie diputarkan semasa perlawanan akhir NBA, Lakers semalam.

Hayatilah..memang best

Betul dah apa yang dia kata. Kita tak perlu takut hadapi hidup. Memang benar banyak cabaran, dugaan, kegagalan yang kita kena tempuhi. Nangisi, meraung untuk seketika tapi bila penghujung hari, kita kena bangun dan hadapi juga. Hadapi satu persatu dengan sentiasa berharap sesuatu akan datang mengubah menjadi lebih baik. Orang sekeliling kita boleh cakap macam-macam. Yang baik, yang buruk. Kita boleh ikut, ambil iktibar, atau buat tak peduli. Tidak penting apa yang orang lain rasa tentang hidup. Setiap manusia hidup berbeza. Yang penting kita perlu terus mencuba apa yang kehidupan lemparkan kepada kita. Dengan cara itu baru kita boleh menjadi matang dan menikmati betapa manisnya kehidupan ini. Kadang-kadang kita tak perlu pergi jauh untuk mencari penyelesaian bagi sesuatu, kadang-kadang apa yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita, lebih dekat daripada yang kita ingatkan.Kita cuma perlu kuatkan hati, buka minda, lapangkan dada dan yang paling utama, berdoa. Kerana tiada satu pun ubat yang paling mujarab di dunia ini selain daripada doa yang ikhlas datang dari hati yang kudus kepada Yang Maha Esa.

Singa dan Patung


Pasukan jolokan 3 singa kecewa lagi..Masih ada satu game. Maybe singa-singa pulau tue berehat lagi..Belum panas badan lagi. Masih ada peluang secara matematik.

Simbol nie pulak kepada pasukan paling dibenci di Afrika Selatan sekarang. Semalam nyaris-nyaris tenggelam. Nasib baik masih mampu bernafas. Harap keajaiban juga minggu depan.

Friday, June 18, 2010

Hitler kena bomb


Hitler sebelum nie rakus bom kanggaru. Tapi malam nie, Hitler kena headshot kat sniper dari
Serbia.

Lepas nie dengar kata Homer (Simpson) nak ganti tempat Hitler.

Sebab kekalahan Hitler? Satu..Hitler dengan riak nak gunakan jugak pesawat lama nie (yang bom banyak kanggaru sebelum nie tapi habis minyak awal malam nie).

Sebab kedua, bila ada peluang, Hitler tak pandai guna sebab leka main dengan pikachu sehingga hilang fokus dan menjadi malas.
Apa-apa pun..Rejim Serbia berjaya menyelinap meng'head shot' kepala Hitler sebab riak seketika. Hitler kembali ke bumi yang nyata. Lepas nie Hitler kena mandi pantai di Valencia sebab tinggi nak naik main ski kat pergunungan Swiss, salji banyak sangat sampai melimpah sampai ke Valencia, pusat peranginan terkenal Sepanyol.

Hitler and Vuvuzela





Hail Deutch..Jerman for World Cup

L is for Lakers


Puas hati..Los Angeles Lakers menang untuk 2 tahun berturut-turut. Yang lagi best menang lawan musuh paling ketat, Boston Celtics. Berdebar gila tengok game pagi tadi. Tapi akhirnya sangat berbaloi. Sangat puas hati. Sangat hebat. Tahniah kepada Lakers. Tahniah kepada Kobe Byrant. Kobe memang pemain paling berbakat. Puassssssssssss
Hepiiiiiiiiiiiiiiiiii

p/s..memang tahun nie betul-betul best. Bulan lepas Inter menang 3 piala. Sekarang Lakers pulak menang. Nak menitis air mata.Le Bron James, pemain hebat? Menang 5 piala dulu macam Kobe baru boleh buat statement macam tue. Lakers simply the best

Thursday, June 17, 2010

i dreamed a dream

I dreamed a dream in time gone by
When hope was high and life worth living
I dreamed that love would never die
I dreamed that God would be forgiving

Then I was young and unafraid
And dreams were made and used and wasted
There was no ransom to be paid
No song unsung, no wine untasted

But the tigers come at night
With their voices soft as thunder
As they turn your hope apart
As they turn your dreams to shame

And still I dream heÂ’d come to me
That we would live the years together
But there are dreams that cannot be
And there are storms we cannot weather

I had a dream my life would be
So different from the hell IÂ’m living
So different now from what it seemed
Now life has killed the dream I dreamed

really touching.the word.the phrases.really wonderful. it's more wonderful and lovely with Susan Boyle singing. Her voice seem really connected with this song. Don't know who susan boyle is? just google it. You will be amaze with her talent and will be touch by her journey.  A symbol of dream in real life. Just find her performance in the youtube. i guarantee, it's bloody worth it. Find it..Google it..

p/s just a quick post waiting for the halftime of Argentina and South Korea match just now

E waste


Apa sebenarnya yang dikatakan sebagai e-waste nie. Kalau diikutkan kepada term dia, e bermaksud electronics dan waste seperti mana yang kita tahu, buangan. Jadi bila kita gabungkan, e-waste boleh didefinisikan sebagai bahan buangan yang terhasil daripada penggunaan barangan electronics.

