Tuesday, June 29, 2010

Dua kuasa penjajah..Sepanyol dan Portugal


 Malam ini, dua pasukan daripada eropah akan bertemu satu sama lain dalam satu perlawanan yang akan menjanjikan satu kepuasan kepada peminat bola sepak. Sepanyol akan menentang Portugal dalam pusingan kedua Piala Dunia pada jam 2.30 pagi.

Sepanyol merupakan juara eropah pada 2 tahun lepas dan datang ke piala dunia ini dengan satu reputasi yang cukup menggerunkan. Meskipun mereka kalah kepada Switzerland pada perlawanan pembukaan kumpulan tapi, kekuatan mereka masih tidak dapat ditandingi oleh pasukan lain. Kekuatan bahagian tengah dan serangan yang diisi oleh hampir separuh pemain Barcelona sentiasa menjadi buah mulut kepada semua peminat bola sepak. Cara dan taktikal pasukan Sepanyol dalam mengawal perlawanan dan menyerang bagi aku adalah yang teratas dalam dunia bola sepak sebaris dengan pasukan Argentina, Brazil dan Jerman (jika dilihat berdasarkan prestasi semasa).

Portugal pula memang diketahui umum merupakan satu pasukan yang suka menyerang dan mempunyai ramai pemain yang berkemahiran tinggi. Diketuai oleh Cristiano Ronaldo, bekas pemain terbaik dunia, Portugal telah menunjukkan ketajaman serangan mereka apabila membenam pasukan korea utara 7-0 dalam saingan kumpulan baru-baru ini. Portugal dilihat lebih mengancam jika bermain secara berkumpulan dan tidak sekadar mengharapkan sentuhan Ronaldo. Ronaldo setakat ini hanya menjaringkan satu gol iaitu ketika menentang Korea Utara.

Pertembungan dua pasukan ini bukan saja melibatkan aspek bola sepak tapi jugak politik dan sejarah. Portugal dan Sepanyol adalah negara yang berjiran dan mereka merupakan antara kuasa besar dalam sejarah dunia.

Sepanyol merupakan satu empayar yang cukup besar pada zaman dulu. Mereka merupakan salah satu kuasa terawal yang memonopoli bidang pelayaran. Sepanyol menjajah sebahagian besar benua Amerika dan Amerika Selatan, benua Afrika, Filipina dan sebahagian kecil pulau di Mediteranean.
Portugal pula, yang dikenali sebagai Portugis dulu, juga merupakan satu kuasa besar dalam bidang penjajahan dan pelayaran.Mereka adalah yang terawal menemui benua eropah, menemui jalan laut ke asia tenggara melalui penaklukan Goa, di India. Portugis juga merupakan kuasa eropah terawal menjejakkan kaki ke kepulauan Asia Timur.

Sehingga kini, banyak pengaruh Sepanyol dan Portugis dapat kita temui dalam bekas-bekas tanah jajahan kedua-dua kuasa eropah ini. Bahasa Sepanyol digunakan dengan meluas di Amerika Selatan. Pengaruh Sepanyol juga masih kuat di Filipina. Budaya Portugis masih ditemui di bahagian-bahagian Afrika dimana perniagaan hamba abdi pada masa dulu oleh Portugis. Di Goa, India, budaya dan bahasa Portugis masih berdiri kukuh. Malah di Melaka, Kota A Famosa, yang dibina oleh Portugis masih berdiri (sebahagian).

Dua kuasa besar ini bukan sahaja melebarkan kekuasaan mereka dalam mencari kekayaan dan tanah jajahan yang baru. Mereka turut menyebarkan Kristian. Dua negara ini merupakan pengikut Roman Katolik yang kuat sehinggakan pada masa dulu, pihak Gereja Roman Katolik terpaksa membuat perjanjian dengan kedua-dua kuasa besar ini membahagikan tanah jajahan kerana takut mereka akan berperang sesama sendiri.

Balik kepada zaman sekarang. Sepanyol dilihat masih lagi kuasa besar eropah. Tapi pergolakan dalaman mereka akibat pemberontakan dilihat sedikit sebanyak menganggu gugat kestabilan politik. Portugal sudah mengalami kejatuhan setelah kemerosotan empayar penjajahan mereka.
Perlawanan malam ini, bukan sahaja melibatkan maruah bola sepak negara masing-masing tapi juga melibatkan politik, sejarah dan pertembungan dua budaya kedua-dua negara. Perlawanan malam ini pasti akan menjadi sangat menarik.

p/s..Atas kertas pasukan Sepanyol mempunyai kelebihan berbanding Portugal.
Tambahan. Kedua-dua negara ini mempunyai gadis-gadis yang cukup menggiurkan.hhehe.Contoh seperti ini. Memang gila kaum lelaki jadi.

3 comments:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share