Tuesday, June 22, 2010

dulu lain, pastu tukar, pastu tukar.


KUSZA..Nama yang cukup terkenal dulu kat pantai timur. Bukan, di Malaysia pun terkenal. Sebagai satu pusat akademik yang berteraskan agama di Terengganu. Masa aku kecik dulu, kalau siapa yang dapat masuk KUSZA memang terbukti dia alim lah. Aku selalu anggap siapa yang masuk KUSZA dulu mesti orang tue pandai agama, bakal ustaz, dan boleh cakap arab. Ada seorang kawan masa sekolah rendah aku dulu masuk kusza selepas SPM. Dengar dia akan jadi bakal ustaz. Masa tue aku tak tau la dia amek jurusan apa.
Bila aku pergi sana, aku sendiri terkejut mula-mula. Bukan. Masa nak isi borang lagi aku terkejut, "tesl pun ada kat kusza nie?". Siapa sangka kan , walaupun pusat pengajian agama terkemuka, tapi ada juga jurusan lain, kejuruteraan ada, senibina ada, yang paling baru, perubatan. Kira kusza dah macam universiti lain lah. Bila aku masuk, tahun pertama tue rasa bertuah sebab tahun tue pertama kali kusza dinaik taraf jadi universiti. Universiti Darul Iman Malaysia. Aku ingat lah semester pertama, ramai pergi Tembila sebab kena paksa tengok bekas PM kita, Pak Lah rasmi acara pecah tanah. Katanya nak buat kampus UDM kat situ.

So, aku pun belajar lah kat sana. Aku akui, jika dibandingkan dengan universiti lain, bab agama universiti nie memang lagi tinggi daripada universiti lain. Mungkin bawah sikit dari UIA (UIA lagi besar dan antarabangsa kan). Dengan jayanya aku berjaya habis kat sana. Dan tahun lepas, dengan jayanya , julung-julung kali UDM baut konvo. Nak kata seronok sangat tue takde lah tapi kira ok la sebab udm berjaya gak buat konveo setelah beberapa tahun takde konvo. Apa-apa pun terima kasih UDM sebab bagi peluang kedua kat aku dan buat konvo. Dapat jugak aku merasa pakai jubah.

Tahun nie, bulan Mei yang lepas dikhabarkan UDM ditukarkan nama kepada UNISZA. Universiti Sultan Zainal Abidin. Dengar kata, YDP Agong nak nama KUSZA dikekalkan sebab tradisi KUSZA tue lama dan rugi. Aku setuju dengan baginda. Rugi buang nama kusza. Kalau dulu, kampus gong badak tue dipanggil sebab UDM kampus KUSZA. Susah je nak explain kat orang ramai yang masih tak kenal dengan UDM. Tapi bila sekarang nie lagi la susah sebab dah tukar nama pulak. Baru je 4 tahun dengan nama UDM. Dah kena tukar nama balik. Kena tukar signboard la lepas nie. Kena tukar habis letterhead. Kena tukar lambang-lambang.  Lepas nie susah pulak la nak explain kat orang ramai pasal Unisza nie.

"dulu saya belajar kat UNISZA. U nie dulu dikenali sebagai Kusza kemudian dinaiktaraf menjadi UDM dan sekarang ini dikenali sebagai UNISZA. Kat Terengganu." Panjang lebar je penjelasan. Yang aku tahu dari mulut orang terengganu, Sultan Mizan memang nak nama Sultan Zainal Abidin tue kekal sebab tue adalah legasi orang terengganu dan sultan sendiri. So, bila dah sultan cakap nak, rakyat tak boleh buat apa lah kan. Kena ikut je la.

Sekarang nie, siapa yang pergi konvo tahun lepas kena jaga betul-betul gambar tue sebab tue adalah pertama dan terakhir konvo dibawah nama UDM. Memang tak akan jumpa dah tue.huhuhu.
Apa-apa pun. Aku sangat berterima kasih kepada UDM ke, KUSZA ke, UNISZA ke sebab bagi aku peluang sekali lagi untuk belajar. Sangat hargai. Aku sentiasa ingat semua yang ada di sana.
Sekian.

12 comments:

  1. huu tu lah.

    sy dulu ex unisza...tapi kt transkrip tu tulis udm kan2..sbb uni ni dh tuka name..mule2 kusza pastu udm pastu unisza...

    hiii

    ;-D

    ReplyDelete
  2. unisza la plok..pah croh tkr name..nk sbut pun xsdp..huhu

    ReplyDelete
  3. doh la udm pun org x knal mne lg,,,unisza plk...pah ceroh nok kabo...patutnye dri dulu lg ltk nme ni...aiyoyo

    ReplyDelete
  4. 2la pasl...dipanggil interview tesl ke kusza...register first batch udm... nsb baek x grad ngan unisza.. huhu

    ReplyDelete
  5. izzah - tue laa.susah laa nak citer kat orang nanti

    ReplyDelete
  6. yan - tak sedap ko namo baru nie?

    ReplyDelete
  7. yana - biasa la yana.bila dah kuasa tinggi campur tangan tak leh nak buat apa la.tanggung susah ada la

    ReplyDelete
  8. mimi - hahaha.betul tuh.kalo dop memang lagi unik la sek kito kalo grad dengan namo unisza tuh

    ReplyDelete
  9. roy - hi roy.tok gi bawak keto ko

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share