Dengan kepesatan dunia teknologi sekarang, kita perlu juga menyedari mengenai e-waste nie. Sesetengah daripada e-waste adalah berbahaya jika tidak dilupuskan dengan cara yang betul. Sebagai contoh, komputer yang telah dibuang mempunyai besi, plumbum dan mungkin bagi komputer yang menggunakan CRT (cathode ray tube), bahan ini adalah sangat mahal untuk dilupuskan dengan betul dan untuk diguna pakai. Bahan ini amat berbahaya kepada manusia dan alam sekitar nie.

Setiap tahun jika kita tengok, negara kita akan mengeluarkan bertan-tan bahan buangan elektronik ini. Bahan seperti komputer lama, tv dan telefon bimbit. Bahan buangan seperti ini sepatutnya dilupuskan dengan baik kerana ia masih mempunyai bahan-bahan yang boleh diguna pakai. Sebagai contoh, plastik dan besi dalam telefon bimbit jika diekstrak dengan baik masih mampu diguna dalam bidang lain.Namun begitu, di negara kita dilihat masih kurang kesedaran mengenai pelupusan e-waste nie. Sepatutnya diwujudkan satu tempat pengumpulan e-waste yang bersepadu dalam membantu masyarakat menangani masalah e-waste. Bateri telefon bimbit sebagai contoh jika dilupuskan dengan cara konversional mampu mendatangkan bencana kerana ianya boleh meletup jika terkena bahan api. Kaca dari  komputer dan tv juga sukar dilupuskan dengan cara lama.

Sebagai pengakhirannya, masyarakat kita perlu diberi pendedahan yang lebih tentang impak dan cara-cara mengurangkan serta menangani ewaste ini dengan bijak.

p/s--kat rumah nie ada 3 mouse yang tak terguna/rosak, 2 keyboard yang dah tak berfungsi, satu printer yang dah tak boleh pakai, berkotak disket sejak tahun 90-an dan wayar-wayar yang sudah tidak dapat dikenal pasti lagi


Swiss


Switzerland, bukanlah negara yang besar di eropah tapi cukup terkenal. Lokasi dia terletak di tengah dan berdekatan dengan banjaran Alps. Tiga negara iaitu German, Italy dan Perancis  adalah jiran kepada negara ini. Semalam Switzerland mencipta keriuhan dalam dunia bola sepak apabila menewaskan Sepanyol, Juara Eropah 2 tahun lepas dengan 1 gol hasil daripada Gelson Fernandes. Mungkin sebab pemain sepanyol terlalu 'over confindence' tue yang menyebabkan diorang kalah. Apa-apa pun, sangat kasihan kepada pasukan Sepanyol yang boleh dikatakan separuh daripadanya adalah daripada Barcelona. Sebagai peminat bola sepak secara amnya, pandangan aku, piala dunia kali ini memang menarik meskipun kurang gol terhasil. Banyak keputusan-keputusan yang boleh menyebabkan syarikat judi menjadi gila.hahahah.Memang lepas nie lagi bertambah kaya la Tan Sri Vincent Tan. Mana taknya, berapa ramai yang bet Sepanyol menang semalam? Aku rasakan peminat Switzerland sendiri pun tak yakin pasukan diorang akan menang.

"qué desperdicio de talento. España debería haber ganado. así, esperemos que por el momento siguiente mejor opción. Ahora, quiero encontrar algo de comer y terminar mi trabajo. Good bye.ver en la siguiente entrada" --percubaan bercakap dalam Sepanyol.hahahah


p/s Malam nie jom tengok Argentina pula.

