Sunday, June 6, 2010

Cuti sekolah

Cuti sekolah dah pun bermula semalam. 2 minggu. Untuk 2 minggu nie memang sangat sibuk la bandar kb nie. Banyak kenduri kahwin. Orang luar datang bercuti. Tambah pulak dengan muktamar PAS yang akan diadakan nanti.

Hari Jumaat baru nie pun masa nak balik KB pun dah mula ramai orang dari highway Bentong ke Gua Musang. Ada kawan aku sorang cakap, dia balik semalam dah macam nak balik raya. Ramai orang. Semalam pun aku pergi Pasir Mas, berderet kereta. Memang tersenyum lebar la peniaga di KB nanti selama 2 minggu nie. Terutamanya di Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, Bazaar, Pengkalan Kubur. Nie la antara tempat tumpuan ramai. Aku tak pelik lah 2 minggu nie harga barang kat situ naik mendadak. Kalau dulu jersey bola RM30, mesti naik jadi 35 takpun 40. Nak-nak seminggu je lagi nak mula Piala Dunia nie.

Aku sendiri tak beli lagi jersey piala dunia. Pasukan pilihan? atas kertas aku boleh katakan Sepanyol dan Argentina ada kelebihan tapi macam B Sathianathan cakap, bola itu bulat.huhu.Tue jurulatih kelantan cakap tue.Haa, semalam aku dah pergi kafe Red Warriors. Boleh tahan laa. Nak kata sedap tue biasa-biasa je. Harga agak mahal lah.Mungkin lagi mahal dari Kopitiam rasanya. Tapi sangat unik. Pelayan pun pakai jersey Kelantan. Mau je mintak jersey kelantan free satu dari diorang.hahaha. Menu pulak, memang bola habis laa. Roti Bakar Red Warriors, Indra Hatrik( nama minuman nie yang mahal gila- RM10..aku tak tau dia letak apa) dan lain-lain. Aku tak ingat mana dah tapi yang pasti memang sangat 'bola'.Siapa nak cuba jangan segan jangan malu, bertandang lah ke Red Warriors Station di bangunan KTC bersebelahan Hospital pakar perdana dan Perdana bowling berhadapan dengan Stadium Sultan Muhammad Ke 4.

Jom sarapan pagi.

p/s..setiap minggu ada je kawan aku kenduri kahwin.Harap aku dapat pergi kenduri mereka semua. Kepada yang tak dapat hadiah daripada aku tue, sangat-sangat mintak maaf.

3 comments:

  1. kwn mung rmai dh kawen....dh mung bile lg???heheheheh....

    tggu abs blajo dl op???

    ReplyDelete
  2. zu - aku? dah dapat keje ada jodoh kahwin la aku

    ReplyDelete
  3. btol3...insyaallah....aku doa mung dgn jodoh mung kekal bahagia sokmo....Amin... =)

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share