Wednesday, June 16, 2010

Pen boleh pandu


Masa sekarang nie boleh dikatakan benda nie memang paling penting. tak kira lah untuk orang berkerja, budak- budak u lagi la kan. Sekolah pun dah guna pendrive sekarang.  Semalam aku pergi beli pendrive kat adik aku yang baru masuk u. Agak kolot aku sebab aku ingat kan ada lagi sekarang nie pendrive 1gb, atau 2gb tapi dah takde pun, sekarang nie semua besar-besar storage dia.4gb, 8gb dan ke atas je yang ada. Jadi aku belilah yang 4gb, aku ingatkan RM50, tapi cuma RM33 je. Memang tersangat murah lah. Tue kat KB, kat Low Yatt aku rasa mesti murah lagi. Beruntung nye lah zaman sekarang. 4gb boleh dapat RM33 je. Dulu mula-mula duk kat UDM, aku ingat lagi aku beli pendrive 1 gb, dkt RM70++. Bayangkan la.Tapi terpaksa la belikan sebab tanpa pendrive susah. Lagi lama masa aku duk utp dulu pendrive aku ada berapa je saiz, 256 mb je. nak letak muvie tak lepas. Tapi sekarang nie.memang jauh beza dan cepat teknologi bergerak. Tapi kadang-kadang fikir gak, nak buat apa pendrive besar-besar. kalau 1gb tue dah boleh isi banyak benda dah. Lain la kalau nak isi mp3 ataupun muvie kan. kalau setakat nak isi gambar dan dokumen word tue, rasanya 1gb dah ok dan paling ideal 2gb. Aku sendiri ada 1gb je pendrive. Tapi macam kena beli satu lagi nie. Macam tak cukup je. Bukan apa, nak buat backup in case ada apa-apa terjadi. Pendrive nie senang je hilang. Tak pun kena virus. Pernah dulu masa buat tesis last kat udm, pergi cc, nak print tapi kena virus pulak pendrive.Semua file tak boleh print. Sakit sangat hati. Kalau ada dua pendrive rasa secure skit. Kalau hilang yang satu tue, tertinggal ke at least ada lagi satu.

Masa kecik dulu, teringat lagi aku kat benda alah nie. Bagi sesiapa yang tak sempat kenal, benda nie dipanggil disket. saiz dia teramat kecik. Dulu aku ingat ayah aku banyak gila ada benda nie kat umah. Semua data-data kerja dia. Lepas tue macam stylo jugok bawak benda nie. Walaupun masa tue tak banyak lagi pc, dan pc yang ada pun mahal, tak macam sekarang.

Lepas tue, bila dah lama sikit, orang pun start guna cd rom. Cd ok lah skit dari disket sebab dia lagi besar saiz. Tapi cd lambat nak copy benda. Kena guna burner dulu. Pastu lak tak semua pc ada burner atau driver yang boleh burn cd tue. (Burn di sini bukan bermaksud bakar ye.hahah.Burn bermaksud transfer data dari pc kepada cd rom atau cd rewrite). Masa aku sekolah menengah, terpaksa la beli cd sorang satu sebab nak masuk kelas komputer. Tersenyum sorang-sorang je bila fikir dunia cepat berlalu dan teknologi betul-betul ubah gaya hidup manusia sekarang.

 Ok, lah sekian dulu untuk tengah hari nie. Cuaca sangat panas. Nak pergi mandi untuk kali kedua bagi sejuk badan kemudian makan dan buat kerja.

p/s.Tahniah kat Korea Utara semalam sebab bagi persembahan yang membanggakan melawan asakan Brazil. Maicon punya gol memang tersangat hebat. Pemain Inter Milan memang semua power-power.hahaha.Malam nie berjaga pulak nak tengok Spain. Sejak demam Piala Dunia nie bermula , hidup dah macam burung hantu. Tapi burung hantu tak bangun pagi, aku bangun juga pagi. Satu lagi, Lakers rule. Puas hati tengok game pagi tadi Lakers menang.hahahah.Kobe the Best.

Tuesday, June 15, 2010

Selamat Datang Rafa Benitez


Selamat datang kepada pengendali terbaru Inter Milan. Rafa Benitez. Dia akan menjadi pengurus terbaru Inter yang kehilangan Jose Mourinho yang berhijrah ke Real Madrid. Benitez yang sebelum ini menjadi pengurus Liverpool dikatakan dipecat dan Moratti (presiden Inter) telah mengambil beliau untuk menggantikan tempat Mourinho. Inter juara 3 piala pada musim ini akan cuba mengulangi kejayaan pada musim depan. Ada setengah pihak mengatakan, benitez bukanlah pilihan utama Moratti. Nama besar yang lain seperti Capello dan Hiddick masih terikat dengan negara England dan Turki jadi sebagai penyelesaian, Benitez menjadi cagaran Moratti. Benitez, membimbing Liverpool memenangi Champions League pada tahun 2005 dan masuk final pada 2007 sebelum kalah kepada AC Milan. Sebelum Liverpool, dia adalah pengendali Valencia. Punca pemecatan dia dari Liverpool adalah kerana gagal membawa Liverpool ke Champions League musim depan dan masih gagal memenangi EPL. Diharapkan dia mampu membawa Inter seperti mana Mourinho membawa Inter ke pentas eropah. Mungkin dengan sedikit pengubahsuaian, Inter dapat menakluk Eropah sekali lagi pada musim depan.
Pandangan aku? Aku bersifat neutral. Aku tak kisah sesiapa pun yang membimbing Inter kerana Inter sudah mempunyai tapak yang kukuh. Pengurus adalah orang yang mampu membawa Inter ke jalan yang betul. Sama  seperti pengendali Inter sebelum ini, semuanya bagus cuma kekurangan nasib. Ada orang cakap, Benitez akan membawa kemusnahan kepada Inter sama seperti Liverpool. Bagi aku, Benitez bukan pengurus yang untuk liga England. Untuk liga Itali? belum dapat pasti lagi. Tapi Benitez adalah pengurus yang lebih sesuai untuk pentas Eropah.. Untuk musim depan, Benitez pasti mendapat saingan yang lebih daripada Roma, Juventus, dan AC Milan yang kecewa pada musim ini. Apa-apa pun, diharapkan Benitez dapat membimbing Inter menjulang lebih banyak piala.

p/s..Hadiah paling best bagi Inter kalau Benitez dapat bawa Gerard dan Torres ke San Siro.hahaha. Dapat Mascherano pun ok jugak dapat kawal bahagian tengah bersama Cambiasso dan Sneider. Jangan dia beli pemain yang tak tentu hala sudah seperti dia beli Voronin kat Liverpool dulu.


Tactical View

Okay, today i feel like to write in English.As there will be just a month from now to get back to UPM, my english have to be polished. So, let's talk about football. Yes, football matter in conjuction with the World Cup that is happening right now.


The favourite team in this world cup have yet to show their true potential. Perhaps only Germany show the world they are sit among the best with the win over Aussie. As i watch that match, almost half of Germany team are made up of Bayern Munich players. Bastian, Klose, Badstuber, Muller, Lahm, Mario Gomez and Podolski(although this season he played with Koln). So, As they all come from the same side, it's not suprising that they played with fluid and high work rate. Just look at the Klose goal and Muller goal. It's seem that it's been forever they played together. I guess, it's a big advantage to have your teammate in the national side. In that match, Klose and Podolski, time and time again unsettled the Aussie defends as the supply from the midfield and wing keep pouring in. Some people said football is a team effort and Germany had showed that. Their team does not made up with superstar name. Just enough young quality player that really know how to play the tactics from the manager. Ballack is not missed that much by them. Yes, it's just one game but if they can keep up that performance, they surely can improve and maybe level the achievement they had last 4 years. Comparing to Holland, France or Argentina, all these team were supposedly beat comfortably their opponent but unfortunately, they fail to do that.

Holland, for example, the master of total football seem lacking the firepower although their midfield filled with starstudded player. Sneider and Van Der Vaart failed to mastermind bigger win. Van Persie seem to lost a little bit and alone as a striker.For me, they should win by bigger margin. It's just not enough to win by 2 goals only and one of them was an own goal by Denmark player.

Argentina, that being predicted to have the most notorious strike force with the likes of Tevez, Aguerro, Millito, Higuain, Messi still can not make the critics love them. Yet, Messi had shown how he was elected the best player in the world in that match. If not for the Nigeria goal keeper, Messi should have had hatrick. But beside from him, the midfield is still lacking.Veron is lacking in passing. They need their midfield to be creative to supply the upfront. Higuain at time seem to alone and jsut wandering looking for a ball.

France in the other hand look like still searching for the rhythm. Their players look short of innovative. The midfield and striker did not sync correctly and they need to raise their bar for the next two games in order to past the group stage.

Last night, Italy, the reigning World Cup holder showed aging squad. They just relied on long ball to past through the Paraguay defence. In just a matter of luck that they draw in that game. They need someone in the middle to boss the field and mastermind the attacking plan. Marchisio is still lack in experience, Montolivo does not suit to be in the center whereas he should be playing in the winger.

Portugal, Brazil and Spain have yet to play and can't wait to see what they will offer to the world. Oh yes, England. What can i say about England. Same old story years and years. Goalkeeper. Lampard and Gerrard do not link with each other and Rooney can not repeat his performance like with Man Utd. England, what a waste of talent.

But, we have to remember, football is about winning. Maybe some said that football is a beautiful game. But if we played beautiful and still does not win, would it be a waste right? All that matter after the final whistle is to win 3 points. Does not matter your team rely on individuals (just like Maradona did in 1986, or Rossi did for Italy in 1982) or team efforts (like Italy in 2006, France 1998). At the end of the day, it's just another game to be won. i admit sometimes i angry as a fan i want to watch beautiful slick passing game with goals but then realize, 1-0, 2-0 or 4-3, it does not matter, they , the players are professional, they had given their all, and winning is all that count.

Jom Share